Your Halal & Muslim Friendly Travel Guide

5 Destinasi Best di Pulau Jeju

Home » Guide for Muslim Travellers » 5 Destinasi Best di Pulau Jeju

Anda dikatakan belum layak digelar peminat setia budaya Korea Selatan sekiranya tidak pernah menjejakkan kaki ke Pulau Jeju! Pulau yang kaya dengan sumber alam semula jadi dan pemandangan bak syurga dunia ini bakal memukau sesiapa sahaja yang mengunjunginya.. Mengapa saya berkata begitu? Jom kita lihat 5 destinasi yang harus dilawati sekiranya ke Korea Selatan!

1. Jeju Folk Village

kredit: @keeponsmyleeng

Menjadi lokasi penggambaraan drama sejarah bertajuk Daejanggeum, Jeju Folk Village ini memberi gambaran perkampungan tradisional yang berbeza daripada Folk Village di Seoul. Didirikan atas keluasan tanah sebanyak 40 ekar, sejumlah 117 buah rumah dan fasiliti telah dibaikpulih mengikut suasana perkampungan era 1890-an.

kredit: @michellesuhadi

Antara menjadi tarikan utamanya ialah pameran pelbagai jenis barangan rakyat seperti 1,627 hasil kayu, 1,046 barangan buluh, 1,699 tembikar, 1,544 porselin, 765 lilin wax, 921 besi dan 579 barangan lain. Maka tak hairan lah sekiranya Kampung Folk Jeju menjadi tarikan pelancong utama pulau di mana adat istiadat zaman dahulu dapat diterokai dan alami sendiri!

Alamat: 

Jeju Folk Village
631-34 Minsokhaean-ro,
Pyoseon-myeon, Seogwipo,
Jeju-do, South Korea

2. Gua Manjanggul

kredit: @jonathanloong

Dinobatkan sebagai warisan dunia oleh UNESCO, Gua Manjanggul ini turut menjadi salah satu gua lava terpanjang di dunia yang berjarak 13km! Namun begitu hanya 1km sahaja yang dibuka untuk kunjungan umum. 

kredit: @jepetersen

Ia terbentuk apabila lava di bawah tanah mengalir keluar dari permukaan muka bumi dan mengeras, berubah menjadi batu. Lava akan terus mengalir di dalamnya sehingga membentuk satu laluan gua yang panjang!

Alamat: 

Manjanggul Cave
182 Manjanggul-gil,
Gujwa-eup, Cheju,
Jeju-do, South Korea

3. Puncak Seongsan Ilchubong

kredit: @sojourntravels

Jika anda seorang penikmat matahari terbit yang setia di mana sahaja anda berada, makanya tempat inilah wajib dikunjungi! Namun untuk menikmatinya anda perlu mendaki setinggi 182 meter tak ubah seperti mendaki Bukit Broga di Semenyih dan juga mengambil masa yang tidak lama!

kredit: @yyann

Perjalanan mengambil lebih kurang 45 minit hingga ke 1 jam untuk ke puncak. Sepanjang perjalanan naik ke atas melalui trek tangga yang disediakan anda bakal menikmati pemandangan seluruh Pulau jeju dari atas dengan angin laut yang segar dan dingin. Mudah saja bukan?

Alamat: 

Seongsan Ilchulbong
Seongsan-eup, Seogwipo-si

4. Taman Nasional Hallasan

kredit: @nickmulya

Anda mungkin bukan seorang penggemar aktiviti lasak seperti mendaki tetapi gunung tertinggi di Korea Selatan ini mempunyai magisnya tersendiri selain tergolong dalam senarai UNESCO yang unik. Pemandangannya berubah-ubah mengikut musim dan saya percaya musim sejuk adalah antara waktu yang terbaik untuk mengunjunginya.

kredit: @arjuunp

Dengan ketinggian 1950 meter di atas aras laut, mendaki Gunung Hallasan mengambil masa perjalanan (satu hala) lebih kurang lima hingga enam jam untuk ke puncak. Nampak susah tapi pengembaraannya menuju ke puncak bakal menjadi satu ekspedisi yang tidak sia-sia!

kredit: @gllmegram

Alamat: 

Hallasan
Odeung-dong, Jeju-si

5. Gunung Songaksan

kredit: @safsafwanwan

Satu lokasi gunung yang menawarkan pemandangan alam semulajadi yang indah selain dua gunung yang lain dalam senarai ini. Maaf lah, sebab saya memang pencinta gunung. Gunung Songaksan menjanjikan suasana yang berbeda. Pendakian yang santai dan tidaklah terlalu sukar selama sejam bakal mensajikan pelbagai spot gambar yang mempesonakan.

kredit: @smr_km_kr

Lanskapnya yang terdiri daripada tebing tinggi dan curam, lautan membiru yang jernih berlatar belakangkan kehijauan akan menenangkan sesiapa yang melaluinya. Jadikan ini destinasi menarik yang wajib dikunjungi sekiranya ke Jeju!

Alamat: 

Songaksan

Daejeong-eup, Seogwipo

Haa, macam mana? Mesti teringin nak melawat pulau indah ni kan! Tip mudah dari kami, pastikan anda menyewa kereta tempatan dan elakkan dari menggunakan pengangkutan awam untuk menjimatkan masa perjalanan dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain.

Nak lebih mudah lagi? Serahkan 100% kepada Tripfez! Tempah percutian ke Jeju bersama kami dan semuanya akan diatur untuk anda. Dengan Tripfez, #ManaManaTripPunBest!

Jom ke Jeju Bersama Tripfez!

Leave a Reply