CARA DAPATKAN PAKEJ PELANCONGAN BERKUMPULAN YANG TERBAIK
Selain makanan, rakyat Malaysia juga suka melancong. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh pihak Rakuten, sebanyak 73% rakyat Malaysia melancong dengan menggunakan khidmat travel agensi, (Rakuten, 2021). Jadi, macam mana nak cari agensi yang menawarkan pakej terbaik?
1. Semak Agensi Pelancongan di Laman MOTAC
Paling penting, semak agensi pelancongan punya lesen, sama ada mereka agensi pelancongan yang berdaftar atau tidak. Semakan boleh dibuat di laman MOTAC
No Lesen Syarikat Tripfez – 7142Terma & Syarat – https://www.tripfez.com/en/s/terms-conditions
No Siri Iklan – IU0012
2. Pakej Termasuk Tiket Pergi & Balik
Pakej terbaik adalah yang termasuk tiket penerbangan pergi dan balik. Ada tiket penerbangan dalam pakej, tak perlu susah payah nak fikir pasal tiket habis pula.
3. Jadual Perjalanan Tidak Padat
Jadual yang padat akan buat kita rasa penat. Jadi, tengok dulu jadual perjalanan dari agensi tersebut dahulu, kalau nampak ok…boleh teruskan langkah seterusnya.
4. Penuhi Keperluan Muslim (bagi muslim)
Bagi yang muslim, ini adalah perkara penting bagi memastikan keperluan muslim masih dipenuhkan ketika melancong ke luar negara seperti makanan halal dan berhenti untuk solat.
5. Pakej termasuk insuran, tipping dan cukai.
Harga pakej perlu masuk segala bayaran seperti insuran, tipping, cukai dan lain-lain. Insuran penting, lagi-lagi waktu musim Covid-19. Semak semula denga agen pelanconagn anda! Kalau tak, susah nanti nak kena ada bayaran tambahan lagi.
6. Pakej Tiada Kos Tersembunyi (terus bayar dan terbang)
Pakej terbaik adalah pakej yang hanya perlu bayar sekali sahaja. Apa yang diiklankan, itu yang perlu dibayar. Tiada tambahan cas atau cas tersembunyi yang membuatkan kita rasa tertipu.
7. Pakej Kumpulan Kecil 25 orang
Dapatkan pelancongan yang berkualiti tinggi. Lagi sikit peserta, lagi berkualiti perjalanan di luar negara.
8. Tour Leader Yang Berpengalaman
Pakej tour tak lengkap tanpa Tour Leader yang berpengalaman mengenai sejarah tempatan negara tersebut. Perlu fasih bahasa juga supaya maklumat dan pertanyaan boleh diajukan dengan betul.
9. Termasuk Hotel 5 Bintang
Semestinya hotel yang selesa amat penting untuk kita berehat setelah penat berjalan satu hari suntuk di negara orang.
10. Pergi Destinasi Yang Menarik
Pergi melancong, mestilah kena pergi tempat pelancongan yang best. Cari pakej yang tawarkan perjalanan ke destinasi pelancongan yang terbaik di negara tersebut.
Leave a Reply