Cappadocia bandar wajib pergi jika anda ke Turki! Banyak sebab yang menajdikan Cappadocia menjadi tempat yang pelacong akan pergi jika mreka ke Turki!
1. Kawasan Plateau Unik
Kredit: Cosmolearning
Terletak di Utara Gunung Taurus, Cappadocia menawarkan pemandangan landskap yang unik dan sukar ditemui di tempat lain. Kawasan di Cappadocia juga mempunyai struktur seperti di bulan. Wajib tengok dengan mata sendiri!
2. Hot Air Balloon
Kredit: Wanderlustchloe
Lihat lembah, cerobong dan deep canyon seluruh Cappadocia dari udara. Belon tour mengambil masa hampir sejam tapi kalau nak join deluxe balloon tour ambil masa 1.30 jam. Anda boleh mengambil sijil penerbangan anda sendiri selepas selesai penerbangan
3. Bandar Bawah Tanah
Kredit: Theculturetrip
Banyak bandar bawah tanah telah di bina di Cappadocia. Pada zaman prasejarah penempatan manusia bermula, penduduk telah membina bandar bawah tanah di dalam batuan gunung berapi dalam bentuk tufa untuk melindungi diri mereka daripada haiwan liar.
4. Fairy Chimney
Kredit: Smithsonian
Kawasan ini menempatkan batu-bata yang terbentuk hasil daripada letusan gunung berapi pada masa dulu. Tempat ini menjadi Instaspot untuk pelancong dari seluruh pelosok dunia kerana keunikannya!.
Ha menarik kan. Sebenarnya ada banyak lagi sebab kenapa wajib ke Cappadocia. Tapi sebab ini lebih seronok jika kita rasai sendiri di sana.