Your Halal & Muslim Friendly Travel Guide

5 Dubai Theme Park Yang Menarik Untuk Dilawati

Home » Guide for Muslim Travellers » 5 Dubai Theme Park Yang Menarik Untuk Dilawati

Dubai adalah satu daripada tujuh emiriah yang membentuk negara Emiriah Arab Bersatu (UAE). Hari ini industri pelancongan menjadi sebahagian besar pendapatan wilayah itu, bukan lagi daripada hasil minyak.  Walaupun Dubai mempunyai reputasi sebagai taman permainan untuk golongan kaya dan dewasa, namun bandar mesra keluarga ini harus dikenali sebagai syurga taman permainan untuk anak-anak kecil juga. Dubai telah mula mebina reputasi dirinya sebagai model theme park dunia, dan pengalaman menarik yang penuh aksi ini dapat menggembirakan semua peringkat umur!

Note : Ingin melancong ke Dubai? Lihat harga terkini : Pakej Dubai & Abu Dhabi

Taman Tema Yang Ada Di Dubai

Iklim padang pasir yang ada di Dubai bermakna kebanyakan aktiviti atau taman tema berada di dalam satu kawasan tertutup, tetapi yang menakjubkan, masalah kekurangan ruang tidak pula berlaku! Anda pasti kagum dengan keluasan dan kepelbagaian taman tema yang ada di Dubai. Jom kita lihat ada apa di sana.

1. Bollywood Parks Dubai

Bollywood Park Dubai
kredit: @layoulation

Taman tema mesra keluarga ini digayakan seperti set Bollywood, dengan pelbagai jenis permainan atau tunggangan, pertunjukan akrobat dan pelbagai persembahan lain. Bollywood Parks Dubai merupakan salah satu dari 4 taman tema yang terletak dalam kawasan Dubai Parks and Resorts dan merupakan taman tema pertama di dunia dengan ‘rides’, pertunjukan secara langsung dan tarikan dramatik berdasarkan filem-filem Bollywood.

Dubai Themepark
kredit: @layoulation

Taman tema yang menawan ini menampilkan pengalaman di mana anda akan mengalami sendiri suasana industri filem terkenal di Mumbai, mengejar Shah Rukh Khan sebagai bos mafia Don, terbang bersama Hrithik Roshan di Krrish dan menonton persembahan secara langsung termasuk pertunjukan akrobat bersama Salman Kham dalam Chulcul Pandey. Luar biasa bukan?

Bollywood Performance in Bollywood Park Dubai
kredit: @fasih.flicks

Taman ini tidak menawarkan ‘thrill rides’ seperti taman tema lain tetapi lebih kepada pengalaman jenis 4D. Pengalaman unik yang tidak dapat dialami di tempat lain. Anda boleh menjadi sebahagian daripada set filem, menyaksikan pelbagai aksi ngeri, tarian dan drama. Sesuai untuk anda yang menggemari dunia Bollywood! Jangan lepaskan peluang untuk ke sini apabila berada di Dubai!

Alamat:
Dubai Parks and Resorts – Sheikh Zayed Rd – Dubai – United Arab Emirates

Waktu Operasi:
Setiap hari: 1 petang – 10 malam

No Telefon:
 +971 4 820 0000

2. Motiongate Dubai

How To Train Your Dragon Motiongate Dubai Theme Park
kredit: @motiongatedubai

Motiongate Dubai adalah taman tema yang diinspirasikan daripada dunia Hollywood yang terletak dalam kawasan Dubai Parks and Resorts sekali dengan Bollywood Parks. Taman tema ini mempamerkan kawasan bertema dan tarikan berdasarkan beberapa syarikat penghasilan filem animasi terkenal di USA seperti animasi DreamWorks, Columbia Pictures, Lionsgate, dan juga dunia ‘The Smurfs’. 

Dubai Theme Park For Family
kredit: @motiongatedubai

Taman yang indah  ini di disasarkan kepada anak-anak muda dan  kanak-kanan. Banyak permainannya terletak dalam kawasan yang tertutup dan terlindung daripada teriknya matahari. Namun begitu, terdapat pelbagai permainan yang sesuai untuk semua golongan umur, ada yang cepat untuk yang muda belia dan ada yang perlahan untuk keluarga dan warga tua.

Family Friendly Dubai Theme Park
kredit: @motiongatedubai

Taman tema ini juga sesuai untuk dijelajah dan diterokai berjam-jam kerana mempunyai banyak tempat-tempat yang menarik! Taman tema ini juga sangat besar dan dilengkapi dengan semua kemudahan untuk keselesaan anda. Harus dilawati bagi sesiapa sahaja yang mahu melihat watak-watak animas kegemaran mereka secara dekat.

Alamat:
Park and Resorts – Sheikh Zayed Rd – Dubai – United Arab Emirates

Waktu Operasi:
Khamis & Jumaat: 11 pagi – 9 malam
Hari-Hari Lain: 11 pagi – 8 malam

No Telefon:
+971 800 2629464

3. IMG Worlds of Adventure

IMG Worlds of Adventure
kredit: @crocproperties

IMG Worlds of Adventure adalah sebuah taman tema yang terletak dalam satu kawasan tertutup di Dubai. Ia adalah destinasi hiburan mega yang pertama di Dubai. Nikmati keseronokan berganda di kawasan seluas 140 ribu meter persegi atau luasnya sebanyak 28 padang bola sepak.

Dubai Theme Park For Kids
kredit: @vishmis

Pelbagai permainan canggih akan menemui anda di sini  yang membawa kepada semua watak Marvel dan kartun kegemaran anda, dalam lima zon bertema. Dari layar ‘The Avengers’ dan ‘The Powerpuff Girls’ ke dinosaur bersaiz sebenar di dunia’’ The Lost World’. Kanak-kanak kecil pula boleh menikmati pengembaraan pelbagai deria seperti Ben 10, Gumball, The Powerpuf Girls dan Lazytown.

IMG Worlds of Adventure, Dubai Theme Park For Family
kredit: @love_oindrila

Sementara itu, pelawat dikalangan orang dewasa boleh menjadi wirawan untuk sehari kerana mereka dapat bersatu dalam aksi bersama Spiderman, The Hulk, Iron Man, Thor dan The Avengers. Selain itu, The Lost Valley – zon pertualangan dinosaur – akan membuat anda gementar apabila berinteraksi dengan dinosaur bersaiz sebenar yang kelihatan hidup! Terdapat juga banyak tempat untuk makan dan membeli-belahm dan anda boleh mencari kerusi roda dan kereta sewa untuk digunakan di sana. Jangan lepaskan peluang untuk ke sini!

Alamat:
E311 – Sheikh Mohammed Bin Zayed Rd – Dubai – United Arab Emirates

Waktu Operasi:
Khamis & Jumaat: 11 pagi – 9 malam
Hari-Hari Lain: 11 pagi – 8 malam

No Telefon:
+971 4 403 8888

4. Aquaventure Waterpark

Adventure Waterpark Dubai
kredit: @parkfunzone

Taman tema air yang luar dengan pelbagai zip lines dan peluncur seperti slaid yang melalui lagoon yang dipenuhi ikan hidup dan kawasan mainan air khas untuk kanak-kanak. Mereka menawarkan pas hari lahir percuma untuk anak anda pada hari lahir anak anda.

Water park in Dubai
kredit: @juli.burlak

Oleh itu, rancangkanlah kunjungan anda! Walau bagaimanapun, anda disarankan untuk membawa sendiri peralatan renang anda kerana peralatan renang di sini agak mahal. 

Dubai Water Theme Park
kredit: @helloworld_bunbury
Waterpark Dubai
kredit: @emmalageson

Tarikan-tarikan lain di Aquaventure Waterpark

  1. Slaid Air
  2. Rides River
  3. Shark Safari
  4. Cownose Ray Feeding
  5. Kawasan Main ‘Splasher’ Kanak-kanak
  6. Aquaventure Beach
  7. Atlantean Flyer Zip Line

Alamat:
Atlantis The Palm – Crescent Rd – Dubai – United Arab Emirates

Waktu Operasi:
Setiap hari: 10 pagi – 6 petang.

No Telefon:
+971 4 426 2000

5. Dubai Dolphinarium

Dubai Dolphinarium Theme Park
kredit: @ishanphysio

Dubai Dolphinarium adalah dolphinarium tertutup yang berhawa dingin sepenuhnya yang pertama di Timur Tengah, menyediakan habitat kepada ikan lumba-lumba dan anjing laut. Selain itu ia membolehkan orang ramai menonton dan berinteraksi dengan mereka menerusi acara langsung dan sesi foto. Ia terletak di Bur Dubai yang berhampiran dengan Bandar Kanak-kanak. 

Dolphin Performance Dubai
kredit: @dolphinariumdubai

Dolphinarium menyediakan 5 program hiburan yang berbeza yang sesuai dengan kedua-dua kanak-kanak dan orang dewasa. Setiap tetamu  di pintu masuk mesti mendaftar dan memilih sendiri hiburan yang mereka hendaki. Selepas itu anda boleh melawat kursus teori, di mana anda akan diberitahu tentang psikologi ikan lumba-lumba, cara hidup dan latihan mereka.

Dubai Theme Park For Family
kredit: @enzofoot06

Kemudian pelawat ditawarkan untuk menyalin pakaian yang sesuai untuk pengembaraan seterusnya seperti pengenalan secara bersemuka dengan ikan lumba-lumba, berenang dengan ikan lumba-lumba dan menyelam bersama ikan lumba-lumba. Jangan lupa untuk mengambil gambar saat anda melakukan aktiviti-aktiviti ini! Pasti menyeronokkan!

Alamat:
Riyadh Street, Inside the Creek Park Gate 1 – Dubai Dolphinarium Building – Dubai – United Arab Emirates

Waktu Operasi:
Isnin – Sabtu: 10 pagi – 7.30 petang
Ahad: Tidak dibuka

No Telefon:
+971 4 336 9773

Selain pelbagai taman tema menarik, anda juga wajib pergi ke Desert Safari Dubai untuk menikmati lima pengalaman yang memang best di sana. Apa lagi, jom ikut Tripfez ke bandar indah ini!

Tempah Pakej ALL-IN ke Dubai!

Leave a Reply

1 comment