Ukraine merupakan salah satu negara terbesar di Eropah. Selain menempatkan beberapa lokasi tapak warisan dunia UNESCO, Ukraine juga terkenal dengan tempat pelancongan yang menarik dan indah serta kaya dengan budaya dan sejarah. Ibu kota Ukraine iaitu Kyiv juga sememangnya terkenal dengan tinggalan seni bina, monumen sekular dan muzium bersejarah. Apakah lokasi menarik yang wajib anda kunjungi apabila berada di Kyiv? Jom kita lihat!
1. St. Sophia Cathedral
Direka untuk menyaingi Hagia Sophia di Constantinople, Katedral Saint-Sophia Kyiv melambangkan ‘Constantinople baru’, ibukota pemerintahan Kristian Kyiv, yang diciptakan pada abad ke-11 setelah pembaptisan St Vladimir pada 988. Seni bina ikonik ini sememangnye merupakan salah satu tempat menarik yang anda wajib singgah sekiranya ke Kyiv di Ukraine!
Bahagian dalaman adalah aspek paling menarik kepada gereja tertua di Kyiv ini. Kebanyakan mosaik dan lukisan dinding adalah asli sejak 1017-31 iaitu ketika gereja ini dibina untuk meraikan kemenangan Putera Yaroslav dalam melindungi Kyiv dari pengganas, Pechenegs. Selain itu, kubah emas bangunan dan menara loceng setinggi 76 meter itu adalah tambahan pengaruh barok abad ke-18. Anda cubalah memanjat menara loceng untuk mendapatkan pemandangan panorama 360 darjah kota Kyiv.
Perkara menarik lain tentang katedral ini termasuklah lantai jubin besi, yang dibina pada abad ke-18; replica hebat yang menggambarkan Kyiv pada zaman Kyivan Rus; dan galeri-galeri seni di tingkat atas yang mengandungi ikon dan serpihan fresko asal kuno yang diselamatkan dari Biara Kubah Emas St Michael yang berhampiran sebelum Soviet menghancurkannya pada tahun 1937.
2. Kiev Pechersk Lavra Cave Monastery
Perkataan Peckersk bermaksud gua manakala perkataan lavra digunakan untuk menggambarkan biara-biara lelaki yang berpangkat tinggi untuk para biarawan Gereja Ortodoks Timur. Oleh itu, nama biara ini juga diterjemahkan sebagai Biara Gua Kiev. Biara ini terkenal sebagai tempat persemandian
Terletak di Kiev, biara ini adalah sebuah kompleks monastik yang terkenal sebagai tempat pengembumian para sami, suasana rohani, dan gua-gua bawah tanah yang unik.
Pengaruh rohani dan intelektual dari monatstik Kyiv-Pechersk Lavra telah menyumbang kepada penyebaran pemikiran dan kepercayaan Ortodoks di dunia Rusia dari abad ke-17 hingga abad ke-19. Kompleks ini bersama Saint Sophia Cathedral, telah diangkat menjadi Tapak Warisan Dunia UNESCO.
3. Khreschatyk Street
Jalan Khreschatyk merupakan jalan utama di kota Kyiv, Ukraine. Ia mempunyai kepanjangan 1.2 km dan terbentang dari Dataran Eropah di timur laut melalui Maidan dan seterusnya ke Bessarabska Square di barat daya, Di situlah terletaknya Pasar Besarabsky.
Di sepanjang jalan ini terdapat pejabat Majlis Bandaraya Kiev yang mengandungi kedua-dua majlis bandar dan pentadbiran negeri, Pejabat Pos Utama, Kementerian Dasar Agrarian, Jawatankuasa Negeri Televisyen dan Radio, Pusat Beli Belah TsUM, Rumah Ukrain dan lain-lain.
Pada tahun 2010, laluan ini dimasukkan ke dalam senarai Top 20 laluan membeli-belah paling mahal di Eropah. Jika anda ingin membeli barangan berjenama, bolehlah ke sini!
4. Maidan Nezalezhnosti
Dataran itu menerima namanya Maidan Nezalezhnosti pada tahun 1991, selepas Pengisytiharan Kemerdekaan Ukraine dan keruntuhan Soviet Union.
Maidan adalah perkataan Ukraine untuk “ruang terbuka” dan telah menjadi tempat tradisional untuk mengadakan demonstrasi politik, termasuk empat kempen protes radikal besar iaitu oleh pelajar 1990 “Revolusi pada Granit”, 2001 “Ukraine tanpa Kuchma”, Revolusi Orange 2004, dan Euromaidan 2013-14 yang telah membawa kepada revolusi Ukraine 2014.
Tetapi pada masa tenangnya, di sini anda boleh menjumpai pelbagai penjual menjual makanan dan cenderahati, remaja yang berpelesiran di bawah pemerhatian patung malaikat bersayap, kaki bermain kasut roda, penjinak ular dan pasangan bercinta.
5. Andrew’s Descent
Jalan Andrew merupakan salah satu jalan yang paling tua dan popular di Kyiv, Ukraine serta antara tempat menarik untuk disinggahi. Walaupun diberikan gelaran jalan yang paling artistik dan kreatif di kota, kebanyakan kedai-kedai di situ menjual cenderahati, replika barangan Soviet, patung Matryoshka dan oleh-oleh pelancongan lainnya. Selain itu, ada beberapa galeri seni iaitu Gallery 36, Triptych dan L-Art.
Jalan yang curam dan berkelok-kelok ini menghubungkan Upper Town (Bandar Atas) ke daerah bahagian bawahnya yang dinamakan Podil. Di puncak jalan ini terdirinya Gereja St. Andrews manakala Museum Bulgakov dan Museum of One Street terletak di bawah.
Jangan lepaskan peluang untuk berjalan dari atas untuk pemandangan cantik dari ketinggian sehingga ke bawah sambal membeli-belah apabila berada di Kyiv. Setiap pelusuk bandar ini sememangnya memukau, anda pasti tidak akan menyesal pergi ke sana! Mencari destinasi-destinasi unik lain? Ke mana pun anda ingin pergi, dengan Tripfez #manamanatrippunbest !
Leave a Reply