• Menu
< See Tripfez Muslim Packages
  • Menu

5 BENDA ANDA BOLEH BUAT KETIKA TRANSIT DI DOHA!

Home » FEATURED POSTS » 5 BENDA ANDA BOLEH BUAT KETIKA TRANSIT DI DOHA!

Lokasi Doha yang terletak di titik pertemuan Timur dan Barat menjadikannya satu destinasi transit yang popular bagi pelancong yang ingin ke Eropah atau Amerika Syarikat sejak dulu lagi.

Namun, tidak ramai tahu yang banyak tempat atau aktiviti yang kita boleh lawati atau buat kalau kita ‘stopover’ di Qatar untuk jangka masa yang lama.

Jom, kita lihat 5 tempat-tempat yang boleh kita lawati apabila berada di DOHA, walaupun hanya kurang dari 3 jam!

1.Safari Padang Pasir

Image credit: (bottom left & bottom right) Regency Sealine Camp

Pengalaman anda di padang pasir tidak lengkap tanpa mencuba ‘Desert Safari’, sebuah aktiviti yang menjanjikan cabaran, eksplorasi serta saat-saat yang tak dapat dilupakan! Salah satu aktiviti ‘Desert Safari’ yang popular ialah ‘dune bashing’.

Anda akan dibawa merentasi padang pasir dengan kenderaan 4×4. Bagaikan menaiki roller coaster, anda tidak perlu risau kerana pemandu pelancong di sini amat berpengalaman!

Bagi yang inginkan aktiviti lebih lasak, anda boleh menyewa dune buggy ataupun melakukan sukan ekstrim seperti luncur pasir (sandboarding). Aktiviti santai seperti menunggang unta, berkhemah semalaman dan BBQ juga ada disediakan untuk pelancong. Jadi, jangan lepaskan peluang sekali seumur hidup ini!

2. Tapi, Doha bukan sekadar padang pasir sahaja!

Dinamakan sempena bekas tapak pencarian tiram mutiara di kawasan ini, The Pearl-Qatar merupakan sebuah pulau buatan manusia yang berkelas tinggi. Kapal-kapal layar, restoran, hotel, vila, resort pantai dan butik mewah antarabangsa dapat ditemukan di sini. Qanat Quartier, sebuah tempat yang dipenuhi dengan bangunan berwarna-warni dan dikelilingi terusan air ala-ala Venice juga terletak di The Pearl-Qatar. Anda pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk mengambil gambar di sini!

3. Tapak Arkeologi Al-Zubarah akan membawa anda kembali ke waktu lampau

alzuba1

Tapak Arkeologi Al-Zubarah ialah satu-satunya Tapak Warisan Dunia UNESCO di Qatar, dengan dua buah kubu iaitu Al-Zubarah Fort dan Qalat Murair Fort sebagai tumpuan pelancong. Anda pasti akan mendapat pengalaman yang unik kerana bandar ini ialah salah satu bandar pedagang yang paling terpelihara di dunia.

4. Beli-belah sambil bersantai di ‘Pasar Berdiri’ Souq Waqif

Souq Waqif, yang bermaksud ‘pasar berdiri’ dalam bahasa Arab, meriah dengan deretan kedai menjual barangan bercirikan budaya Arab seperti rempah ratus, barangan dapur, minyak wangi, hasil kraftangan dan kain tekstil. Restoran dan kafe yang menyediakan makanan tempatan dan antarabangsa juga turut ada di sini.

Namun, pasar yang berunsur modern dan tradisional ini bukan calang-calang pasar! Di Falcon Souq, anda dapat melawati deretan kedai yang menjual burung helang!

5. Ia juga syurga bagi penggemar makanan Arab dan makanan antarabangsa

Image credit: (top) Pinay Flying High, (bottom left) Omar Chatriwala, (bottom right) La Cigale Hotel

Bagi yang mempunyai masa yang singkat di Doha, jangan lepaskan peluang untuk mencuba makanan tradisional Qatar seperti machboos (nasi berempah bersama kambing, ayam atau makanan lautdan balaleet (bihun manis saffron bersama telur dadar).

Budaya makan ‘brunch’ juga amat sinonim dengan masyarakat Qatar, di mana pada setiap hari Jumaat, kebanyakan restoran di hotel-hotel mewah menyediakan set bufet ‘Friday Brunch’. Bagaikan hidangan untuk raja, perjalanan anda tidak lengkap tanpa mencuba ‘brunch’ di Doha!

Jadi, apa yang ditunggu lagi? Tarikan bandar Doha yang terdiri daripada pelbagai aspek seperti seni bina, sejarah, alam semula jadi dan kepelbagaian bangsa menjadikan ia satu destinasi yang amat wajar diterokai. Jika anda berada dalam perjalanan ke Eropah atau Amerika Syarikat, singgah sebentar di Doha dan hayatilah budaya masyarakat di sana.


Mahukan melancong dengan tawaran yang hebat, jom jumpa kami di:

Matta Fair, PWTC.

Booth 3241-3244, Hall 3.

Dari 15 ke 17 March 2019.


Jangan lupa ikuti kami di:

Website: www.tripfez.com

Blog: blog.tripfez.com

Facebook: Tripfez Travel

Twitter and Instagram: @tripfez

importers importers