Kenapa anda perlu ke Turki? Turki ada salah satu negara yang gah di persada dunia dengan tamadunnya yang beribuan tahun dan antara tamadun besar yang pernah berkembang dan jatuh di bumi Turki ini adalah Rom dan Parsi. Oleh itu, sudah pasti tinggalan bersejarah dan bangunan lama ini menjadi tarikan utama kita ke sana Lantas menjadikannya terkenal dengan tarikan pelancong dari serata dunia. Jom lihat lokasi cantik di Turki yang menjadi photo-worthy!
1. Blue Mosque
Lokasi cantik di Turki yang wajib untuk disinggah adalah Masjid Biru. Masjid Biru ini adalah sebuah masjid bersejarah di Instabul. Masjid ini dikenali sebagai Blue Mosque kerana jubin biru yang mengelilingi dinding dalamannya. Selain itu ia merupakan satu-satunya masjid di instanbul yang mempunyai 6 menara.
Lokasi:
2. Hagia Sofia
Hagia Sofia merupakan sebuah masjid yang asalnya gereja setelah Sultan Fateh Mehmed berjaya menakluk Empayar Constantinople.
Lokasi:
3. Cappadocia
Cappadocia merupakan kawasan letusan gunung berapi dan terdapat pelbagai kawasan menarik hasil daripadanya. Antaranya adalah Goreme Open Air Museum, Devrent Valley dan banyak kali. Aktiviti yang menjadi idaman ramai di sini adalah dengan menaiki Hot Air Ballon. Dan semestinya gambar paling cantik yang sering diambil pelancong adalah berlatarkan Hot Air Ballon pada waktu pagi. Jom jangan lepaskan peluang itu!
Lokasi:
4. Ortakoy Mosque
Masjid ini yang dibina pada zaman pemerintahan Sultan Abdulmecit pada tahun 1853 telah direka oleh arkitet bernama Nigogos Balyan berdasarkan gaya neo-baroque. Dengan berlatar belakangkan jambatan Bosphorus di belakang dan selat di sebelahnya, masjid ini menjadi tumpuan utama para pelancong untuk menangkap berfoto ria. Jangan lepaskan peluang juga!
Lokasi:
5. Sultanahmet Restaurant – Seven Hills Hotel
Kawasan paling utama di Istanbul adalah kawasan Sultan Ahmet. Masjid Sultan Ahmet ini dikatakan kemuncak pada dua rekaan masjid Uthmaniyyah dan gereja Byzantine (Hagia Sofia) yang berada bertentangan antara satu sama lain. Uniknya jika berada di Seven Hills Hotel, anda boleh mendapatkan gambar yang berlatarkan masjid yang gah ini dengan begitu cantik sekali!
Lokasi:
6. Galata Tower
Bangunan yang berbentuk silinder ini didirikan pada tahun 1348. Ia pernah menjadi bangunan paling tinggi di kota selama berabad dan sehingga kini masih gah berdiri menghiasi bahagian utara kota Instanbul.
Lokasi:
7. Grand Bazaar
Pasar besar ini telah wujud sejak tahun 1455 lagi dan terdapat lebih dari 3000 lot kedai yang menjual pelbagai jenis barangan. Sesuai untuk bergambar di celah-celah barangan yang berwarna-warni dan terang sambil membeli-belah menghabiskan duit.
Lokasi:
8. Balat Cukur
Kejiranan bersejarah yang bernama Balat ini menjadi lokasi penggambaraan sebuah drama terkenal Turki iaitu Cukur. Sejak penyiaran drama siri ini pada bulan Oktober 2017, keadaan kejiranan Balat telah banyak berubah. Kini tempat itu pesat membangun dengan kunjungan pelancong yang makin bertambah dari hari ke hari. Antara lokasi favorit penangkapan gambar adalah di hadapan bangunan-bangunannya yang berwarna-warni.
Lokasi:
9. Ephesus
Kota purba Ephesus ini merupakan bandar tinggalan purba bersejarah Yunani Kuno. Dibangunkan oleh orang-orang Yunani pada abad ke 10 sebelum masihi dan ditinggalkan pada abad ke-15 Masihi. Kota ini terkenal dengan Kuil Artemisnya iaitu salah satu dari tujuh keajaiban dunia.
Lokasi:
10. Pamukkale
Pamukkale yang bermaksud benteng kapas adalah salah satu kolam air panas secara semula jadi. Kolam ini terbentuk di lereng-lereng bukit dan di kawasan atasnya pula dahulu dikenali sebagai Kota Hierapolis
Lokasi:
Nampak menarik bukan? Turki bukan sahaja menawarkan pemandangan yang indah, tapi juga kaya dengan sejarah dan budaya! Apa lagi, jom melawat Turki bersama Tripfez?
Leave a Reply