Taiwan kini mampu menawarkan percutian yang mesra muslim. Jangan disangka negara yang kecil dan penduduknya yang mengamalkan agama Buddha ini sebenarnya sudah lama selamat dan aman untuk pelancong muslim. Jom kita lihat sebab-sebab kenapa anda harus bercuti ke Taiwan!
1. Mesra Pelancong Muslim
Kita tak perlu bimbang untuk mencari tempat menunaikan solat dan juga makanan halal di Taiwan. Makanan halal mudah dijumpai di mana-mana seperti jualan kebab halal di jalanan, bahkan ada deretan kedai muslim di pusat membeli-belah yang terbesar di sana!
Selain itu, terdapat 4 masjid besar di Taiwan seperti Masjid Longgang di Taoyuan, Masjid Kaohsiung di Kaohsiung, Masjid Besar Taipei di ibu kota dan Masjid Taichung di Taichung. Di sekitar setiap masjid itu pasti akan jumpa restoran-restoran halal! Jadi tak perlu risau langsung sebagai muslim untuk ke sana!
2. Sistem Pengangkutan Memudahkan
Pengangkutan di Taiwan sangat baik terutama rangkaian MRTnya. Jalan raya pula tidak sesibuk Malaysia dan tidak seseram dan sesesak di Vietnam! Begitu juga dengan perkhidmatan shuttle basnya yang teratur dan menepati masa.
Memang mudah hendak ke mana-mana di Taiwan kerana semuanya berjadual dan mudah difahami laluan perjalanannya. Tinggal beli tiket saja! Teksinya yang berwarna kuning pula mesra pelanggan dan tambangnya mengikut jarak. Boleh dijumpai di mana-mana tidak kira waktu dan masa. Senang bukan?
3. Kemesraan Orang Tempatan
Kita sering sesat kalau lagi melancong, bukan? Dan harus bergantung pada aplikasi peta dalam telefon bimbit atau brosur yang didapati dari hotel. Tapi apabila berada di Taiwan, jangan terkejut ada rakyatnya yang sangat peramah untuk membantu!
Kedatangan anda di Taiwan sangat dialukan rakyat di sana dan mereka berbesar hati untuk menerima pelancong sehinggakan anda merasa seperti berada di negara sendiri.
4. Syurga Membeli-Belah
Ada orang kata senang nak bezakan antara orang cina Taiwan dengan orang cina Malaysia dengan cara melihat cara pemakaiannya! Rakyat Taiwan dikatakan lebih hipster dan bergaya jika dibandingkan dengan orang kita. Ini kerana Taiwan merupakan syurga membeli-belah pelbagai pakaian, barang make up dan juga kasut!
Bulan yang paling banyak jualan murah dilakukan adalah pada awal bukan Oktober iaitu seperti Year End Sale di Malaysia! Pelbagai jenama luar Negara di jual di pusat membeli-belahnya manakala jenama tempatan banyak diperolehi di pasar malam!
5. Selamat Berjalan Waktu Malam
Perkara yang paling mengagumkan tentang Negara Taiwan adalah mereka tidak kedekut untuk memasang CCTV di mana-mana. Taiwan mempunyai system CCTV yang tinggi di tempat awam, jadi untuk para pelancong yang suka berjalan malam, tidak perlu risau dengan keselamatan.
Malah boleh dilihat kedai buku yang dibuka 24 jam di Taiwan dan beberapa kedai lainnya. Oleh itu tidak menjadi masalah untuk berjalan waktu malam di sana.
6. Pulau Kecil Tapi Banyak Tempat Menarik!
Taiwan adalah negara yang penduduknya mengamalkan agama Buddha maka banyak kuil-kuil tersergam indah di kawasan perkampungan dan juga di kota. Jarang mengetahui Taiwan sebenarnya mempunyai gunung-ganang dan hutan hijau yang luas biarpun Taiwan satu pulau yang kecil!
Oleh itu rencanakan perjalanan anda bebaik dan luangkan masa untuk keluar dari kota. Banyak lagi tempat-tempat menarik di kawasan pergunungan yang pasti memukau anda. Apalagi, jom ke Taiwan bersama Tripfez!
Leave a Reply