• Menu
< See Tripfez Muslim Packages
  • Menu

10 Buffet Di Kuala Lumpur Bawah RM100

Home » FEATURED POSTS » 10 Buffet Di Kuala Lumpur Bawah RM100

Terdapat banyak tempat makan menarik di kuala lumpur yang menyelerakan. Tapi ada ke tempat makan best di kl dengan harga di bawah RM100? Mestilah ada… buffet lagi. Tunggu apa lagi, lihat senarai ini dan buat tempahan sekarang!




1) Restoran Rebung Chef Ismail

Restoran ini menghidangkan makanan sedap di kuala lumpur
Source: Restoran Rebung Chef Ismail

Kepelbagaian jenis pilihan makanan yang ditawarkan di restoran inilah yang menjadikan restoran ini tarikan kepada pelanggan baru. Pelanggan tetap juga tidak jemu berkunjung menjamah selera di Restoran kepunyaan Chef yang namanya tidak asing lagi di Malaysia iaitu Chef Ismail. Diantara pilihan makanan yang terdapat di restoran ini ialah menu masakan Melayu tradisional seperti lauk ikan patin  masak tempoyak, asam pedas, rendang daging, mee kari dan macam-macam lagi. Setelah selesai dengan hidangan utama, anda boleh menikmati pencuci mulut seperti ABC, durian pulut, pengat pisang dan bermacam- macam lagi kuih-muih tradisi Malaysia.  Sekiranya anda memilih untuk makan malam buffet di restoran ini, hidangan anda akan turut disertakan bersama kepak ayam BBQ, lamb chop dan satay ayam.

Masa operasi:

Tengah hari: 12.00pm – 3.00pm

Malam: 7.00pm – 10.00pm

Harga

Hidangan tengah hari: RM40++

Makan malam:  RM50++

Alamat: 5-2, Aras 5, Parkir Bertingkat Bukit Aman Kuala Lumpur

Facebookhttps://www.facebook.com/RestoranRebungChefIsmail/




2) The Ganga Cafe

Disenaraikan sebagai tempat makan best di kl, gangga cafe tidak mengecewakan.
Source: Bestrestauranttoeat

Restoran ini menyediakan sajian yang berasaskan “vegetarian”. Walaubagaimanapun, bagi mereka yang bukan “vegetarian”, jangan risau, kafe ini turut menyediakan sajian yang kami yakin, sesuai dengan citarasa anda. Pada hari hari Ahad anda dapat  menikmati Chappati sebagai menu tengah hari. Untuk pengetahuan anda juga, kafe ini terkenal dengan hidangan pakora dan khandvi mereka. Mereka turut menyediakan pelbagai jenis masakan india yang pasti menepati citarasa anda!

Masa Operasi:  Ahad 10.00am – 3.00pm

Harga: RM16/RM25

Alamat: : 19, Lorong Kurau, Taman Bukit Pantai, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Facebookhttps://www.facebook.com/thegangacafe/

3) Nook Cafe

Nook Cafe adalah antara kedai makan sedap di kl
Source: Bestrestauranttoeat

Nama restoran ini yang unik dapat menarik penggemar makanan untuk mengetahui hidangan yang tersedia disini. Restoran ini terkenal dengan hidangan buffet antarabangsa dengan harga yang berpatutan. Antara hidangan eksklusif yang terkenal disini adalah rendang wagyu dan Laksa Sarawak. Di samping itu juga, restoran ini turut menyediakan makanan laut segar, “rotisserie” , masakan cina, masakan india dan juga masakan western

Masa Operasi:

Buffet sarapan pagi: 6.30am – 10.30am

Buffet tengah hari: 12.00pm – 2.30pm

Harga:

Buffet Sarapan Pagi: RM58

Buffet Tengah Hari: RM68

Alamat: No. 5, Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur.

Facebookhttps://www.facebook.com/AloftKualaLumpurSentral/

 

4) Dim Sum Halal di Restoran Meisan

 Rasa makanan korea halal di Restoran Meisan
Source: Meisan Restaurant

Adakah anda sedang mencari dim sum halal dan sedap? Kunjungilah Restoran Meisan! Antara pilihan yang disediakan termasuklah Ayam Char siew pau, bun telur kuning masin (wajib try!), Siu Mai, dumpling udang, kaki ayam dan lain-lain lagi. Di samping itu juga, sajian yang turut disediakan di restoran ini adalah bubur, nasi goreng dan buah- buahan segar pelbagai jenis kek. Dengan pengiktirafan halal oleh JAKIM, sudah tentu restoran ini menjadi syurga kepada kaum muslim di luar sana yang amat menggemari dim sum.

Masa Operasi: 9.00am – 3.00pm

Harga: RM48 nett

Alamat: Jalan Raja Laut, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Facebookhttps://www.facebook.com/pages/Meisan-Szechuan-Restaurant/

5) Suki-Ya

Suki Ya antara buffet murah kl
Source: SUKI-YA Facebook

Anda meminati atau pernah dengar tak tentang shabu-shabu? Hampir semua orang yang pernah merasainya meminati sajian unik  Jepun ini. Oleh itu, kunjungilah Restoran Suki-Ya yang  menyediakan buffet sukiyaki dan shabu-shabu dimana anda boleh memilih dua jenis sup dari tiga jenis pilihan iaitu Sukiyaki, Miso, Shabu shabu atau Kimuchi. Jika ini kali pertama mencuba, cuba sup  shabu-shabu,  setelah selesai makan, anda boleh menikmati kelazatan teh hijau atau kesegaran aiskrim coklat lembut . Kami memilih Suki-Ya sebagai restoran yang menyediakan masakan Jepun halal yang terbaik di KL!

Masa operasi:

Tengah Hari: 11.30am – 5.00pm

Malam: 5.00pm – 10.00pm

Harga

Tengah hari: RM31.90

Malam: RM39.80

*Hujung minggu akan dikenakan caj RM2.00 tambahan*

Alamat: 6.24.04, 6th Floor, Pavilion Kuala Lumpur Shopping Mall, 168, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.

Facebook: https://www.facebook.com/SUKI-YA-Pavilion-KL-

6) Melting Pot Cafe

Kedai makan juga adalah tempat menarik di kuala lumpur
Source: Memoirsofachocoholic

Walaupun hanya beroperasi pada hujung minggu, ia tidak menjadikan restoran ini kurang menarik. Disini, pelanggan pada kebiasaannya akan mencuba hidangan popular mereka seperti Mee Mamak , Nasi ayam Hainan dan juga gabungan citarasa pilihan tempatan dan antarabangsa.

Masa operasi:  12.30pm – 4.00pm

Harga: RM60++

Alamat: 2, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Facebook: https://www.facebook.com/pages/Melting-Pot-Concorde-Shah-Alam/

7) Restoran Al-Amar Lebanese

restoran ini menghidangkan buffet di kl yang sedap
Source: KualaLumpurws

Mencari sesuatu yang unik? Cuba anda ke  restoran Al-Amar Lebanese pada hujung minggu ini bersama orang yang tersayang. Anda boleh rasa makanan lebanon…mulakan hidangan anda dengan salad segar seperti  “fattoush”, “tabbouleh” and “couscous” dan akhirinya dengan manisan tradisional seperti “baklava” and “mafroukeh”. Hidangan yang disajikan berlainan pada setiap minggu, ia pasti menjadi kejutan kepada anda pada setiap kunjungan.

Masa Operasi: Setiap Ahad dari jam 12.00pm – 4.00pm

Harga: RM75++

Alamat: Lot 6.10, Level 6, Pavilion KL, 168, Jalan Bukit Bintang, 50450 Kuala Lumpur.

Facebook: https://www.facebook.com/pages/Al-Amar-Restaurant-Pavillion/

8) Tai Zi Heen

wajib ke restoran tai zi heen semasa jalan jalan kuala lumpur
Source: Bangsarbabe

Terletak di Hotel 5-bintang Pullman, restoran Tai Zi Heen merupakan restoran klasik Cina yang menawarkan pelanggan buffet ala carte dengan masakan kantonis dan dim sum halal. Segala hidangan adalah segar dan hanya dibuat setelah pesanan dilakukan, menyebabkan kualiti hidangannya terjamin. Untuk buffet kantonis, anda pasti akan rambang mata dengan pilihan yang ditawarkan dari hidangan tradisional hinggalah ke kontemporari.

Masa Operasi:

Isnin – Jumaat. 12.00pm – 2.30pm, 6.30pm – 10.30pm

Sabtu, Ahad dan Cuti Umum: 11.30am – 2.30pm , 6.30pm – 10.30pm

Harga:  RM60.65

Alamat: 4, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Facebook: https://www.facebook.com/pages/%E5%A4%AA%E5%AD%90%E8%BD%A9-Prince-Hot

9) The Spread Gardens Hotel

midvalley megamall dan gardens mall antara tempat lepak kl
Source: Thesmartlocal

The Spread di Gardens Hotel adalah suatu pilihan yang tepat bagi mereka yang menginginkan suasana unik tanpa perlu memandu terlalu jauh. Hanya bersebelahan dengan Mid Valley Megamall  dan Gardens Mall, restoran ini menyediakan buffet setiap hari yang pastinya sukar ditolak oleh anda. Antara kelebihan The Spread di Hotel Gardens ini adalah mereka ada menyediakan Festival BBQ mingguan pada setiap hari Jumaat.

Waktu operasi dan harga :

  • Sarapan pagi : dari 6.00am – 10.30am dengan harga RM55
  • Tengah hari: dari 12.00pm – 2.30pm dengan harga RM85
  • Jumaat: Makan malam BBQ dari  6.30pm – 10.30pm dengan harga  RM55
  • Ahad: High Tea dari 12.00pm – 4.00pm dengan harga RM75

Alamat: Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 58000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Facebook: https://www.facebook.com/pages/The-Spread-The-Gardens-Hotel/

10) Retro Cafe, Vivatel Hotel Kuala Lumpur

retro cafe antara restoran kuala lumpur terbaik
Source: Vivatel

Kami telah menjumpai tempat best untuk anda menikmati ‘High tea’ pada hujung minggu iaitu Retro Café, yang menyediakan  pakej High-Tea dengan hidangan pencuci mulut Asia dan Barat. Pastinya anda dapat menghidu dan merasa roti, pastry dan hidangan eksklusif tempatan yang segar dibakar dari oven. Terletak di hotel 4 bintang Vivatel Kuala Lumpur, hanya beberapa minit dari pusat bandar, restoran ini juga menyediakan tawaran istimewa 5 +1 promosi bagi mereka yang datang secara berkumpulan. Pastinya tempat ini menjadi tempat yang sempurna bagi melakukan aktiviti bersama!

 

Masa Operasi: Sabtu dan Ahad dari jam 12.30pm – 4.00pm

Harga: RM58

Alamat: 85, Jalan Loke Yew, 55200 Kuala Lumpur

Facebookhttps://www.facebook.com/vivatelkl/

 

Nikmati Buffet di Kuala Lumpur yang menakjubkan ini!

Kepada penduduk KL dan  para pengunjung, kami yakin anda pasti berasa teruja dan tidak sabar-sabar untuk mencuba buffet halal yang lazat di KL dengan harga berpatutan. Kunjungilah tempat makan ini dan kongsikan pengalaman anda dengan kami!

Maklumkan kepada kami sekiranya kami ada tertinggal tempat yang menarik dan menyelerakan! Bagi pendapat anda, dimanakah tempat yang paling murah untuk menikmati buffet di KL? Jangan lupa untuk kongsikan bersama kami!

Tempat makan telah kami senaraikan tetapi tempat penginapan di Kuala Lumpur bagaimana pula? Jangan bimbang, kami ada. Sila layari 6 Must Visit Boutique Hotels in Kuala Lumpur .

P.S.: Sekiranya anda suka artikel ini, anda mesti ingin melihat pautan ini juga, halal buffets in Penang.




importers importers