Your Halal & Muslim Friendly Travel Guide

6 Destinasi Menarik di Kota Cinta, Paris

Home » Guide for Muslim Travellers » 6 Destinasi Menarik di Kota Cinta, Paris

Menurut Top 10 City Destinations 2018 oleh Wouter Geerts, Paris menduduki tempat ke-6 daripada 10 negara yang menjadi tumpuan para pelancong. Hampir setiap sudut padang kota Paris ini memiliki ciri-ciri yang romantik seperti bangunan, museum yang cantik, pemandangan yang indah, jalan-jalannya dipenuhi pasangan yang sedang bermesraan, juga terdapat menara Eiffel yang terkenal sebagai lokasi ramai orang untuk mengungkapkan perasaannya terhadap pasangannya. Bahkan tidak sedikit yang melamar kekasihnya di situ! Oleh itu mari kita lihat destinasi menarik di Paris yang juga menjadi lokasi banyak filem romantik seperti Eiffel, I’m In Love terbitan Indonesia itu.

1. Gallery La Fayatte

Membeli belah merupakan terapi untuk kaum wanita dan tidak kurang juga, kaum lelaki juga suka aktiviti ini. Tiba sahaja di Paris anda disajikan dengan pelbagai butik berjenama dari beratus pereka fesyen terkenal di dunia. 

6 Destinasi Menarik di Kota Cinta, Paris, Gallery La Fayatte
kredit: @alexa907

Melangkah masuk ke dalam Gallery La Fayatte anda pasti terpegun. Rekabentuk bangunan yang cukup unik dan mewah serta pelbagai jenama boleh diperolehi di sini.

2. Arc de Triomphe

6 Destinasi Menarik di Kota Cinta, Paris, Arc De Triomphe

Arc de Triomphe merupakan salah satu monumen yang popular di Paris. Monumen ini terletak di tengah-tengah bulatan sesak Place Charles de Gaulle. yang menghubungkan 12 cabang/jalan. Anda boleh melalui sebuah terowong yang khusus untuk berjalan kaki menuju ke monumen Arc de Triomphe ini.  Tujuan penubuhan tempat menarik di Paris ini adalah sebagai peringatan kemenangan perang dan menghormati para pejuang yang terkorban dalam perang Revolusi Perancis.

6 Destinasi Menarik di Kota Cinta, Paris, Arch De Triomphe
kredit: @togap5
6 Destinasi Menarik di Kota Cinta, Paris, Arc de
kredit: @chains1945

Nama  jeneral dan perang yang diperjuangkan mereka boleh dilihat pada bahagian dalam dan atas gerbang. Manakala pada bahagian bawah monumen pula terdapat ukiran bagi memperingati ‘Tentera Yang Tidak Bernama’ dalam Perang Dunia Pertama.

3. Louvre Pyramid

Tapak lokasi pengambaran filem The Da Vinci Code ini menjadi tumpuan pelancong kerana di sini terdapatnya muzium yang menyimpan lukisan asal Monalisa yang dilukis oleh pelukis terkenal Leonardo Da Vinci serta lukisan terkenal bernama ‘Dying Slave’ karya Michaelangelo. 

6 Destinasi Menarik di Kota Cinta, Paris, louvre
kredit: @santinisp

Muzium ini adalah antara muzium seni yang terbesar di dunia dan amat sesuai bagi anda yang meminati seni dan sejarah. Selain bercuti, tempat menarik di Paris ini dapat mendidik para pengunjung tentang sejarah dan seni tempatan yang mempunyai nilai tinggi. Terdapat banyak koleksi seni yang dipamerkan di sini yang bakal membuatkan anda terpesona dan jatuh cinta.

4. Eiffel Tower

Credit: drsayantandatta07

Eiffel tower merupakan destinasi menarik di Paris dan wajib singgah. Ia sebuah menara besi berketinggian 300 m yang dibina di Champ de Mars di tengah-tengah kesibukan kota Paris. Pernah menjadi struktur tertinggi di dunia selama 41 tahun sebelum dikalahkan oleh Bangunan Chrysler di kota New York. Namun begitu, menara ini kekal menjadi ikon global Peranchis dan merupakan salah satu struktur terkenal di dunia.

Credit: agatawieczerzycka

Ia dinamakan sempena nama Gustave Eiffel, pemilik syarikat yang bertanggungjawab dalam membangunkan projek ini.  Jadikan lokasi ini tempat wajib dikunjungi semasa di Paris dan nikmati suasananya yang romantik yang juga sesuai untuk bergambar ria!

5. Cathedral Notre Dame de Paris

Pada malam 15 April 2019, di Paris,  bangunan Notre-Dame de Paris terbakar lalu menghancurkan puncak menara katredal tersebut yang setinggi 93 meter dan dua per tiga atapnya hancur serta bahagian dalamannya rosak teruk. Notre-Dame de Paris merupakan tempat ibadah Kristian Katolik  yang pertama dan sangat penting sejak 1000 tahun yang lalu. Kebakaran yang berlaku ini telah menjadi mimpi ngeri kepada dunia. Lantas dari perkara itu menjadikan Cathedral Notre Dame ini destinasi menarik di Paris.

6 Destinasi Menarik di Kota Cinta, Paris, Notre Dame
kredit: @novvnovita
6 Destinasi Menarik di Kota Cinta, Paris, Notre Dame
kredit: @josuegar1199

Namun begitu, katredal ini akan dibangunkan semula dan dibuka kepada umum setelah siap nanti. Oleh itu jangan lepaskan peluang untuk melawat tempat ini apabila buka nanti! Nanti rugi!

6. Palace of Versailles

6 Destinasi Menarik di Kota Cinta, Paris, Versailles
kredit: @_sawalina85_

Istana Versailles ini merupakan sebuah istana megah yang terletak di barat daya kota Paris sejauh sekitar 20 km. Perjalanan ke sini dengan menggunakan kereta mengambil masa kurang 30 minit dari pusat kota Paris. Bagi penggemar sejarah. Istana ini merupakan pusat kekuatan politik kerajaan Perancis pada tahun 1682 sehingga 1789. Istana ini juga merupakan lambang kemewahan kehidupan para bangsawan Eropah pada era itu. 

6 Destinasi Menarik di Kota Cinta, Paris, Versailles
kredit: @truegraceeesy

Kemegahan istana ini boleh dilihat pada keluasan bangunannya yang mencapai 67,000 meter persegi. Selain itu, bangunannya yang luas itu dikelilingi pelbagai taman yang sekiranya dihitung keselurhan keluasannya boleh mencapai 1070 hektar. Atas dasar kemegahan dan nilai sejarahnya inilah, istana Versailles telah dinobatkan sebagai salah satu warisan budaya dunia oleh UNESCO.

versailles
kredit: @jujufromthesqy

Paris sememangnya merupakan destinasi terbaik buat penggemar budaya dan seni. Ada banyak lagi destinasi dan aktiviti menarik yang harus dilawati di kota cinta, Paris sekiranya anda berpeluang ke sana. Jadi, jangan lupa untuk buat research terlebih dahulu atau lebih mudah lagi, serahkan semuanya pada Tripfez, pakar pelancongan mesra Muslim anda!

Jom ke Paris?

Leave a Reply