Your Halal & Muslim Friendly Travel Guide

Tip Berguna Buat Kaki Travel Yang Ingin Ke Turki

Home » DESTINATIONS » Turkey Muslim Friendly Travel Guide » Tip Berguna Buat Kaki Travel Yang Ingin Ke Turki

Masa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Istanbul mengambil masa 10 jam atau 12-30 jam sekiranya ada transit. Tiket kapal terbang pula boleh diperolehi dengan harga serendah dari RM1600 pergi balik dan boleh mencecah sehingga lebih dari RM4000! Namun semua ini pasti bukan halangan untuk kaki jalan seperti anda bukan? Jom kita lihat persiapan dan tip penting untuk bercuti ke negara di antara dua benua ini.

1. Aplikasi Telefon Bimbit Berguna

Biasanya sebelum ke mana-mana negara, anda akan memuat turunkan pelbagai aplikasi telefon bimbit yang berguna semasa di sana. Aplikasi tersebut boleh dicari dalam Apple App Store atau Google Play. Berikut adalah senarai aplikasi yang berguna apabila ke Turki:

BiTaksi

Aplikasi seperti Grab/Uber untuk perkhidmatan teksi yang memudahkan perjalanan kita semasa di Istanbul. Sekiranya tidak guna aplikasi ini, teksi di sana boleh meletakkan harga yang tinggi dan mencekik darah. Oleh itu eloklah guna aplikasi ini kerana anggaran harga tambang akan dipaparkan siap-siap dan boleh ditolak terus dari kad kredit. Kadang-kadang jika bayar dengan wang tunai, pemandu teksi akan menipu dengan mengatakannya ia tidak cukup. Jadi kena hati-hati. Selain itu, berkemungkinan besar pemandu teksi akan meminta tips tambahan.

Uber

Uber dikatakan lebih mahal berbanding teksi, tapi sekurang-kurangnya ia selamat dan efisyen kerana sistem ratingnya. Jangan lupa untuk melawat Blog Uber Turki melalui app untuk mendapatkan promo code terkini. Boleh jadi dapat code 50 Lira percuma untuk travel ke Emaar Square Mall, Istanbul. Siapa tahu kan?

Zomato

Istanbul terkenal dengan makanannya yang pelbagai stail, rupa & rasa dan yang paling seronok, halal. Zomato adalah app review restoran yang memang popular di Istanbul. Boleh dikatakan majoriti restoran dan kedai makan yang disenaraikan dalam Zomato dilengkapi dengan review pengunjung, gambar, senarai menu & harga serta pautan peta langsung ke Google Maps. Makanya inilah aplikasi makanan paling lengkap yang saya pernah jumpa.

Trafi

Sebuah aplikasi tempatan yang menghubungkan semua jenis pengangkutan yang ada di Istanbul (metro, tram, bas, feri). Percuma dan tanpa iklan, anda pasti suka! Kerana kebanyakan aplikasi lain berbayar atau penuh iklan sekiranya percuma.

StreetArt

 Bagi yang sentiasa cari modal untuk post kat Instagram, aplikasi StreetArt ini sangat berguna untuk anda mencari lukisan dinding di sekitar kota Istanbul. Aplikasi ini mempunyai senarai lokasi yang penuh siap dengan peta bagi setiap grafitti. Kebanyakannya grafitti tertumpu di kawasan Beyoglu / Karakoy.

2. Kad SIM & Penggunaan Telefon Bimbit

Kad sim boleh dibeli di arrival hall lapangan terbang Ataturk dan harganya bermula dari 95 Lira untuk 1GB daripada Turkcell. Turkcell merupakan TELCO paling besar di Turki diikuti dengan Vodafone, tapi Vodafone mahal sikit, bermula dari 160 Lira untuk 2GB data.

Telefon bimbit yang kita bawa dari Malaysia, atau luar negara, hanya boleh guna sehingga maksimum 60 hari sahaja. Selepas itu, telefon tu dah kena block dan tak lagi boleh digunakan walaupun anda beli simkad baru. Jika anda nak duduk lebih dari 60 hari, belilah handphone murah-murah di Turki. Sebab apa? Sebab handphone yang kita bawa tu tak dicukaikan lagi. Kalau nak guna juga, kena ada residence permit dan kemudian kena bayar cukai sebanyak TL150 di pejabat cukai.

3. Gunakan Kad Debit

Anda tidak perlu tukar duit lira banyak-banyak di Malaysia. Tukarlah sekadarnya sahaja dulu pun boleh. Kerana nanti boleh menggunakan mesin ATM di Turki untuk keluarkan duit jika tidak mencukupi. Digalakkan bank bernama Ziraat Bankasi kerana caj terendah berbanding bank lain. Di sana, mereka memang lebih suka pembayaran tanpa tunai. Jadi, sila bawa kad debit anda.

4. Berhati-Hati Dengan Scammer

Antara taktik scam yang terkenal di Turki ialah, orang ajak minum cay (teh), rompak di lorong tersembunyi, paksaan bayar dua kali ganda (bila gilap kasut), menyamar menjadi polis/askar, peminta sedekah, dan beri dedak kepada burung. Selain itu, berhati-hatilah dengan kedai yang tiada tanda harga , atau, tanda harga tak lengkap. Ia boleh jadi harga dalam Lira, harga dalam Euro, atau US Dollar. Oleh itu, tanya harga dahulu sebelum makan atau beli apa-apa.

5. Lapangan Terbang Di Istanbul

kredit: @airporthaber

Istanbul mempunyai 2 lapangan terbang dan disarankan untuk menggunakan Istanbul Airport yang terbaru dengan kod IATA ISL. Ini disebabkan lapangan terbang yang lama iaitu IST-Ataturk telah ditutup secara rasmi pada 6 April 2019. 

Istanbul Airport berada sekitar  52 km jauh dari Dataran Sultanahmet. Buat masa ini, belum ada lagi kemudahan metro ada keretapi dari lapangan terbang ini untuk ke tengah kota. Dijangkakan pembinaan kemudahan itu akan dilancarkan pada hujung tahun 2019. Oleh itu, anda disarankan untuk menggunakan bas IETT dan Havaist untuk ke Bandar. Anda boleh rujuk pautan ini untuk mengetahui bagaimana ke Taksim atau Sultanahmet.

Lapangan terbang SAW pula amatlah jauh dari pusat bandar kerana terletak di Asia Istanbul. Jika anda turun di sini dan ingin ke bahagian Eropah Istanbul, jangan risau, ada shuttle bas ke Taksim bernama Havabus, dan tambang basnya boleh dibeli secara walk-in sahaja di lapangan terbang. Tambang pun murah iaitu 15tl sehala ke Taksim dan 10tl ke Kadikoy (Asia Istanbul). Satu lagi tips mudah, anda boleh ke Starbucks untuk menikmati wi-fi percuma. Hanya perlu tunjukkan tiket pesawat anda sahaja. Selamat mencuba!

Kalau nak lebih mudah, dan tidak mahu pening-pening semasa percutian anda di sana, bolehlah tempah pakej percutian berkumpulan daripada Tripfez. Semuanya ALL-IN termasuk tiket penerbangan, hotel, pengangkutan, makanan, dan insuran!

Tempah Pakej Turki Murah

Leave a Reply

4 comments