Your Halal & Muslim Friendly Travel Guide

6 Lokasi Indah dan Bersejarah di Jordan Yang Harus Dilawati Kaki Travel

Home » Misc » 6 Lokasi Indah dan Bersejarah di Jordan Yang Harus Dilawati Kaki Travel

Jordan merupakan sebuah negara yang kaya dengan sejarah. Banyak kerajaan yang telah memerintah tanah ini secara bersilih-ganti seperti zaman Mesopotamia, Babylon, Parsi dan di bahagian Tenggara Jordan pernah diduduki oleh Kaum Thamud (Petra). Pada tahun 106 sebelum masihi, tanah ini pernah berada di bawah jajahan kuasa besar Rom dan pada 633-636 pula dikuasai oleh bangsa Arab.

Nak tahu apa yang menarik di Jordan? Mari kita lihat 6 lokasi indah dan bersejarah di Jordan yang harus anda sebagai kaki travel lawati!

Amman

Amman merupakan ibu kota Jordan dan sebuah bandar moden dengan banyak runtuhan kuno. Di atas bukit Jabal al-Qala’a,  Citadel bersejarah terdiri daripada tiang-tiang dari Kuil Roman Hercules dan kompleks Istana Umayyad abad ke-8 yang terkenal dengan kubah besarnya. Dibina di lereng bukit di pusat bandar yang berbeza, anda boleh kunjungi Teater Roman yang berkapisiti 6000 orang. 

Selain itu, anda boleh gunakan Amman sebagai titik transit untuk perjalanan ke bandar-bandar dan penempatan lain di Jordan kerana lapangan terbang antarabangsa terletak di sini.

Credit: @anitabursheh
Credit: @daniel_oroszz
Credit: @jerome_s_travels

Petra

Petra adalah bandar purba yang menarik dan telah dipilih sebagai salah satu Tujuh Keajaiban Dunia Baru. Kota Nabatean Petra (Nabatean City Of Petra) yang membawa maksud “Batu” dalam Bahasa Greek merupakan sebuah bandar bersejarah dan arkeologi di selatan Jordan. Petra terletak di lereng Jabal Al-Madbah di lembah di antara gunung-gunung yang membentuk lembah timur dan lembah Arabah yang bermula dari Laut Mati ke Teluk Aqaba.Petra dipercayai telah dibina pada awal 9000 sebelum masihi, dan ia mungkin ditubuhkan pada abad ke-4 sebelum masihi sebagai ibu kota Kerajaan Nabataean.

Di Petra inilah anda akan bertemu dengan Siq iaitu pintu masuk utama ke kota Nabatean kuno Petra di selatan Jordan. Juga dikenali sebagai Siqit, pintu masuk utama di Petra adalah tebing tanah merah yang sempit sejauh kira-kira 1.2 kilometer dan berakhir di kota kuno Petra yang paling rumit, Al Khazneh.

Credit: @hello_worldpics
Credit: @hanshegemanfotografie
Credit: @tonigowo

Mount Nebo

Gunung Nebo adalah rabung tinggi di Yordania, dengan ketinggian kira-kira 710 meter di atas paras laut, disebut dalam al-kitab Ibrani sebagai tempat di mana Nabi Musa diberi pandangan tentang Tanah Perjanjian. Dipercayai bahawa Nabi Musa as dikebumikan di sini dan sebuah gereja telah dibina di sini untuk penganut agama Kristian menunaikan penghijrahan mereka.

Credit: @danielfebryan_97
Credit: @advanywhere

Ancient City Jerash

Bandar purba Jerash ini merangkumi kawasan luas sebuah kota yang bukan sahaja sebahagian tetap kerajaan Romawi tetapi sebagai jalan pertemuan untuk perdagangan. Kota ini bermula pada zaman pemerintahan Alexander the Great pada abad ke-4 SM dan mencapai kemuncak kejayaan pada abad ke-2 dan ke-3 AD. Kehancuran kota ini adalah akibat gempa besar, tetapi hari ini anda boleh menerokai lorong-lorongnya yang telah digilap sampai bersinar dan sebahagiannya memperlihatkan kesan-kesan daripada  kereta roda.  Namun begitu, kota kuno ini perlu dibangunkan lagi untuk menunjukkan keindahan yang lebih menakjubkan kepada pelancong.

Credit: @markhebert47
Credit: @comiccrow
Credit: @tianshanboy

Wadi Rum Desert

Pemandangan yang indah yang disangkakan hamparan laut ini rupa-rupanya hanyalah padang pasir. Anda boleh merasai kehidupan orang Badawi di sini. Pada tahun 1962, filem bertajuk Lawrence of Arabia telah menjadikan keindahan tempat ini sebagai lokasi penggambaraannya. Keadaan ini telah menjadikannya tempat tumpuan ramai pelancong luar dan lokasi pilihan ramai kru perfileman. Filem The Martian yang diterbitkan pada tahun 2015 telah dirakam di sini dengan menjadikan Wadi Rum sebagai planet merah. Dengan hanya menerima hujan tiga kali setahun, Wadi Rum turut menjadi destinasi utama  kepada para pendaki, pencinta alam dan aktiviti berkhemah.

Credit: @margherita.vigo
Credit: @tourwadirum
Credit: @bookingjordan

Dead Sea

Laut mati ini merupakan tasik air masin yang terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat. Pantainya berada di kedudukan serendah 418 m di bawah aras laut yang merupakan kedudukan terendah di atas daratan dunia dan juga tasik masin yang terdalam dengan kedalaman 330 m. Airnya mempunyai kemasinan kedua tertinggi di dunia. Oleh sebab itu tiada satu pun hidupan yang boleh hidup di dalamnya dan kapal tidak boleh berlayar di atas permukaannya. Ingatkah anda pada kisah Kaum Lut yang dilaknat Allah atas perbuatan mereka di luar tabii? Ya, dipercayai di sinilah tempat di mana kisah yang diceritakan di dalam Al-Quran itu berlaku!

Credit: @twosomepioneers
Credit: @mjpaschke

Leave a Reply