Your Halal & Muslim Friendly Travel Guide

10 Buffet di Kuala Lumpur Bawah RM100

Home » Guide for Muslim Travellers » 10 Buffet di Kuala Lumpur Bawah RM100

Terdapat banyak tempat makan menarik di kuala lumpur yang menyelerakan. Tapi ada ke tempat makan best di kl dengan harga di bawah RM100? Mestilah ada… buffet lagi. Tunggu apa lagi, lihat senarai ini dan buat tempahan sekarang!

1) Restoran Rebung Chef Ismail

Kredit: ljonelrecommends
  • Kepelbagaian jenis pilihan makanan yang ditawarkan di restoran inilah yang menjadikan restoran ini tarikan kepada pelanggan baru. Pelanggan tetap juga tidak jemu berkunjung menjamah selera di Restoran kepunyaan Chef yang namanya tidak asing lagi di Malaysia iaitu Chef Ismail.
  • Diantara pilihan makanan yang terdapat di restoran ini ialah menu masakan Melayu tradisional seperti lauk ikan patin  masak tempoyak, asam pedas, rendang daging, mee kari dan macam-macam lagi.
  • Setelah selesai dengan hidangan utama, anda boleh menikmati pencuci mulut seperti ABC, durian pulut, pengat pisang dan bermacam- macam lagi kuih-muih tradisi Malaysia.  Sekiranya anda memilih untuk makan malam buffet di restoran ini, hidangan anda akan turut disertakan bersama kepak ayam BBQ, lamb chop dan satay ayam.

Waktu Operasi: Setiap Hari (Tengah Hari 12PM-3PM, Malam 7PM-3PM)

Harga: Makan Tengah Hari at RM40++ and Makan Malam at RM50++

📍 Alamat: 5-2, Aras 5, Parkir Bertingkat Bukit Aman Kuala Lumpur

Facebookhttps://www.facebook.com/RestoranRebungChefIsmail/

2) The Ganga Café

Kredit: thegangacafe
  • Restoran ini menyediakan sajian yang berasaskan “vegetarian”. Walaubagaimanapun, bagi mereka yang bukan “vegetarian”, jangan risau, kafe ini turut menyediakan sajian yang kami yakin, sesuai dengan citarasa anda.
  • Pada hari hari Ahad anda dapat  menikmati Chappati sebagai menu tengah hari. Untuk pengetahuan anda juga, kafe ini terkenal dengan hidangan pakora dan khandvi mereka.

Waktu Operasi: Ahad 10.00am to 3.00pm

Harga: RM16/RM25

📍 Alamat: 19, Lorong Kurau, Taman Bukit Pantai, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Facebook: https://www.facebook.com/thegangacafe/

3) Nook Café

Kredit: clar.yern
  • Nama restoran ini yang unik dapat menarik penggemar makanan untuk mengetahui hidangan yang tersedia disini.
  • Restoran ini terkenal dengan hidangan buffet antarabangsa dengan harga yang berpatutan. Antara hidangan eksklusif yang terkenal disini adalah rendang wagyu dan Laksa Sarawak.
  • Di samping itu juga, restoran ini turut menyediakan makanan laut segar, “rotisserie” , masakan cina, masakan india dan juga masakan western

Waktu Operasi: Setiap Hari. Sarapan (6.30AM-10.30AM), Tengah Hari(12PM-2.30PM)

Price: Sarapan (RM58), Makan Tengah Hari (RM68)

📍 Address: No. 5, Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia

Facebook: https://www.facebook.com/AloftKualaLumpurSentral/

4) Dim Sum Buffet at Meisan Restaurant

Kredit: elyss_food
  • Adakah anda sedang mencari dim sum halal dan sedap? Kunjungilah Restoran Meisan!
  • Antara pilihan yang disediakan termasuklah Ayam Char siew pau, bun telur kuning masin (wajib try!), Siu Mai, dumpling udang, kaki ayam dan lain-lain lagi.
  • Di samping itu juga, sajian yang turut disediakan di restoran ini adalah bubur, nasi goreng dan buah- buahan segar pelbagai jenis kek. Dengan pengiktirafan halal oleh JAKIM, sudah tentu restoran ini menjadi syurga kepada kaum muslim di luar sana yang amat menggemari dim sum.

Waktu Operasi: Setiap Hari 9.00am to 3.00pm

Harga: RM48 nett

📍 Alamat: Jalan Raja Laut, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Facebook: https://www.facebook.com/pages/Meisan-Szechuan-Restaurant/

5) Suki-Ya

Kredit: faizdickievp
  • Anda meminati atau pernah dengar tak tentang shabu-shabu? Hampir semua orang yang pernah merasainya meminati sajian unik  Jepun ini.
  • Kunjungilah Restoran Suki-Ya yang  menyediakan buffet sukiyaki dan shabu-shabu dimana anda boleh memilih dua jenis sup dari beberapa jenis pilihan seperti Sukiyaki, Miso, Shabu shabu atau Kimuchi. Jika ini kali pertama mencuba, cuba sup shabu-shabu! 
  • Setelah selesai makan, anda boleh menikmati kelazatan teh hijau atau kesegaran aiskrim coklat lembut . Kami memilih Suki-Ya sebagai restoran yang menyediakan masakan Jepun halal yang terbaik di KL!

Waktu Operasi: Setiap Hari (Tengah Hari 11.30AM-5PM, Malam 5PM-10PM)

Harga: Makan Tengah Hari (RM31.90), Makan Malam(RM39.80). *Akan dikenakan tambahan RM2 pada hari Sabtu dan Ahad)

📍 Alamat: https://www.suki-ya.com

Facebook: https://www.facebook.com/sukiyakl/

6) Melting Pot Café

Kredit: aniemohamed
  • Walaupun hanya beroperasi pada hujung minggu, ia tidak menjadikan restoran ini kurang menarik.
  • Disini, pelanggan pada kebiasaannya akan mencuba hidangan popular mereka seperti Mee Goreng Mamak, Nasi Ayam Hainan dan juga gabungan citarasa pilihan tempatan dan antarabangsa.

Waktu Operasi: Sabtu dan Ahad 12.30pm – 4.00pm

Harga: RM60++

📍 Alamat: 2, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Facebook: https://www.facebook.com/pages/Melting-Pot-Concorde-Shah-Alam/

7) Al-Amar Lebanese Restaurant

Kredit: kengventures
  • Mencari sesuatu yang unik? Cuba anda ke  restoran Al-Amar Lebanese pada hujung minggu ini bersama orang yang tersayang.
  • Anda boleh rasa makanan Lebanon…mulakan hidangan anda dengan salad segar seperti  “fattoush”, “tabbouleh” and “couscous” dan akhirinya dengan manisan tradisional seperti “baklava” and “mafroukeh”.
  • Hidangan yang disajikan berlainan pada setiap minggu, ia pasti menjadi kejutan kepada anda pada setiap kunjungan.

Waktu Operasi: Setiap Ahad 12.00PM – 4.00PM.

Harga: RM75++

📍 Alamat: Lot 6.10, Level 6, Pavilion KL, 168, Jalan Bukit Bintang, 50450 Kuala Lumpur.

Facebook: https://www.facebook.com/pg/AlAmarLebaneseCuisine/

8) Tai Zi Heen

Kredit: nizam.aziz
  • Terletak di Hotel 5-bintang Pullman, restoran Tai Zi Heen merupakan restoran klasik Cina yang menawarkan pelanggan buffet ala carte dengan masakan kantonis dan dim sum halal. 
  • Segala hidangan adalah segar dan hanya dibuat setelah pesanan dilakukan, menyebabkan kualiti hidangannya terjamin.
  • Untuk buffet Kantonis, anda pasti akan rambang mata dengan pilihan yang ditawarkan dari hidangan tradisional hinggalah ke kontemporari.

Waktu Operasi:

Isnin-Jumaat (12PM-2.30PM, 6.30PM-10.30PM)
Sabtu-Ahad, Cuti Umum (11.30AM-2.30PM, 6.30PM-10.30PM)

Harga: RM60.65

📍 Alamat: 4, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Facebook: https://www.facebook.com/pages/%E5%A4%AA%E5%AD%90%E8%BD%A9-Prince-Hotel/142107052589210

Price: RM60.65

9) The Spread, Gardens Hotel KL

Kredit: thegardenshotelandresidences
  • The Spread di Gardens Hotel adalah suatu pilihan yang tepat bagi mereka yang menginginkan suasana unik tanpa perlu memandu terlalu jauh.
  • Hanya bersebelahan dengan Mid Valley Megamall  dan Gardens Mall, restoran ini menyediakan buffet setiap hari yang pastinya sukar ditolak oleh anda.
  • Antara kelebihan The Spread di Hotel Gardens ini adalah mereka ada menyediakan Festival BBQ mingguan pada setiap hari Jumaat.

Waktu Operasi & Harga

Sarapan, 6.00am – 10.30am (RM55)

Makan Tengah Hari, 12.00pm – 2.30pm (RM85)

Jumaat , Makan Malam BBQ 6.30pm – 10.30pm (RM55)

Ahad (Hi-Tea), 12.00pm – 4.00pm (RM75)

📍 Alamat: Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 58000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Facebook: https://www.facebook.com/pages/The-Spread-The-Gardens-Hotel/

10) Retro Cafe, Vivatel Hotel Kuala Lumpur

Kredit: asynurul
  • Kami telah menjumpai tempat best untuk anda menikmati ‘High tea’ pada hujung minggu iaitu Retro Café, yang menyediakan  pakej High-Tea dengan hidangan pencuci mulut Asia dan Barat.
  • Pastinya anda dapat menghidu dan merasa roti, pastry dan hidangan eksklusif tempatan yang segar dibakar dari oven.
  • Terletak di hotel 4 bintang Vivatel Kuala Lumpur, hanya beberapa minit dari pusat bandar, restoran ini juga menyediakan tawaran istimewa 5 +1 promosi bagi mereka yang datang secara berkumpulan. Pastinya tempat ini menjadi tempat yang sempurna bagi melakukan aktiviti bersama!

Waktu Operasi: Saturdays and Sundays from 12.30pm to 4.00pm

Harga: RM58

📍 Alamat: 85, Jalan Loke Yew, 55200 Kuala Lumpur

Facebook: https://www.facebook.com/vivatelkl/

Kepada warga KL dah juga buat para pengunjung, kami yakin anda pasti berasa teruja dan tidak sabar-sabar untuk mencuba buffet halal yang lazat di KL dengan harga berpatutan. Kunjungilah tempat makan ini dan kongsikan pengalaman anda dengan kami!

Maklumkan kepada kami sekiranya kami ada tertinggal tempat yang menarik dan menyelerakan! Bagi pendapat anda, dimanakah tempat yang paling murah untuk menikmati buffet di KL? Jangan lupa untuk kongsikan bersama kami!

*Semua maklumat di atas tertakluk kepada perubahan