Salah satu hal yang membebankan dan memakan masa yang banyak ketika hendak travel adalah mengemas dan packing! Selain memakan waktu, anda kerap runsing memikirkan barang apa yang hendak dibawa dan dimuatkan dalam bagasi anda nanti. Terutamanya bagi kaum wanita yang selalu ingin membawa segala pakaian yang anda suka dan selasa tetapi tidak semua terpakai semasa travel!
Tidak dinafikan aktiviti travel ini memang menyeronokkan. Selain memikirkan tentang tempat, penginapan, dengan siapa nak travel dan sebagainya, salah satu perkara penting yang perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum menuju ke destinasi percutian adalah mengemas pakaian dan barang-barang yang ingin dibawa. Pasti pening bukan? Jangan lakukannya pada saat-saat terakhir kerana anda mungkin membawa barang yang tidak perlu bersama. Jom kita lihat tip packing yang semua kaki travel perlu tahu!
1. Pilih Jenis Bagasi Yang Betul
Sebelum memilih jenis bagasi yang perlu anda bawa, tentukan dahulu berapa lama perjalanan yang akan anda ambil? Adakah anda bercuti atas urusan kerja atau untuk menikmati percutian peribadi? Sekiranya anda menjawab kedua-dua soalan ini, anda pasti dapat menentukan saiz dan jenis bagasi yang perlu anda gunakan. Sekiranya anda pergi untuk hujung minggu, cukuplah sekadar membawa beg sandang atau tote sahaja tetapi sekiranya melakukan lawatan 10 hari, anda perlukan beg bagasi yang besar!
Jika anda seorang ‘backpacker’ yang tidak gemar menggunakan bagasi beroda, anda boleh menggunakan backpack yang boleh mencapai 70 liter. Backpack begini biasanya digunakan untuk perjalanan berbulan-bulan atau dibawa semasa mendaki gunung.
2. Semak Cuaca, Bawa Baju Bersesuaian
Ramalan cuaca bukannya 100 peratus tepat, tetapi mempunyai sedikit bayangan tetang cuaca semasa bercuti boleh membantu anda membuat keputusan tentang jenis pakaian yang perlu anda bawa bersama. Terlebih dahulu, anda perlu pastikan keadaan cuaca atau musim di negara yang akan kita pergi. Semak suhu terkini melalui laman web ramalan kaji cuaca di internet, bagi menentukan jenis pakaian yang bagaimana ingin kita bawa dan pakai di sana. Kalau ke negara musim sejuk, bawa baju yang agak tebal. Dan kalau ke negara musim panas, boleh bawa pakaian yang nipis-nipis dan ringan, bagi menjimatkan lagi ruang dalam bagasi anda!
3. Gulung Baju
Untuk maksimumkan ruang luggage anda, gulunglah baju anda supaya menjadi kecil dan nipis. Selain itu, pakaian yang digulung dan disusun rapi di dalam bagasi ini juga boleh kurang berkedut. Untuk pakaian yang dipadankan dengan tudung, anda boleh gulungkan dalam satu gulungan. Untuk mengelak dia terbuka, anda boleh ikat dengan menggunakan getah.
4. Gunakan Travel Kit Untuk Toiletries
Biasanya anda boleh dapatkan barangan mandi yang bersaiz kecil dari hotel-hotel yang anda pernah lawati. Bawa dan gunakan produk-produk ini semasa travel. Selain itu bawa dan gunakan produk-produk freebies atau travel size yang anda dapat dari pasaraya atau belanja atas talian itu. Memandangkan anda pergi travel untuk beberapa hari sahaja, jadi memang sesuailah kalau bawa skincare dan body care bersaiz mini ini. Apabila telah habis digunakan semasa travel, anda boleh terus buang di sana dan lebihan ruang dalam bagasi anda boleh diisi dengan hadiah cenderamata yang anda beli pula.
Kit-kit kembara yang bersaiz kecil juga boleh dibeli di mana-mana farmasi atau kedai Mr. DIY seperti kit first aid kit, kit berus gigi, kit pencucian muka dan kit set mandian. Anda perlu pastikan had minimal cecair atau losyen menepati had kebenaran naik ke pesawat sebagai hand luggage iaitu tidak melebihi 100ml. Sekiranya lebih, anda perlu daftarkannya sebagai cabin luggage.
5. Beg dalam Beg
Asingkan jenis barangan anda ikut kegunaan. Dan masukkan dalam beg atau pouch kecil sebelum masukkan dalam bagasi. Satu beg untuk pakaian harian anda, satu beg lain untuk pakaian malam anda, dan satu lagi untuk pakaian dalaman seperti seluar dalam dan bra. Barangan seperti makanan, ubat-ubatan dan barangan mandian boleh asingkan dalam beg masing-masing juga.
Untuk barangan eletrik seperti wayar USB, charger, gadget dan aksesori, asingkan dan letakkan di dalam satu beg/pouch khas bagi keselamatan bagasi. Selain itu, mengasingkannya dapat mengelakkan wayar-wayar berselirat bercampur dengan pakaian-pakaian lain dalam bagasi tu. Dan bila anda perlu menggunakannya, anda tidak perlu serabut dan boleh mencapainya dengan mudah dan cepat.
Pengasingan barang mengikut beg kecil masing-masing dapat menjimatkan masa untuk mencarinya dan juga ruang dalam bagasi, menjadikannya lebih tersusun dan sistematik.
6. Pemilihan Baju
Fokus pada pemilihan baju berwarna neutral asas seperti hitam, putih, kelabu, koko dan krim. Pastikan anda membawa bersama pakaian lebih yang pelbagai kegunaan seperti seluar yoga yang boleh digunakan untuk tidur. Selain itu juga, anda perlu bijak memadankan pakaian anda untuk mengelakkan daripada berulang-ulang. Anda boleh pilih gaya pakaian yang ringkas dan diperbuat daripada kain cotton. Dan bagi wanita yang bertudung, baju tidak perlu begitu banyak, cuma tukar-tukar tudung sahaja. Sebagai contoh, padankan baju plain dengan seluar tetapi tudungnya bertukar-tukar. Orang tidak akan perasan!
Sekarang dah tau tip-tip nak packing bagi anda yang kaki travel, bolehlah rancang percutian anda dengan tenang. Alang-alang anda masih disini, boleh lihat lagi artikel lain yang terdapat di blog kami!
Leave a Reply