• Menu

7 Restoran Makanan Korea Yang Diiktiraf Halal Oleh JAKIM di Malaysia

Home ยป Guide for Muslim Travellers ยป 7 Restoran Makanan Korea Yang Diiktiraf Halal Oleh JAKIM di Malaysia

Yang dah pernah rasa tu mesti tahu betapa sedapnya makanan Korea ni. Lagi-lagi bila tengok K-Drama, bila part makan tu confirm teliur! Mesti ada yang bisik dalam hati ‘jangan sampai aku pergi Korea semata-mata nak makan’. Eh ke penulis je yang over macam ni? ๐Ÿคฃ Tapi syukur sekarang ni dah banyak restoran makanan Korea di Malaysia ni. Yang paling penting restoran ni semua diiktiraf Halal oleh JAKIM di Malaysia tau. Jom tengok restoran makanan Korea Halal yang kami approve.

Sweetree Korean Food

Restoran Korea Halal, Sweetree Korean Food
Credit: littlehappinessmy

Restoran ini terletak di Ampang. Bukan sahaja makanan je best tapi interior design restoran ini pun cantik tau! Jadi memang bonus tambahan kalau anda jenis suka restoran yang Instagramable. Menu yang wajib dicuba dekat sini ialah authentic korean barbeque macam gambar dekat atas ni. Kalau tengok gambar tak teliur, tak tahulah. Selain itu, Sweetree mempunyai menu lain seperti Bulgogi, Bibimbap, Subi, Jjampong dan banyak lagi! Bukan tu je, side dishes (banchan) pula diberi secara percuma.

Sweetree Korean Food
Credit: qudsiatravels

The Street Cafe / K Street

Restoran Korea Halal, The Street Cafe / K Street
Credit: atuljamil

K-Street Cafe ini terletak di SS15, Subang betul betul depan Taylor’s College. Kafe ni 2 tingkat tau dan kalau nak spot yang lebih Instagrammable, boleh naik ke tingkat 2. Macam macam makanan Korea boleh didapati di sini seperti Bibimbap, Rapokki, Ramyum, Gimbap, dan banyak lagi lah! Jangan risau tentang parking, kafe ni ada reserve parking untuk pelanggannya!

The Street Cafe / K Street
Credit: waqas_70

Mr.Dakgalbi

Credit: leezrosli_officialmy

Yang membezakan Mr.Dakgalbi dengan restoran Korea Halal yang lain adalah pelayan Mr.Dakgalbi yang akan masak makanan yang kita pesan dihadapan kita. Tapi jangan risau, mereka ada menggunakan ‘cover’ agar makanan tidak terpercik pada kita. Dakgalbi ni dalam bahasa Korea bermaksud Daging Ayam. Sekarang ni Mr.Dakgalbi dah ada banyak cawangan jadi anda boleh je google ‘Mr.Dakgalbi Near Me’ bila teringin nak makan.

Restoran Korea Halal, Mr Dakgalbi
Credit: babygirrlll_3

Tae Yang Island ํƒœ์–‘์„ฌ

Restoran Korea Halal, Tae Yang Island
Credit: timmys021

Yang paling isitimewa tentang Tae Yang Island ni sebab mereka ada ‘ring cheese’ macam gambar dekat atas. Boleh makan dengan Dakgalbi, Budae Jjigae, dan banyak lagi lah. Restoran ini terletak di Cyberjaya dan sangat sesuai kalau nak bawak anak-anak. Anak-anak mesti makan bertambah-tambah!

Tae Yang Island ํƒœ์–‘์„ฌ
Credit: m0nal3a_ismail

Eid Authentic Korean Cuisine 

Restoran Korea Halal, Eid Authentic Korean Cuisine
Credit: where_is_eddy_rush

Siapa tak tahu tentang Eid Authentic Korean Cuisine ni? Kalau ke Korea, ramai yang akan ke restorannya di Itaewon sebab makanan yang sedap dan halal. Tapi sekarang, anda dah tak perlu ke Korea semata-mata rindu nak makan di Eid Authentic Korea Cuisine ni. Boleh hidupkan kereta dan bergerak ke Bangi, Seremban atau Damansara je tau.

Eid Authentic Korean Cuisine
Credit: semuasedap

Gangnam Station Restaurant

Restoran Korea Halal, Gangnam Station Restaurant
Credit: fatinazrin

Op Op Op Oppa Gangnam Style! Kalau dah makan dekat sini mesti rasa macam dekat Gangnam, Korea walaupun sebenarnya restoran ini terletak di Shah Alam. Gangnam Station ini pernah masuk Jalan-Jalan Cari Makan oleh TV3 tau. Boleh la ajak Oppa korang ke sini.

Gangnam Station Restaurant
Credit: faghahmad_

MyeongDong Topokki

Restoran Korea Halal, Myeongdong Topokki
Credit: irxnx_spam

Myeongdong Topokki ni dah ada banyak cawangan di serata Malaysia, jadi mudah sangat untuk sesiapa yang teringin makanan Korea. Myeongdong Topokki bermaksud Spicy Korean Rice Cake. Yang paling cool, sekarang ni Myeongdong Topokki boleh boleh dipesan di Lazada ataupun Shopee tau!

MyeongDong Topokki
Credit: hidayahayunialias_

Haahh! Teliur tak baca entry ni? Kalau risau tentang status restoran Korea Halal ni, boleh je ke laman web JAKIM. Tapi kalau dah ke Korea tu, jangan lepaskan peluang untuk rasa keaslian makanan Korea ni.

Tempah percutian mesra Muslim ke Korea

Leave a Reply