Seoul, ibu negara Korea Selatan, merupakan sebuah bandaraya metropolis yang sarat dengan arus pemodenan meliputi bangunan pencakar langit, keretapi berteknologi tinggi dan budaya k-pop serta k-drama yang kini terkenal di peringkat antarabangsa. Siapa yang tak kenal kumpulan K-pop BTS kan?
Namun semoden mana pun Seoul, warisan budaya seperti istana-istana lama dan pasar-pasar tradisional masih dijaga dengan baik dan menjadi tarikan utama pelancong yang tak pernah putus-putus sehingga ke hari ini, menjadikan Seoul destinasi popular dalam dunia pelancongan.
Jom lihat senarai tempat yang instagrammable di Seoul, Korea!
1. COEX Mall Starfield Library
Haa..mesti anda tak pernah terfikir nak melawat perpustakaan kalau sedang melancong ke luar negara kan? Perpustakaan ini ada kelainan sikit dengan rak buku yang tinggi melangit sampai tertanya-tanya, bagaimana peminat buku hendak mencapainya? Terbang? Pakai tangga?
Instagram Rate: (4/5)
Waktu Operasi:
Setiap hari, 10AM-10PM
Lokasi:
Boleh naik subway ke salah satu stesen berikut :-
– Samseong Station (subway line 2) exit 5, 6
– Bongeunsa Station (subway line 9) exit 1, 6, 7
– Cheongdam Station (subway line 7) exit 2
2. Line Friends Store & Cafe
LINE FRIENDS Store & Cafe yang terletak di Garosu-gil Seoul ini adalah kedai LINE friends yang pertama dan terbesar di dunia. Pasti tak rugi kalau jadikan tempat ini menjadi destinasi anda.
Kedai utama ini memenuhi 3 tingkat dan anda boleh menemui produk LINE FRIENDS seperti patung, pencuci mulut dan minuman yang comel yang bertemakannya. Setiap sudut di kedai itu pasti sesuai untuk diabdikan dalam akaun instagram anda.
Instagram Rate: (5/5)
Waktu Operasi:
Setiap hari, 10AM-10PM
Lokasi:
Tip daripada Tripfez:
Bagaimana untuk ke sana:
Keluar dari exit 3 dari Stesen Itaewon (line 6) dan jalan terus. Dalam kurang 5 minit anda akan menemui bangunan besar tertera perkataan LINE.
Anda juga boleh pergi melawat cawangan LINE Friends yang lain seperti di Itaewon dan Myeongdong.
3. Ttukseom Han River Park
Kekadang tempat yang cantik dan futuristik tidak perlukan sebarang bayaran sebagai tiket masuk. Anda boleh jalan-jalan makan angin di sebuah taman awam berhampiran Jayang 3 (Sam) Dong. Di sini terdapat banyak spot gambar yang cantik sekiranya bijak mencarinya.
Instagram Rate: (4/5)
Waktu Operasi:
Setiap hari
Lokasi:
Tip daripada Tripfez:
Bagaimana untuk ke sana:
Keluar dari Stesen Ttukseom Resort (line 7) exit 2 atau 3
4. Dongdaemun Design Plaza (DDP)
Dongdaemun Design Plaza (DDP) adalah mercu tanda terbaru dan paling ikonik dalam industri reka bentuk Korea. Terletak di tengah-tengah kawasan Dongdaemun, DDP akan menjadi tempat utama untuk pertunjukan dan persidangan yang berkaitan dengan reka bentuk, pameran, dan acara dan perhimpunan lain. Jangan lepaskan peluang anda ke sini kalau ke Seoul!
Tahukah anda?
- DDP dipilih sebagai salah satu daripada “Top 52 Tempat untuk Lawati 2015” oleh New York Times
- Adalah lokasi paling banyak ditag Instagram di Korea pada tahun 2015
- Dimasukkan dalam senarai 5 teratas tempat paling popular mengikut pengguna Facebook Korea pada tahun 2015
- Adalah lokasi penggambaran untuk drama SBS “You Who Come from the Stars,” drama KBS2 “Produser,” dan drama MBC “She Was Pretty.”
Instagram Rate: (4/5)
Waktu Operasi:
Setiap hari, 10AM-7PM
Lokasi:
Tip daripada Tripfez:
Melalui subway, turun di stesen Dongdaemun History & Culture Park (line 2,4, or 5), exit 1. Jalan terus selama 5 minit dan belok ke kanan. Jalan lagi selama 5 minit untuk sampai ke DDP.
5. Gyeongbokgong Palace
Dibina pada tahun 1395, Istana Gyeongbokgung juga dikenali sebagai Istana Utara kerana kedudukannya jauh di utara berbanding dengan istana-istana Changdeokgung (Istana Timur) dan Istana Gyeonghuigung (Istana Barat).
Lokasi ini masuk senarai saya kerana Istana Gyeongbokgung boleh dikatakan istana yang paling indah dan kekal sebagai yang terbesar di kalangan kesemua istana di Korea Selatan (ada lima semuanya iaitu Gyeonghuigung Palace, Deoksugung Palace, Changgyeonggung Palace, Changdeokgung Palace dan istana ini).
Instagram Rate: (4/5)
Waktu Operasi:
Setiap hari kecuali Selasa, 9AM-6PM
Lokasi:
Tip daripada Tripfez:
Bagaimana untuk ke sana:
Ambil subway 3 line ke Stesen Gyeongbokgung dan keluar di pintu exit 5. Dari sana akan mengambil sekitar 5 minit untuk sampai ke istana.
6. Maison Kitsuné Seoul Boutique & Café Kitsuné
Siapa di kalangan anda jenis yang suka makan sambil ambil gambar? Itulah gaya pengguna instagram masa kini. Apa yang unik tentang tempat ini? Tempat ini mengabungkan sebuah kafe dan butik menjadi satu dan berasal dari Perancis iaitu milik Maison Kitsuné, sebuah jenama pakaian fashion yang terkenal. Setiap ruang dalam bangunan ini mempunyai keunikan dekorasi dalaman yang tersendiri. Sesuai untuk dilawati dan dilihat sendiri!
Instagram Rate: (4/5)
Waktu Operasi:
Setiap hari, 11AM-9PM
Lokasi:
Tip daripada Tripfez:
Bagaimana ke sana:
23, 13 Gil, Dosandaero, Gang-nam gu, Seoul, South Korea
7. Cheonggyecheon Stream
Kawasan ini dibuat sempena memperingati Projek Pemulihan Sungai Cheonggyecheon, dan juga menjadi lambang tempat berkumpul, keharmonian, kedamaian, dan perpaduan. Laluan pejalan kaki adalah sejauh 11 km, di tengah kota Seoul dan akan melalui sebanyak 22 jambatan. Ada
Instagram Rate: (4/5)
Waktu Operasi:
Setiap hari, 24 jam.
Lokasi:
Ambil subway Line 5 untuk ke Gwanghwamun Station, Exit 5
8. Anyang Art Park
Taman Seni Anyang adalah kawasan terbuka yang luas yang menempatkan sekitar 52 rekabentuk unik oleh seniman Korea. Kawasannya cukup besar dan berbaloi untuk dilawati! Tempat yang hipstur dengan pelbagai spot gambar yang futuristik dan unik. Kemasukan adalah percuma dan anda boleh bergambar dengan sepuas-puasnya!
Instagram Rate: (5/5)
Waktu Operasi:
Setiap hari, 24 jam
Lokasi:
Tip daripada Tripfez:
Bagaimana untuk ke sana:
1. Gwanok Station ,Exit 2, kemudian ambil bus bernombor 5624, 5625, 5626, 530, 5713.
2. Anyang Station, kemudian ambil bus nombor 2.
9. Gangnam Square
Pernah minat dengan lagu Gangnam Style suatu ketika dahulu? Lagu itu menjadi begitu popular sehingga menjadi lagu nombor 1 di peringkat luar negara. Kini lagu itu dijadikan lambang dalam bentuk patung konkrit berwarna keemasan di Gangnam Square. Walaupun zaman Gangnam sudah berlalu diganti zaman BTS, tapi ia tetap menjadi kebangaan warga Seoul.
Instagram Rate: (4/5)
Waktu Operasi:
Setiap hari, 24 jam
Lokasi:
Tip daripada Tripfez:
Bagaimana untuk ke sana:
Gangnam Station Exit 5
10. Bukchon Hanok Village
Sebuah perkampungan tradisional di Seoul yang menempatkan rumah-rumah lama yang masih kekal dengan seni bina tradisional Korea dan masih berpenghuni. Sekiranya ke sini, jangan lupa menggayakan baju tradisional Hanbok semasa bergambar. Lawatan ke sini seperti mengembalikan ke masa lampau. Kampung yang tak terusik dengan peredaran masa.
Instagram Rate: (5/5)
Waktu Operasi:
Setiap hari, 9AM-6PM
Lokasi:
Tip daripada Tripfez:
Bagaimana untuk ke sana:
Naik subway ke Anguk Station (Seoul Subway Line 3), Exit 1 or 2. Dan berjalan terus sejauh 300 minit untuk sampai ke Bukchon Hanok Village.
Teringin nak ke Korea? Jom ikut Tripfez! Lawati www.tripfez.com untuk membuat tempahan.
Leave a Reply