Your Halal & Muslim Friendly Travel Guide

Restoran-Restoran Halal Ini Pasti Buat Anda Nak Tempah Tiket Ke Jepun Sekarang!

Home » Guide for Muslim Travellers » Restoran-Restoran Halal Ini Pasti Buat Anda Nak Tempah Tiket Ke Jepun Sekarang!

Sekarang negara Jepun sudah menjadi semakin mesra terhadap pelancong muslim. Bahkan terdapat beberapa tempat umum seperti di Lapangan Terbang yang sediakan ruang solat untuk mereka yang ingin mendirikan rukun pertama itu. Selain itu, lebih banyak pilihan restoran halal yang ada di sana , jadi anda tetap dapat merasa makanan khas jepun seperti ramen, sushi dan makanan khas lainnya tanpa was-was terhadap kehalalannya!

Yoshiya, Shinjuku

Ingin menikmati makanan tradisional Jepan yang asli dan diyakini halal? Anda boleh mengunjungi restoran Yoshiya yang berada di kawasan stesen Shinjuku. Dibuka sejak 60 tahun dahulu, restoran ini menyajikan washoku atau satu set makanan tradisional Jepun yang terdiri daripada beberapa menu khas.

kredit: @rhanan205
kredit: @zrango_oata

Bagi pengunjung Muslim, Yoshiya menyediakan tiga menu halal seperti karaage atau ayam pedas, tempura soba, dan obento style iaitu lunchbox yang mengandungi daging goring, tofu nabe, nasi dan salad. Antara menarik tentang restoran ini adalah ia mempunyai ruang tersendiri untuk menyimpan stok daging dan sayurannya.

Alamat:

Shinjuku Metro Restaurant Floor,  1-1-2 Nishishinjuku, Shinjuku-ku, Tokyo

Sumiyakiya, Roppongi

kredit: @shanimely

Restoran halal ini berada di daerah Roppongi dan anda harus cuba kalau gemar makan yakiniku atau barbeku khas Jepun! Di sini, anda dapat menikmati aneka daging yang berkualiti tinggi seperti Kobe atau Hida yang pastinya halal.  Malah Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Bin Mohamad pernah mengunjungi restoran ini.

kredit: @nurarisamaryam

Bertujuan menyajikan makanan khas Jepun yang dapat dinikmati pelbagai lapisan masyarakat, termasuk warga Muslim, seluruh bahan dan proses pemasakan makanan selalu diawasi agar terjaga kehalalannya. Selain yakniku, restoran ini juga unik kerana menyajikan kimchi khas Korea sebagai sajian sampingan. Harga makan tengah hari bermula dari 1000 yen dan makan malam 4000 yen.

Alamat:

3-29-16, Nishiazabu, Minato-ku, Tokyo

Waktu Operasi: 

Isnin-Jumaat (11.30 Pagi – 3 Petang / 6 Petang -11.30 Malam)

Sabtu (6 Petang – 11.30 Malam)  

Tutup Ahad dan Cuti Umum.

Hanasakaji-San, Shibuya

kredit: @realyuyun

Restoran halal di Shibuya, Tokyo ini menyajikan shabu-shabu ala Jepun dengan sijil Halal tempatan. Pemilik restoran ini hanya menggunakan daging Wagyu segar sahaja untuk setiap hidangan yang disediakan. Apakah itu wagyu? Apa istimewanya?  Wagyu adalah mengenai rasanya yang dikatakan seolah-olah rasa mentega, lemak tinggi selain daging tersebut sangatlah lembut serta struktur dagingnya yang tersusun cantik.

Perkataan wagyu sebenarnya dari bahasa Jepun yang merujuk kepada daging lembu Jepun. Harga daging ini dikatakan di luar kemampuan kebanyakan rakyat marhaen disebabkan untuk suatu daging diiktiraf sebagai wagyu, para penternak perlu mematuhi beberapa peraturan ketat yang telah digariskan!

kredit: @bakayase

Namun di Hanasakaji-San, Shibuya inilah, anda dapat merasa wagyu yang dijamin halal! Tidak suka daging? Jangan risau, penggunjung juga boleh menikmati hidangan tradisional Jepun lain seperti sushi dan tempura.

Alamat: 

3 Chome-14-5 Shibuya, Shibuya-ku, Tokyo-to BIF

Waktu Operasi: 

Isnin – Jumaat (10:30 Pagi – 3 Petang , 5 Petang – 12 Malam)

Sabtu dan Ahad (5 Petang – 12 Malam)

Naritaya Halal Ramen Shop, Asakusa

kredit: @lansolo_official

Ramen adalah keluarga mee yang mula menjadi semakin terkenal di seluruh dunia melalui komik dan anime berkisarkan Naruto dan kawan-kawannya. Namun sayang, ramen pada asalnya berkuah ada campuran minyak babi. 

Salah satu tempat makan ramen yang halal adalah di Naritaya ini yang letaknya di Senso-ji Temple, Asakusa. Kamu perlu masuk dari pintu gerbang utama dan setelah melalui satu barisan kedai yang panjang yang dinamakan nakamise, anda perlu masuk ke persimpangan sebelah kiri.

Menunya tidak banyak iaitu ramen, ramen istimewa, dan beberapa makanan ringan lainnya seperti karrage (potongan kecil ayam goring). Kuah ramennya adalah air rebusan ayam tanpa susu. Anda juga boleh minta lauk lebihan seperti telur dan bamboo shot.

kredit: @aishazcarleed

Sambil menikmati menu ramen di sini, anda juga boleh memanfaatkan tempat solat kecil di sini. Antara ramen Jepun yang tidak terlalu mahal, satu mangkuk anda boleh dapat dengan harga antara 700 hingga 1500 yen. Sangat berbaloi!

Waktu Operasi: 

Isnin – Jumaat (10 pagi – 10 malam)

Sabtu – Ahad (10 pagi – 9 malam)

Gyu-kaku, Akasaka Branch

kredit: @dawsonandoh

Gyu-Kaku adalah salah satu rangkaian restoran yakiniku popular dari Jepun yang mempunyai pelbagai cawangang di Jepun dan Negara lainnya seperti di Indonesia tapi malangnya cawangan di Malaysia sudah ditutup

kredit: @_henriii261

Dibuka pada 17 April 2017, cawangan Akasaka merupakan cawangan Gyu-Kaku pertama yang menyediakan versi halal! Jadi, apa yang disajikannya? Gyu-Kaku menyediakan menu yang mesra muslim yang berharga USD41 hingga USD60 yang terdiri daripada daging sapi, ayam, dan makanan laut. Kedua-dua pakej ini memberikan pelbagai pilihan sayuran dan daging, serta yang paling penting, halal! Namun begitu, anda perlu membuat tempahan terlebih dahulu seawall tiga hari sebelum ke sini untuk makan di sini.

Alamat: 

 Akasaka 3 Chome-12-11, Central Akasaka Building 2nd floor,

Minato-ku, Tokyo 107-0052, Jepun

Waktu Operasi: 

Setiap Hari (11:30 pagi – 3:00 petang)

Sushiken Asakusa

kredit: @asakusasushiken

Sushi memang biasanya dibuat daripada ikan dan sememangnya halal saja untuk dimakan bukan? Namun kekadang yang membuatnya jadi tidak halal adalah campuran rice vinegar ataupun mirin pada nasinya. Tapi di Sushiken Asakusa ini anda tidak perlu risau kerana inilah restoran sushi yang menerima pengiktirafan halal yang pertama di Tokyo!

kredit: @waida70

Pelbagai jenis sushi disajikan untuk pilihan anda dengan harga bermula 1300-5000 yen.

Alamat: 

Tokuo, Taito-ku, Asakusa 2-11-4

Waktu Operasi: 

Isnin hingga Sabtu (12 – 2 Petang, 5 Petang – 12 Malam)

Ahad dan Cuti Umum (11:30-3 Petang, 5 Petang – 10 Malam)

Ha, mesti terliur kan? Sekarang, tak perlu risau tentang makanan halal sekiranya anda nak ke Jepun. Insyallah, pasti akan ada restoran yang menyediakan makanan mesra Muslim seperti di atas! Tapi, jika anda rasa pening dengan semua ini, apa kata tempah pakej percutian Tripfez ke Jepun? Makanan halal tempatan sudah tersedia dalam itinerari jadi anda tak perlu risau lagi!

Tempah Pakej Jepun Mesra Muslim

Leave a Reply