Apa itu Hocance? Bunyinya pelik!
Hocance adalah singkatan daripada perkataan Hotel dan Vacance yang bermaksud bercuti di hotel. Amalan ini didapati semakin popular terutamanya di Korea pada hari ini.
Apa Yang Biasanya Dilakukan Semasa Hocance?
Kebanyakan peminat Hocance tidak merancang untuk keluar dari hotel penginapan dan sekiranya keluar juga, hanya untuk menikmati pelbagai fasiliti yang ada di hotel seperti gym, restoran dalaman atau berenang di kolam renang hotel. Selain itu, mereka juga sering menikmati pelbagai perkhidmatan bilik tanpa keluar dari bilik! Jenis percutian sebegini sangat digemari terutamanya di kalangan orang dengan personaliti lebih introverted kerananya ia lebih tenang dan kurang stress!
Teringin untuk mencuba percutian Hocance? Jom kita lihat beberapa lokasi weekend getaway di Kuala Lumpur yang sesuai untuk Hocance anda seterusnya!
The Villas di Sunway Resort Hotel & Spa
Anda pasti akan terkejut apabila pertama kali menemui tempat peribadi ini yang tersembunyi dalam taman tropika yang subur di Sunway Resort Hotel & Spa, dengan hanya beberapa minit berjalan kaki dari Sunway Pyramid melalui laluan ‘tersembunyi’. Ini akan menjadi tempat yang sempurna untuk pasangan yang ingin meraikan majlis-majlis khas dengan privasi sepenuhnya –tiada tangisan bayi sehingga tiada bunyian kanak-kanak yang bising. Dan dengan hanya 17 villa di dalamnya, Hotel ini hanya membenarkan maksimum 34 tetamu pada satu-satu masa!
Villas di Sunway Resort Hotel & Spa adalah tempat percutian terpencil yang terletak di dalam taman-taman tropika yang seluas 800 ekar, khusus untuk memberikan ketenangan kepada tetamunya. Terletak di lereng bukit dan dihiasi dengan dedaunan tropika yang kaya, setiap satu daripada 17 villa kolam digayakan dengan kontemporari Asia melalui suite utama, sebuah katil dikelingi empat tiang besar, kolam terjun peribadi, tab mandi , pancuran mandian hujan, balkoni berdaun dan banyak kemudahan dan perkhidmatan rekreasi yang lainnya termasuk perkhidmatan butler 24-jam dan Wi-Fi percuma.
Villa ini hanya menyambut tetamu yang berusia 12 tahun ke atas dan setibanya di Sunway Resort Hotel & Spa, para tetamu akan diangkut melalui kenderaan resort ke kawasan peribadi untuk daftar masuk sebelum ke sebuah villa peribadi. Anda juga boleh menikmati perkhidmatan spa di Mandara Spa yang diilhamkan oleh Bali untuk meningkatkan pengalaman hocance anda. Mandara Spa yang memenangi anugerah ini mempunyai lebih daripada 30 rawatan seperti Mandara Massage, Pure Nature Facial dan pakej Ultimate Indulgence, selain pakej spa lain. Menarik bukan? Anda pasti tidak mahu keluar hotel lagi!
The Majestic Hotel Kuala Lumpur
Hotel Majestic merupakan sebuah tapak warisan negara indah yang dibina pada tahun 1930-an. Sejak itu, ia menjadi tempat eksklusif untuk acara sosial glamor dan majlis-majlis besar kerajaan.
Hotel ini adalah salah satu daripada hotel warisan ikonik yang menjadi bualan orang ramai. Kemudahan dan perkhidmatan yang diadakan di sini adalah seperti Bilik Lukisan yang merupakan lounge yang mewah, Bilik Bacaan, Bilik Cigar, kolam renang dan gimnasium, kedai gunting rambut, dan bilik pemeriksaan. Perkhidmatan transportasi ulang-alik ke pusat bandaraya KL turut disediakan. Ini akan memudahkan anda berjalan-jalan di semua pusat membeli-belah dan tempat-tempat menarik lainnya.
Selain bilik-bilik mewah yang dilengkapi dengan TV besar dan bilik mandi bergaya gaya penjajah, The Majestic Hotel juga menawarkan persediaan teh yang aneh yang diilhamkan dari filem Alice-in-Wonderland seperti The Orchid Conservatory.
CitizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang
Sehingga kini, terdapat hanya tiga hotel CitizenM di Asia, dan Malaysia merupakan salah satu daripada mereka. CitizenM Kuala Lumpur dibuka baru-baru ini di Jalan Pudu dan berhampiran dengan Segi Tiga Emas Kuala Lumpur iaitu Bukit Bintang. Anda pasti dapat mengenali tempat ini yang berwarna hitam dengan rekaan petak-petak berwarna-warni di Bukit Bintang ini.
Lokasinya cukup strategik kerana sangat dekat dengan Bukit Bintang dan sekiranya mahu, anda boleh berjalan kaki ke tempat-tempat terkenal seperti Jalan Alor untuk mendapatkan makanan penjaja tempatan dan tidur semula tanpa gangguan kebingitan pelancong lain.
Hotel butik mengadakan prosedur check-in tanpa pekerja. Ruang lobinya pula sangat menjolok mata dan direka sebegitu rupa seperti ruang tamu seorang pereka. Terdapat 210 bilik dalam hotel ini dan semuanya dilengkapi dengan katil bersaiz besar XL dan direka dengan sangat teliti walaupun keluasannya tidak luas. Semua barang elektronik di dalam bilik dikawal oleh iPad iaitu dari TV ke lampu dan juga suhu bilik! Sangat futuristik bukan?
Sekiranya anda berasa mood tertentu, anda juga boleh menukar warna lampu menerusi iPad. Malah terdapat empat suasana pra-program yang boleh anda dipilih iaitu romance, party, relaxation, dan menonton TC. Anda tidak memerlukan remote TV lagi.
WOLO Kuala Lumpur
WOLO Kuala Lumpur juga terletak di jalan Bukit Bintang yang meriah dan merupakan salah sebuah hotel bertaraf tinggi di KL untuk pasangan. Bukan sahaja dikelilingi oleh pusat membeli-belah yang banyak untuk anda nikmati, hotel ini turut menyediakan pelbagai kemudahan bertaraf dunia yang dapat memberikan lebih daripada aktiviti yang cukup untuk mengisi masa anda!
Selain itu, untuk kecenderungan yang lebih artistik, terdapat sebuah ruang galeri seni yang dapat anda lawati semasa menginap di sana.
Villa Samadhi
Jika anda ingin melarikan diri daripada kesibukan bandar dan ingin mencari ketenangan seperti bercuti ke Bali, Villa Samadhi inilah tempatnya! Terletak di tengah-tengah bandar, hotel ini mempunyai 21 bilik untuk disewa yang dilengkapi dengan jakuzi dan patio berpandangan halaman taman yang sederhana dan kontemporari.
Untuk aktiviti pula, hotel ini menyediakan perkhidmatan khas untuk membawa anda ke restoran Tamarind. Anda juga boleh menikmati kolam renang di sana yang turut mempunyai pusat mengurut. Tambahan lagi, anda turut boleh memesan untuk diurut dalam bilik anda sendiri!
Villa Samadhi juga menawarkan pakej Tour Heritage (makanan, membeli-belah, dan sebagainya) dan juga lawatan ke Gajah Sanctuary di Kuala Gandah! Tetapi jika anda lebih suka tinggal di hotel dan bersantai, kemudahan vila lebih daripada cukup untuk anda.
KL Journal Hotel
Salah satu hotel butik yang sangat hipster di bandar dengan reka bentuk retro bercampur perindustrian yang menarik untuk memberikan anda sebuah pengalaman romantis yang unik. Inilah yang sering diperkatakan orang di sosial media iaitu di The KL Journal Hotel! Hotel bergaya ini mempunyai banyak spot menarik yang Instagramable.
Setiap bilik tidur dihiasi ala retro bercampur nostalgia Malaysia dengan mural cantik atas katil. Selain terletak betul-betul di tengah Bukit Bintang, anda juga dapat menikmati kolam renang indah yang ada di dalamnya. Jadi kenapa anda perlu meninggalkan hotel ini?
Leave a Reply