Your Halal & Muslim Friendly Travel Guide

5 Pengalaman Menarik Menanti Anda di Desert Safari Dubai

Home » DESTINATIONS » UAE Muslim Friendly Travel Guide » 5 Pengalaman Menarik Menanti Anda di Desert Safari Dubai

Nak ke Dubai? Anda harus pergi Desert Safari di sana! Aktiviti ini biasanya diadakan di sebuah gurun yang terletak kira-kira sejam perjalanan dari bandaraya Dubai seperti Gurun Safari Al-Awir dengan menaiki pacuan kereta 4X4.

Sebelum itu, anda akan membuat persinggahan di sebuah Desert Camp. Ada pelbagai kemudahan yang disediakan di situ seperti sebuah pasar mini, tandas dan tempat berehat sebelum anda memulakan penggembaraan Desert Safari anda. Para pemandu akan terlebih dahulu membuat persiapan pada kereta mereka seperti mengurangkan angin tayar kereta bagi memudahkan cengkaman tayar pada padang pasir nanti. Jom kita lihat 5 pengalaman menarik yang akan anda tempuhi di Desert Safari Dubai ini!

Terokai Padang Pasir Dengan Kenderaan 4×4

kredit: @damns_1000

Pengalaman ini akan memberikan anda merasai adrenalin dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda (4WD) meneroka Desert Safari Dubai selama setengah jam. Pemandu professional akan membawa pelancong naik dan turun bukit padang pasir yang curam mengikut alunan laluan berpasir yang diredah kenderan pacuan empat roda (4×4) itu.

kredit: @laundrymau5

Paling menarik jika anda berpeluang melihat keindahan matahari terbenam di padang pasir yang berlatarbelakangkan panorama gurun safari dengan pasir halus dan gebu warna emas kekuningan. Anda pasti kagum dan terpesona dengan pengalaman ini!

Menaiki Pasir dan Berbasikal Quad

kredit: @edwigegag

Aktiviti menaiki ATV boleh dibuat sebelum memulakan kembara Desert Safari anda. Aktiviti ini disediakan di mana-mana Desert Camp iaitu persinggahan pertama sebelum Safari Desert. Anda perlu membuat bayaran tambahan untuk mencuba aktiviti ini tapi percayalah, pasti berbaloi!

Makan Malam di Bedouin Camp

kredit: @le_maroc_authentique

Setelah ‘bertarung’ di padang pasir, anda akan dibawa untuk makan malam di sebuah tapak kem puak Badwi. Kem itu mempunyai 10 khemah dilengkapi bantal dan hamparan permaidani merah untuk merasai kehidupan kuno komuniti Badwi, nomad di padang pasir. Anda akan berpeluang untuk berhibur dan menikmati pelbagai persembahan kebudayaan. Makan malam barbeku yang mewah disediakan secara buffet dapat dinikmati bersama kopi Arab.

kredit: @dubai_tourisms

Dari tempat duduk, anda dapat menyaksikan persembahan tarian tradisional Negara UAE yang dinamakan Ayala (tarian selamat datang). Tarian itu adalah simbolik penyatuan dan kerjasama antara komuniti yang biasanya diadakan untuk menyambut acara kebesaran seperti Hari Kebangsaan dan majlis perkahwinan. Persembahan seterusnya adalah tarian tradisional Mesir yang dinamakan Tanoura. Penari Tanuora akan memakai kostum pelbagai corak menjolok mata dan dilengkapi lampu berwarna-warni berkerdipan sambil memusingkan badannya tanpa henti selama 20 minit.

kredit: @sejurindubai

Setelah dua tarian itu, anda akan disajikan permainan aksi permainan unggun api pelbagai corak diikuti tarian gelek dari penari wanita Uzbekistan. Tarian rancak menggelekkan pinggul dan susuk tubuhnya sambil memusingkan kepalanya menyempurnakan penutup acara pakej Desert Safari ini.

Bergambar Ketika Matahari Terbenam Sambil Berpakaian Seperti Warga Tempatan Arab

kredit: @_e_s_a

Sebelum persembahan penutup, pelbagai aktiviti santai lain turut disediakan di kem puak Badwi itu seperti melukis henna di tangan, melihat seni lukisan pasir sebagai oleh-oleh, dan mengambil gambar sepuas-puasnya sehingga anda tidak akan sedar suasana terang sudah bertukar gelap.

kredit: @andjella_dinic
kredit: @sandraferreira18

Menunggang Unta

Selain itu, di kem itu turut menyediakan aktiviti menunggang unta yang merupakan pengalaman menarik bagi mengetahui tabiat haiwan padang pasir itu dan cara untuk menjinakkannya. Dan pastinya dapatlah anda bergambar ‘fe-feeling‘ macam puteri dari kisah 1001 malam!

kredit: @canvastravel_simulationonly

Berminat? Tripfez menyediakan pakej percutian berkumpulan ke Dubai dan anda akan dapat menikmati aktiviti-aktiviti menarik ini jika anda mahu. Selain itu, kita juga akan naik ke tingkat 124 bangunan tertinggi dunia Burj Khalifa dan juga melawat bandar Abu Dhabi juga. Apa tunggu lagi? Tempah sekarang!

Lihat harga terkini : Pakej Dubai & Abu Dhabi

Pakej Dubai Mesra Muslim

Leave a Reply

2 comments