Your Halal & Muslim Friendly Travel Guide

Tip Mencari Rakan Percutian Melancong Anda

Home » Guide for Muslim Travellers » Tip Mencari Rakan Percutian Melancong Anda

Pasti anda pernah mendengar pelbagai tip dan maklumat mengenai rakan percutian atau pelancongan,namun, apakah kriteria yang sepatutnya anda pilih dalam mencari rakan yang sesuai untuk bercuti ? Faktor yang perlu anda tekankan adalah pengurusan dalam setiap perkara supaya perjalanan percutian anda dalam keadaan lancar. Mari fokus kepada kriteria yang disenaraikan dalam tip mencari rakan percutian melancong anda seperti di bawah:

Lebih Daripada Seorang

Tip Mencari Rakan Percutian Melancong Anda

Anda digalakkan melancong  dengan sekurang-kurangnya seorang rakan . Sekiranya melancong secara kumpulan, lantik seorang sebagai ketua dalam kumpulan tersebut. Ini adalah kaedah terbaik dalam bermusafir atau melancong.

Sahabat Setiakawan

Tip Mencari Rakan Percutian Melancong Anda

Sahabat setiakawan iaitu rakan yang boleh berkongsi maklumat dan menyimpan maklumat. Rakan yang bersama dalam perjalanan perlu sedia membantu dikala memerlukan. Ketika sesuatu perkara berlaku akan memberi gambaran sebenar siapa sebenarnya rakan anda. Rakan setiakawan inilah yang mampu bergerak kemana sahaja untuk memenuhi kerpeluan rakannya yang lain apabila memerlukan.

Mempunyai Minat yang Sama

Tip Mencari Rakan Percutian Melancong Anda

Anda digalakkan mencari rakan percutian yang mempunyai minat yang sama. Ini akan memudahkan sebarang urusan dalam percutian  anda terutamanya dalam isu yang melibatkan pemilihan lokasi serta perancangan kewangan.

Sikap Hormat yang Tinggi

Tip Mencari Rakan Percutian Melancong Anda


Ketika perjalanan, hormat menghormati antara satu sama lain amat penting dan perlu dijaga. Tanpa perasaan hormat, sikap cemburu, tidak puas hati, buruk sangka dan pelbagai perasaan buruk mudah meresap dalam hati. Dengan memilih rakan percutian anda yang mempunyai sikap hormat yang tinggi, pasti mudah untuk bertolak ansur dalam setiap perkara ketika melancong. Sikap hormat penting kerana dapat menjaga hak-hak peribadi ketika melancong.

Mudah Berbicara

Tip Mencari Rakan Percutian Melancong Anda

Rakan yang petah bercakap dan mudah untuk berkata-kata dalam setiap keadaan pasti menghiburkan hati ketika melancong. Ini membantu meriahkan percutian anda. Pasti bosan apabila rakan anda hanya diam seribu bahasa dan tidak sudi untuk bercerita apatah lagi hendak mendegar anda berbicara.

Sentiasa Bersemangat

Tip Mencari Rakan Percutian Melancong Anda

 Andainya, hanya anda seorang yang bersemangat, tetapi rakan anda mudah patah semangat, akan memberi kesan kepada percutian anda. Ketika melancong, anda perlu rakan yang kekal bersemangat untuk bersama aktif  dan positif dalam  percutian yang dirancang.

Cekap dan Peka

Tip Mencari Rakan Percutian Melancong Anda

Carilah rakan yang sentiasa berwaspada dalam setiap keadaan. Perkara ini akan membantu ketika anda melancong ke negara lain. Sedikit kelalaian pasti akan menimbulkan pelbagai masalah . Cekap dalam menguruskan hal-hal dokumen diri, proses pendaftaran penerbangan, mengetahui maklumat destinasi yang dituju dan pelbagai lagi. Anda dan rakan  harus lebih peka kepada keadaan sekeliling dan sentiasa berhati-hati di mana-mana jua.

Fikir Berkumpulan

Tip Mencari Rakan Percutian Melancong Anda

Tujuan mencari rakan yang berfikir secara berkumpulan adalah supaya setiap keputusan dapat dilakukan secara berkumpulan dan bukan tindakan secara individu. Penting untuk menangani masalah yang timbul ketika melancong supaya setiap seorang mendapat faedah dan penyelesaian bersama tanpa memikirkan diri sendiri sahaja.

Rakan yang Ceria

Anda pasti rasa gembira kerana dapat melancong melihat keindahan panorama dan budaya negara luar. Namun, kegembiraan anda mungkin terbantut apabila rakan anda seorang yang tidak ceria atau terlalu memilih. Oleh sebab itu, pastikan rakan percutian anda adalah seorang yang sentiasa ceria .

Tidak Memilih Makanan

Citarasa makanan seseorang pasti tidak sama. Sudah pasti akan ada kelainan dalam pilihan makanan. Perkara ini perlu diambil kira supaya perjalanan percutian anda sentiasa lancar. Rakan yang tidak memilih atau cerewet dalam pemilihan makanan akan memudahkan percutian anda. Mudah untuk memilih makanan, mudah untuk bergerak ke destinasi pilihan.

Tepati Masa

Masa adalah emas,seharusnya kita menghargai masa dan mengunakanya dengan sebaiknya. Sekiranya ada tidak mematuhi masa perjalanan, pasti destinasi yang dirancang tidak dapat dilawati. Kesan yang lebih buruk, mahukah anda terkandas di negara luar kerana sikap tidak menepati masa?

Itu sahaja tip mencari rakan percutian melancong anda. Kalau anda tak tahu nak ke mana boleh semak laman web Tripfez atau blog Tripfez. Selamat Melancong!

Leave a Reply