Sedang mencari itinerari mesra Muslim ke Selatan New Zealand?
Apabila menyebut New Zealand, akan tergambar dalam fikiran kita tentang kawasan pergunungan yang indah, ladang ternak biri-biri, kawasan pertanian dan suasana alam yang mendamaikan! Inilah di namakan syurga dunia kan? New Zealand juga merupakan negara yang cukup terkenal dalam bidang pertanian dan perternakan. Populasinya hanyalah sekitar 5 juta orang menjadikannya negara berpendudukan terendah di dunia!
New Zealand terletak di Lautan Pasifik selatan barat dan mempunyai dua pulau utama iaitu Pulau Utara dan Pulau Selatan. Ibu negaranya adalah Wellington manakala bandar terbesarnya adalah Auckland. Rakyat Malaysia tidak memerlukan visa perjalanan ke sini dan boleh tinggal di negara ini sehingga 3 bulan. Untuk ke Pulau Selatan, anda perlu terbang ke Auckland dahulu selama 4 jam sebelum ke Christchurch yang mengambil masa sejam 20 minit untuk memulakan pengembaraan 9 hari 8 malam anda! Jom kita lihat itinerari menarik untuk anda di sana!
Hari 1-2: Itinerari Selatan New Zealand
Pada hari pertama anda akan sampai ke kota Christchurch. Di sini anda berpeluang untuk melawat kota pinggir pantai Sumner dan New Brighton. Hari kedua pula dihabiskan dengan perjalanan indah melalui Arthur’s Pass untuk ke kota Greymouth. Anda akan dibawa untuk menyaksikan pembuatan kaca melalui aktiviti ‘glassblowing’ di Hokitika dan membeli-belah barangan kemas di Pusat Greenstone. Setelah itu anda akan melalui laluan dengan pemandangan cantik sepanjang pantai Laut Tasman untuk ke Taman Negara Westland.
Pada hari kedua juga, anda akan dibawa untuk menikmati pemandangan glacier melalui aktiviti mendaki atau berjalan di glacier sambil menikmati keindahan Fox Glacier. Berhampiran dengan Fox Glacier ini adalah Tasik Matheson yang merupakan tasik yang paling banyak dijadikan bahan fotografi di New Zealand. Pada hari yang cantik, anda dapat melihat refleksi Gunung Cook padanya.
Hari 3-4: Menerokai Queenstown
Anda akan memulakan hari ketiga anda ke Tasik Wanaka. Bandar kecil Wanaka terletak dalam 70km daripada Queenstown dan tasiknya sangat cantik! Tempat menarik di sini adalah Puzzling World di mana anda boleh main dan mengalami bermacam-macam bentuk teka-teki di sini. Berhampiran dengan Wanaka ini adalah Tasik Hawea yang sejauh dalam 12km daripada Wanaka. Tempat ini turut menjadi tumpuan pelancong.
Di Wanaka, anda juga dibawa melawat ke Thunder Creek Falls yang merupakan air terjun setinggi 96 meter. Air terjun Roaring Falls pula setinggi 20 meter dan kedua air terjun ini terletak dalam Taman Nasional Gunung Aspiring.
Hari ketiga anda diteruskan lagi dengan melawat Goldfields Mining Center yang merupakan tapak bersejarah yang didedikasikan untuk menggambarkan kehidupan dan keadaan kerja pengusaha emas di Otago. Setelah percubaan mencari emas, anda akan ke Kawarau River dengan menaiki jet boat!
Penutup hari ketiga adalah dengan bermalam di Queenstown kerana keesokan harinya adalah untuk menikmati pelbagai aktiviti menarik yang lain di kota itu. Hari ke-empat anda akan diisi dengan aktiviti-aktiviti di Queenstown seperti Jetboating, bungy jumping, lawatan santai ke taman-taman, pelayaran tasik atau menaiki helikopter di sekitar kawasan pergunungannya! Menarik bukan?!
Hari 5-6: Lawatan ke Milford Sound
Setelah puas bermalam dua kali di Queensland, anda akan ke Milford Sound untuk menempah satu pelayaran di sana. Pelayaran Milford adalah pelayaran kapal pesiar Milford Sound yang beroperasi di Kawasan Warisan Dunia Wilford Sound Fiordland yang menakjubkan. Cara terbaik untuk melihat keindahan semula jadi Milford Sound adalah dari atas air.
Tapi sebelum ke Milfound Sound, anda akan menikmati satu pengalaman menakjubkan dari Queenstown ke situ. Anda akan melalui tempat-tempat menarik seperti Mirror Lakes, Eglinton Valley, Homer Tunnel dan Cleddau. Setiap persinggahan akan menjanjikan pemandangan persekitan yang indah! Hari kelima anda akan berakhir di Te Anau dan anda akan bermalam di sini.
Perjalanan anda pada hari ke-enam diteruskan dengan lawatan ke kota Dunedin. Dunedin adalah sebuah bandar di Pelabuhan Otago, di pantai tenggara Pulau Selatan. Kota ini cukup terkenal dengan warisan Scotland dan Maorinya serta senibina era Victorian dan Edwardian. Di sini juga terletaknya penduduk pelajar terbesar. Taman botani pertama di New Zealand terletak di kota Dunedin, spesifiknya di Universiti Otago, yang juga merupakan universiti tertua yang ditubuhkan pada tahun 1869.
Selain itu anda turut dibawa melawat stesen keretapi lama Dunedin dan pejabat istana lamanya. Dan anda pasti kagum apabila dibawa mengunjungi Baldwin Street kerana jalan ini diiktiraf sebagai jalan kediaman paling curam di dunia pada tahun 1987 dan gelarannya disandang sehingga 2019 menurut Guinness World Records! Hari ke-enam berakhir dengan bermalam di Dunedin.
Hari 7-8: Melihat Moeraki Boulders
Hari seterusnya dimulakan dengan melawat Moeraki Boulders yang merupakan pembentukan batu-batu besar yang luar biasa serta batu sfera yang terletak di sepanjang pantai Koekohe pada pinggiran Otago antara Moeraki dan Hampden. Perbatuan aneh ini dibentuk sekitar 60 juta tahun yang lalu!
Setelah itu, anda dibawa balik ke Christchurch dengan satu persinggahan ke Kota Timaru. Timaru adalah sebuah bandar pelabuhan di Selatan Canterbury dan terletak 196 km timur laut dari Dunedlin. Anda akan bermalam di Christchurch untuk hari ke-tujuh anda.
Hari 8-9: Melihat Ikan Paus
Perjalanan diteruskan untuk ke Kota Kaikoura. Kaikoura adalah sebuah bandar pesisir pantai yang terkenal dengan hidupan liar yang banyak dan populasi ikan paus spermanya. Anda akan dibawa melawat pantai Kaikouranya yang indah sambil mengiikuti program pertunjukan ikan paus yang ada di sana. Whale Watch Kaikoura merupakan salah satu tarikan pelancong paling popular di New Zealand dan anda pasti tidak mau melepaskan peluang ini! Malam terakhir dihabiskan di Christchurch dan besoknya anda akan pulang ke Malaysia.
Jadi tunggu apa lagi? Sekiranya itinerari ini menarik hati anda, jom tempah pakej mesra Muslim Selatan New Zealand yang pada penuh dengan aktiviti menarik termasuk makan, penginapan dan pengangkutan ini dari Tripfez!
Leave a Reply