Thailand sudah tidak asing kepada pelancong muslim luar dan tempatan dalam penyediaan pelbagai tempat makan yang halal. Dari dalam pusat membeli-belah yang megah di ibu kota Bangkok sehingga pelbagai sajian street food oleh penjaja-penjaja kecil jalanan, Insyallah akan ada tempat untuk anda singgah makan. Yang penting, kenalah buat research dulu sebelum terbang ke sana!
Jom kita lihat 5 makanan tempat halal yang mempunyai rating tertinggi di Google Maps yang harus dicuba di Bangkok Thailand!
1. Usman Muslim Thai Food Restaurant
Restoran halal ini menjadi terkenal di kalangan pelancong muslim dengan pemberian rating 4.6 oleh 982 orang pengunjung di Google Maps. Makanan yang sering dicuba di sini adalah masakan Tom Yamnya tapi makanan lain juga sama enaknya. Pusat membeli belah yang berhampiran adalah Terminal 2, maka kunjungilah ke sini jika berada di kawasan itu.
Ditubuhkan pada tahun 1998 oleh Samarn Yama, restoran ini telah Berjaya menjadi restoran terbaik di Bangkok sehingga dinobatkan Sijil Kecemerlangan dari TripAdvisor pada tahun 2015. Jadi jomlah ke sini untuk mengetahui sebabnya!
Lokasi:
259/9 Soi Sukhumvit 22, Khwaeng Khlong Tan, Khet Khlong Toei, Krung Thep Maha Nakhon 10110, Thailand
Waktu Operasi:
10 pagi – 10 malam
2. Fin Burger
Setelah lama berkelana ke Thailand dan telah merasa pelbagai masakan Thai, pasti akan sampai tahap anda merasa bosan dan inginkan sesuatu yang lain, bukan? Kadang-kadang makanan barat seperti McDonald atau Burger King akan buat anda terliur tapi malangnya restoran-restoran makanan segera ini tidak halal di Thailand.
Oleh itu anda boleh singgah ke Café Fin Burger pula! Diberi rating. 4.6 oleh 74 orang, tempat ini menjadi kegemaran para pengunjung muslim yang mengidam makanan barat. Dijamin sedap, jomlah menjamu selera di sini!
Lokasi:
25/1, Ramkhamhaeng 4, Suan Luang, Bangkok 10250, Thailand
Waktu Operasi:
11:30 pagi – 10 malam
3. The Vintage Bistro
Masakan Thailand sudah. Masakan barat jenis fastfood sudah. Apa kata kita cuba masakan Eropah pula yang dijamin halal ini? Restoran ini mensajikan pelbagai hidangan ala eropah seperti Nasi Briyani, lasagna, spageti, pasta dan pelbagai jenis roti. Dan buat mereka yang sedang menjaga pemakanan, menu seperti pelbagai salad juga dihidangkan.
Maka apa lagi, jom kita cuba makanan halal di sini pula! Ratingnya 4.7 oleh 65 orang pasti tidak mengecewakan anda!
Lokasi:
413 Thanon Chan, Krung Thep Maha Nakhon, Chang Wat Amnat Charoen 10120, Thailand
Waktu Operasi:
11:00 pagi – 11.00 malam
4. Kanah and Red Tea
Dengan nilai rating 4.7 oleh 301 orang,, restoran ini wajib menjadi singgahan sekiranya berhampiran dengan lapangan terbang Don Mueng. Selain itu, makanan vegan turut disajikan buat mereka yang tidak makan daging. Restoran ini terkenal dengan masakan thailandnya yang pelbagai dan harga yang sangat berpatutan.
Ramai juga mengatakan restoran halal ini adalah yang terbaik di seluruh Bangkok. Jom kita cuba pula!
Lokasi:
15, 105 Thanon Song Prapha, Khwaeng Don Mueang, Khet Don Mueang, Krung Thep Maha Nakhon 10210, Thailand
Waktu Operasi:
8:00 pagi – 8 malam
5. Ole’ Ole’
Bersebelahan Hotel Asia dan mempunyai ruang kecil yang hanya berkapasiti 30 orang, restoran ini semakin mendapat nama di kalangan pengunjung muslim ke Bangkok. Masakan Thailandnya yang sangat sedap dan harga berpatutan tidak pernah mengecewakan. Kalau ke sini, anda cubalah masakan lauknya yang segar.
Dihidang dengan cara lama iaitu bermeja bulat dan lauk diletakkan di tengan-tengah. Suasana makan yang pasti seronok untuk kumpulan yang besar. Jadi jomlah ajak kekawan makan di sini!
Lokasi:
10400 367/3 Phayathai Rd, Khwaeng Thanon Phetchaburi, Khet Ratchathewi, Krung Thep Maha Nakhon 10400, Thailand
Waktu Operasi:
8:00 pagi – 8 malam
Haa, sudah terliur? Jom tempah pakej mesra-Muslim anda ke Thailand bersama Tripfez. Dengan Tripfez, #ManaManTripPunBest!
Leave a Reply