Your Halal & Muslim Friendly Travel Guide

15 Destinasi Gempak di Philippines

Home » DESTINATIONS » Philippines Muslim Friendly Travel Guide » 15 Destinasi Gempak di Philippines

1. Pulau Boracay

Pulau Boracay merupakan tempat yang mendapat perhatian pelancong terutamanya penulis. Apa yang #ohsem sangat tentang Pulau Boracay ini? Tentulah keindahan pantai, pasir putih serta air laut jernih! Pulau ini membuatkan kita aman dan tenang. Ada pelbagai aktiviti yang pasti gempak iaitu perkhemahan, parasailing, banana boat, skuba, snorkeling, bola tampar pantai dan menjelajah pulau kecil.

Tidak hairanlah keadaan sesak kerana pulau ini telah mendapat 2 penghargaan sekaligus. Tahun 1990, tempat ini dinobatkan sebagai pantai terbaik di dunia dan di tahun 1996, tempat ini dianugerahkan sebagai pantai tropika terbaik didunia oleh BMW Tropical Beach Handbook. Pulau ini terletak kira-kira 315km dari kota Manila.

2. Pulau Mactan

Pulau Mactan menjadi pilihan tempat rekreasi anda saat melancong di Filipina. Anda pasti kagum kerana tempat ini juga menjanjikan pemandangan pantai yang biru jernih air lautnya dan pasir yang putih. Pulau Mactan pernah mempunyai penghuni yang padat dan memiliki sejarah perang pada tahun 1521.

Tempat ini dulunya terkenal kerana rempah-ratusnya dan akhirnya dikuasai oleh bangsa Sepanyol. Sekarang tempat ini terkenal sebagai pulau pelancongan terkenal didunia. Jadi, anda digalakkan melihat sendiri keindahannya apabila melancong ke Filipina. Pulau Mactan memiliki luas 65km, dengan melalui jembatan Fernan atau jembatan Mandaue, anda dapat merakam detik manis disana.

3. Kota Vigan

Kota Vigan merupakan kota lama di Filipina. Tempat ini telah disenaraikan dalam kategori warisan dunia oleh UNESCO. Gaya rekabentuk binaan bangunan dikota ini merupakan gabungan antara arkitek Sepanyol dan arkitek Filipina. Jumlah keseluruhan bangunan yang ada di kota ini adalah 187 bangunan. Bangunan-bangunan itu sekarang dijadikan penginapan dan juga restoran. Itulah kenangan menarik yang dapat anda alami apabila menginap dikota ini dengan merasakan kehidupan pada abad ke-16.

4. Tubbataha Reef

Negara Filipina juga memiliki taman bawah laut yang sangat indah. Anda akan menjumpai pelbagai kumpulan ikan dan pelbagai jenis terumbu karang. Pengalaman untuk melihat sendiri taman bawah laut Tubbataha Reef itu sangat indah dan ohsem. Bagi anda pecinta snorkeling, ini adalah lokasi gempak untuk anda alaminya. Lokasinya ada di tengah Laut Sulu Filipina.

Lokasi ini merupakan tempat yang dilindungi. Tempat ini juga diiktiraf oleh UNESCO sebagai kategori warisan dunia bawah laut tahun 1993. Pasti gempak apabila anda merakam suasana snorkeling dan menyelam ditemani ikan-ikan disekeliling anda. Tempat ini menjadi lokasi pembiakan terumbu karang, manta rays, penyu laut, clownfish, lionfish, jerung, dan pelbagai lagi.

5. Muzium Nasional Filipina

Muzium ini merupakan muzium tertua kerana sudah 1 abad lebih. Muzium Nasional Filipina dibina pada tahun 1901. Apa yang ohsem adalah anda akan mempelajari sejarah budaya negara Filipina. Barang-barang bersejarah juga dipamerkan dan ini akan menjadikan salah satu destinasi pelancongan yang wajib anda lawati. Terdapat lukisan gergasi iaitu Spoliarium lukisan Juan Luna, pelbagai artifak lain yang dianggarkan artifek 890-710 S.M., harta peninggalan Spanish Galleon San Diego, kapal Balangay atau Butuan, lukisan-lukisan dan ukiran milik negara Filipina.

6. Chocolate Hills, Bohol

chocolate-hills600400
kredit: storya-pilipinas

Salah satu tarikan terkenal di Filipina adalah Chocolate Hills iaitu diantara bukit-bukit dan gunung-gunung seperti Carmen, Sagbayan dan Batuan di Bohol. Chocolate Hills diberi nama berdasarakan rumput hijaunya akan menjadi coklat ketika musim kering atau musim panas dan ini akan kelihatan seperti coklat. Anda pasti kagum dan teruja apabila melihat sendiri keunikan bukit-bukit ini.

7. Banaue Rice Terraces, Ifugao

Khazanah kebudayaan negara di Filipina digelar sebagai “Eighth Wonder of the World” oleh rakyatnya. Ia adalah sebuah bukit yang di jadikan kawasan tanaman padi bertingkat dan ini menjadikan lokasi ohsem untuk melihat keunikan dan keindahan alam. Selain itu, anda dapat melihat sendiri aktiviti kaum disitu yang digelar Kaum Ifugao dan jika berpeluang, anda dapat berjumpa dengan Mumbaki iaitu doktor tradisional kaum itu. Istilah lainnya adalah dukun atau bomoh dan ada kesempatan, anda dapat melihat sendiri upacara roh untuk mengubat.

Kawasan tanaman padi bertingkat ini telah dimulakan pada 2,000 tahun yang lalu untuk bercucuk tanam di sekitar bukit dan gunung. Kawasan hijau ini juga diiktirafkan oleh UNESCO warisan budaya Filipina terbaik. Anda pasti tertanya bagaimana ke sana?, hanya mengupah pemandu pelancong di Terminal Ohayami dengan anggaran ₱500 atau $10.28

8. Manila Ocean Park

Taman Laut Manila atau Manila Ocean Park ini adalah tempat yang sesuai buat mereka yang gemarkan hidupan air laut.  Lokasinya di kota Manila dan telah pun beroperasi sejak 2008. Aquarium gergasi ini memiliki jumlah air 8000m3 dengan kedalaman 25 meter. Terdapat juga pertunjukkan Obor-obor. Tempat ini dibuka setiap hari pada jam 10 pagi sehingga 9 malam. Tiket untuk orang dewasa adalah 400peso dan untuk kanak-kanak adalah 350 peso.

9. Mount Apo, Mindanao

Jika anda ingin benar-benar merasai Filipina, kunjungilah Gunung Apo. Gunung Apo merupakan gunung tertinggi di Filipina dengan ketinggian 10,311 kaki atas paras laut. Para pendaki gunung pasti akan menyahut cabaran untuk melihat gunung ini secara lebih dekat dengan keindahan sungai, tasik, pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan.

10. Mount Kanlaon, Negros

mount-kanlaon600400
kredit: vigattintourism

Gunung berapi terbesar di Filipina dengan ketinggian 2,435m. Terdapat juga 3 kolam air panas iaitu Mambucal, Bucalan dan Bungol. Gunung Kanlaon adalah istimewa  kerana ia mempunyai keunikan tersendiri; hutan dara, hutan tropika dan kehijauan tumbuhan, flora dan fauna yang gempak, bunga-bunga hutan, gaung, tasik dan sungai yang cantik. Anda hanya perlu menaiki bas Ceres daripada bandar Bacolod.

11. Gigantes Island

Pulau Gigantes Filipina mempunyai panorama tersendiri dengan banyak gua yang tersembunyi diantara batu-batuan yang besar dan diantaranya dikenali sebagai Gua Pawikan. Selain itu dapat menghirup udara segar di atas rumah api dengan pemandangan yang sangat ohsem. Terminal Manila ke bandar Iloilo dan seterusnya ke Estancia. Kemudiannya, anda boleh menggunakan perkhidmatan jelajah pulau dengan kos 5,000Peso.

12. Fortune Island

Pulau Fortune juga dikenali sebagai Greece Batangas kini menjadi satu lokasi pelancongan terbaik. Pulau ini terletak di Brgy. Tarikan utama di pulau ini adalah tiang Acropolis dan Grecian terletak betul-betul di puncak bukit pulau Fortune. Terdapat juga patung San Diego galleon. Jika anda dapat bermalam atau tunggu sehingga waktu malam di pulau itu, pasti suasana malam menjadi memori terindah untuk anda.

13. Mt. Kalawitan

Bagi penggemar cabaran, Gunung Kalawitan adalah tempat terbaik untuk mencabar diri mendaki dan alami kesukaran. Selain itu, susunan pokok pine yang kemas membuatkan anda tenang dan aman melihatnya. Gunung ini terletak di Bontoc. Anda perlu menaiki bas daripada Manila ke bandar Baguio dengan kkos P460, kemudian ke Sagada dengan kos P180 dan terus ke Stesyen Dangwa. Di situlah anda boleh mengupah pembantu pendaki untuk ke Gunung Kalawitan kosnya adalah P1200.

14. Rizal Park, Manila

monument-at-rizal-park600400
kredit: mapsofworld

Manila, ibu kota bagi negara Filipina kaya dengan peninggalan 400 tahun sejarah dan budaya. Kota ini adalah rumah bagi Fort Santiago, San Agustin Church (UNESCO World Heritage Site), Manila Cathedral, Palacio del Gobernador, Plaza de Roma, dan pelbagai peninggalan sepanyol. Apa yang ohsem di situ adalah Rizal Monument, bendera negara terbesar dan pelbagai lagi.

15. Luli Island, Palawan

luli-island600400

Pulau Luli, Palawan juga dikenali rakyatnya sebagai sempadan kerana terdapat keunikan pada panoramanya yang membezakan daripada lokasi lain. Sungai yang cantik, pantai yang indah, hidupan laut yang pelbagai, dan terumbu karangnya. Pulau Luli mendapat nama daripada Lulubog at Lilitaw iaitu bangun dan jatuh.

Menarik kan Philippines?

Leave a Reply