Your Halal & Muslim Friendly Travel Guide

6 Restoran Ikan Bakar Paling Popular Di Malaysia

Home ยป Guide for Muslim Travellers ยป Halal Food Travel Guide ยป 6 Restoran Ikan Bakar Paling Popular Di Malaysia

Khas untuk peminat tegar ikan bakar, artikel ini pasti membuat anda teruja dan terliur! Ikan bakar dan makanan laut ialah sajian kegemaran rakyat Malaysia yang memang sesuai dinikmati bersama ahli keluarga atau rakan-rakan. Lokasi restorannya juga biasa terletak di tempat yang cukup santai dan mudah bagi semua. Menu ini juga agak mudah untuk didapati di seluruh Malaysia kerana popularitinya. Tapi kalau anda sedang mencari kedai yang paling best, ini adalah antara 6 restoran ikan bakar yang anda harus pergi!

Gerai Seri Menanti Ikan Bakar Jalan Bellamy, Kuala Lumpur

Gerai Seri Menanti Ikan Bakar Jalan Bellamy antara paling popular di Kuala Lumpur
Gerai ini menjadi tempat pilihan ramai untuk makan tengahari | Kredit: @syamsulhazard

Apabila kita sebut sahaja Jalan Bellamy, ia sering dikaitkan dengan pelbagai gerai menjual ikan bakar. Medan selera ini cukup popular di kalangan warga kota dan sentiasa penuh pada waktu makan tengahari. Pada mulanya, anda tentu pening untuk pilih gerai yang mana anda patut cuba bila tiba di sana. Jangan risau, terus ke gerai nombor 3 dan anda pasti terkesima dengan pelbagai juadah yang disajikan. Di gerai nombor 3 ini, macam-macam makanan laut ada yang mana akan dipanggang hingga sempurna serta disajikan dengan pelbagai sos yang enak!

Makanan laut yang disediakan di gerai ikan bakar ini menjadikan ia antara sangat popular di Malaysia
Makanan laut yang dipanggang dan dibakar hingga sempurna | Kredit: @ferrazin

๐Ÿ•™ Waktu Operasi: 

Isnin – Sabtu – 10 pagi – 10:30 malam

Ahad – 10 pagi – 4 petang

Lokasi: 

Lorong Bellamy & Jalan Istana, Bukit Petaling, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Ikan Bakar Parameswara, Melaka

Restoran Ikan Bakar Parameswara merupakan paling popular di Melaka
Beraneka makanan laut yang disediakan di restoran ini | Kredit: @inaachik

Destinasi ikan bakar yang sering kali menjadi pilihan ramai di Melaka adalah Ikan Bakar Parameswara atau dikenali sebagai Ikan Bakar Umbai Melaka. Medan ini menawarkan beraneka jenis ikan, kerang, sotong, kupang dan sebagainya. Para pelanggan juga boleh memilih pelbagai jenis masakan termasuk goreng-gorengan, seafood ala Thai dan lain-lain. Tapi yang paling menarik, apa yang membezakan restoran ini dari yang lain ialah cara pembakarannya. Sos atau sambal yang disediakan juga cukup unik. Selain ikan bakar dan goreng-gorengan, menu lain seperti nasi lemak dan otak-otak juga disediakan. Ramai juga memuji kesegaran ikan bakar di sini serta aromanya. Senang kata, anda akan puaslah dengan pilihan di restoran ini!

๐Ÿ•™ Waktu Operasi: 

Buka setiap hari (kecuali Isnin) – 5 petang – 12 pagi

Lokasi: 

Medan Ikan Bakar, Pengkalan, 75460, Melaka

Restoran Ikan Bakar Top Alor Setar, Kedah

Restoran Ikan Bakar Top Alor Setar sememangnya terkenal di Kedah
Restoran ini juga menyediakan sajian campuran seperti ini | Kredit: @fatynamalyna

Jika anda menghala ke utara, tidak sah kalau tidak singgah di Restoran Ikan Bakar Top Alor Setar. Restoran ini menyediakan lauk-pauk tradisional utara yang dijamin tidak menghampakan. Bagi anda yang sentiasa sukar membuat pilihan, anda boleh mencuba signature dish disini iaitu ikan bawal bakar atau goreng. Tidak lupa juga deretan lauk yang disediakan untuk tambahan sajian anda. Anda boleh juga menuju ke restoran ini untuk makan tengahari kerana ia buka seawal 9:30 pagi!

๐Ÿ•™ Waktu Operasi: 

Buka setiap hari (kecuali Jumaat) – 9:30 pagi – 4 petang

Lokasi: 

05400 Alor Setar, Kedah

KST Ikan Bakar Wakaf Che Yeh, Kelantan

Pelbagai makanan laut disediakan di restoran ikan bakar KST
Hidangan ikan bakar dan pelbagai makanan laut sesuai untuk seluruh keluarga | Kredit: @byridzuanrahim

Kelantan semestinya terkenal dengan hidangan ikan bakar kerana budaya lautnya yang amat kuat. Oleh kerana makanan laut mudah didapatkan di Kelantan, ia mungkin lebih sukar untuk memilih kedai yang terbaik. Cadangan kami, singgahlah di KST Ikan Bakar! Kedai ini sememangnya menjadi destinasi ikan bakar paling popular di negeri yang turut dikenali dengan hidangan nasi kerabu ini. Specialty KST Ikan Bakar ialah pilihan air asam yang beraneka untuk para pelanggan. Sotong goreng tepungnya pula cukup memuaskan selera makan anda.

๐Ÿ•™ Waktu Operasi: 

Buka setiap hari – 4:30 petang – 12 pagi

Lokasi: 

Lot 55-C Batu, 3, Jalan Kuala Krai, Wakaf Che Yeh, 15150 Kota Bharu, Kelantan

Kampung Nelayan Floating Seafood Market, Sabah

Restoran ikan bakar yang terkenal di Sabah
Restoran ini menyediakan pelbagai aneka masakan laut | Kredit: @shaxfoods

Satu lagi negeri yang sangat terkenal dengan budaya laut yang kuat dan juga menyediakan pelbagai restoran ikan bakar. Kampung Nelayan Floating Seafood Market sebagai contoh, telah lama menjadi tarikan ramai dengan reka bentuk Minangkabau yang lain dari yang lain. Ia juga terletak di atas tasik taman botani. Suasananya sahaja sudah begitu mengundang, apatah lagi hidangan yang disediakan!

Menu restoran ini terdiri daripada lima bahagian iaitu nasi, mee, daging, ala carte, dan pencuci mulut. Lebih menarik lagi, Kampung Nelayan juga merupakan restoran yang mempersembahkan tarian tradisional pada setiap malam bermula jam 7:45 malam hingga 8:45 malam. Bagi yang gemarkan hiburan sambil makan, restoran ini tentu menjadi tarikan!

๐Ÿ•™ Waktu Operasi: 

Buka setiap hari – 4:30 petang – 12 pagi

Lokasi: 

Silverado Corporation Sdn. Bhd Taman Tun Fuad Luyang, Bukit Padang, 88300 Kota Kinabalu, Sabah

Ana Ikan Bakar Petai 3, Pahang

Restoran Ana Ikan Bakar Petai antara yang terkenal di Kuantan
Ikan bakar petai merupakan signature dish di restoran ini | Kredit: @azza.amri

Selain Kelantan dan Sabah, Kuantan juga amat terkenal dengan hidangan makanan lautnya yang amat segar. Kalau sebut sahaja Tanjung Lumpur, perkara pertama yang terlintas di fikiran para penduduk dan pengunjung di sana semestinya ikan bakar dan makanan laut.

Restoran Ikan Bakar Petai juga menyediakan menu lain
Menu lain yang juga menjadi tumpuan ramai | Kredit: @mrshana_aqmal

Dalam banyak-banyak restoran yang ada di sana, kami syorkan anda singgah menjamu selera di Ana Ikan Bakar Petai. Walaupun menu signature restoran ini iaitu ikan bakar petai semakin menular ke restoran lain, namun keenakan dan kehebatan menu original mereka tetap menjadikan restoran ini tarikan utama di sana.

๐Ÿ•™ Waktu Operasi: 

Buka setiap hari – 5 petang – 12 pagi

Lokasi: 

Jalan Tanjung Lumpur, Perkampungan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang

Jadi, adakah semua senarai kedai-kedai ini buat anda lebih teruja untuk pergi makan ikan bakar bersama keluarga atau rakan-rakan? Sekiranya anda merancang untuk berkunjung ke negeri-negeri tersebut, jangan lupa untuk singgah dan cubanya sendiri! Kalau anda ada cadangan restoran ikan bakar lain yang sedap, jangan lupa juga untuk tinggalkan komen di bawah.

Alang-alang dah nak pergi food trip ikan bakar ni, jangan lupa juga untuk singgah di tempat-tempat menarik yang ada di Malaysia. Tak tahu nak ke mana? Kami ada banyak cadangan lain untuk anda! Anda juga boleh lihat senarai pakej-pakej domestik menarik daripada Tripfez di bawah:

Senarai Pakej Dalam Malaysia Oleh Tripfez

Leave a Reply