Piramid Agung Giza merupakan salah satu Seven Wonders of the World tertua dan masih bertahan sehingga hari ini. Sebagai sebuah ‘karya’ agung purba yang sangat misteri, ia dibina dengan ketepatan yang sangat terperinci dan tidak mampu ditandingi dengan teknologi masa kini. Menurut analisis sejarah, Piramid Giza telah dibina antara tahun 2580 BC hingga 2560 BC oleh dinasti ke-4 empayar Mesiar. Terdapa banyak fakta menarik tentang piramid ini yang ramai tidak tahu. Jom kita ketahui fakta-fakta tersebut!
1. Memiliki Dinding Berkilau
Menurut penelitian ahli arkeologi, dinding bahagian luar piramid dilapisi batu kapur putih (limestone) yang halus dengan bahagian puncak berlapiskan emas. Keadaan ini membolehkan saat dikenakan sinaran matahari, piramid itu akan berkilau seperti permata.
Namun akibat penghakisan alam dan perbuatan manusia, dinding bahagian luar yang berkilau itu tidak lagi wujud, sehingga menyebabkan bangunan kelihatan kusam.
2. Berapa Banyak Batu Yang Digunakan?
Piramid ini memiliki sekitara 2.3 juta blok batu yang setiap satunya mempunyai berat 2 hingga 30 ton! bahkan ada beberapa blok yang beratnya lebih dari 50 ton. Boleh anda bayangkan betapa kuatnya orang yang mengangkat dan mengheret batu-batu itu? Mungkin kerana itu ramai fanatik yang menyatakan piramid dibangunkan oleh alien! Lucu bukan?
3. Pintu Putar Piramid
Piramid agung giza ternyata memiliki sebuah pintu putar (swivel door) pada bahagian masuk seperti yang terdapat di hotel-hotel, namun sudah tentu diperbuat daripada batu. Beratnya 20 ton dan dapat dibuka dengan muda dari dalam dan apabila ditutup, pintu ini langsung tidak kelihatan dari luar!
4. Makam Dengan Segala Kemewahan Ada Di Dalamnya
Para sejarawan mengatakan piramid dibangunkan bukan semata-mara untuk dijadikan makam bagi firaun (penguasa Mesir Kuno) tapi sebagai rumah yang kekal bagi raja setelah kematian. Piramid Giza dibangunkan dengan sistem terowongan yang dirancang dengan teliti.
Segala bentuk emas, berlian, mahkota raja, pakaian terbaik, mumia kucing, madu dan makanan boleh didapati di dalamnya. Benda-benda ini dimaksudkan dapat menemani raja di alam akhirat sana nanti. Sehingga kini, lebih daripada 130 piramid telah ditemui di Mesir.
Kehidapan selepas mati adalah sangat penting bagi orang Mesir. Mereka percaya dengan memelihara tubuh orang mati melalui proses mumifikasi jiwa mereka akan hidup dalam kehidupan selepas itu untuk selama-lamanya.
5. Berdasarkan Gugusan Bintang Orion
Tiga piramid iaitu Khufu, Khafre dan Menkaure yang terletak di Giza Necropolis adalah piramid paling diketahui ramai. Piramid Khufu atau dikenali dengan nama Piramid Cheops merupakan piramid Mesir terbesar dengan ketinggian sebanyak 146.40 meter.
Ketiga-tiga buah piramid ini tersusun sejajar dengan gugusan bintang Orion yang dikaitkan dengan Dewa Osiris iaitu dewa kelahiran dan akhirat.
6. Dibina Bukan Oleh Golongan Hamba
Ada pihak yang mengatakan bahawa piramid bukan dibina oleh golongan hamba tetapi buruh mahir yang diberikan gaji. Makan para pekerja yang membangunkan piramid yang mati ketika pembangunan piramid dijalankan terdapat di sekitar kawasan piramid sahaja.
Sejauh ini, telah ditemukan kira-kira lebih daripada 600 buah makam dan pertama kali dijumpai oleh pelancong asing pada tahun 1990. Perkara ini menguatkan lagi teori bahawa piramid dibina oleh pekerja yang diberi upah dan gaji, buka golongan budak atau hamba.
Leave a Reply