Jenis Penerbangan digunakan?
Pakej Turki Tripfez akan naik penerbangan Qatar Airways, Emirate Airlines, Turkish Airlines @ setaraf, bergantung kepada available seat untuk tarikh berkenaan.
Penerbangan ada transit ke?
Untuk penerbangan dengan Qatar Airways transit di Doha, Emirates Airline transit di Dubai, Oman Air di Muscate. Manakala untuk Turkish Airlines kita flight direct ke Istanbul.
Transit di mana, berapa lama?
Durasi transit tertakluk kepada penerbangan semasa. Dapatkan maklumat lanjut berkaitan transit dengan Travel Consultant Tripfez seminggu sebelum penerbangan.
Transit perlu keluarkan beg ke?
Untuk transit tak perlu keluarkan bagasi kerana pihak airlines akan uruskan penukaran penerbangan untuk beg bagasi. Hanya perlu keluarkan carry bag sahaja.
Penerbangan kelas apa?
Setiap penerbangan adalah penerbangan kelas ekonomi
Insuran dalam pakej termasuk penanggungan kos apa?
Untuk insuran perjalanan yang termasuk dalam pakej hanya cover insuran yang asas sahaja seperti kos kehilangan barang berharga, rawatan perubatan tanpa tunai dan kelewatan perjalanan penerbangan.
Insuran pakej termasuk perlindungan kos Covid-19 di Turki?
Untuk Turki insuran tidak termasuk perlindungan Covid-19, kerana kebanyakkan insuran tidak membuat pakej termasuk perlindungan kos Covid-19 di negara merah.
Wajib PCR sebelum/selepas penerbangan?
Untuk ke Turki, PCR tidak diwajibkan sebelum penerbangan. Tetapi PCR test diwajibkan (bagi yang tidak lengkap vaksin/tidak vaksin) dua ke tiga hari sebelum tarikh penerbangan pulang ke Malaysia yang ditanggung oleh Tripfez
Bila kena PCR sebelum/selepas?
Bagi yang tidak lengkap vaksin/tidak vaksin, PCR test biasanya perlu dilakukan sekurang-kurangnya 48 jam sebelum pulang ke Malaysia.
*tertakluk kepada perubahan SOP semasa dari kerajaan Malaysia
Wajib vaksin ke untuk ke Turki?
Buat masa sekarang, Turki hanya akan memastikan pelancong cukup dua dos untuk orang dewasa sahaja dan booster tidak diwajibkan untuk melancong ke Turki.
Perjalanan bandar ke bandar naik apa?
Perjalanan dari satu bandar ke satu bandar, kita akan menaiki coach, komandor akan berhenti selama 2 jam untuk ke toilet dan snack break.
Jarak bandar ke bandar jauh ke dan berapa lama perjalanan?
Dari satu bandar ke bandar lain dalam anggaran 4 jam setiap tempat, tapi kalau dari Pamukkale ke Cappadocia anggaran dalam 7 jam.
Pakej termasuk Hot Air Balloon ke?
Pakej tak termasuk Hot Air Balloon. Hot Air Balloon merupakan optional aktiviti. Untuk penambahan aktiviti, kita akan kutip bayaran di sana. Sebagai contoh Hot Air Balloon, kita kutip bayaran di sana sebab kebenaran terbang tertakluk kepada cuaca semasa, jadi kita nak elakkan dari pembaziran dan burn. Jadi kita tak masukkan dalam pakej
Hot Air Balloon di mana?
Kita akan melawat dua tempat untuk menaiki Hot Air Balloon iaitu di Cappadocia (150usd) dan Pamukkale (130usd).
Perlu ke kuarantin tiba di Turki?
Untuk pelancong yang baru sahaja pulang dari pelbagai negara, sangat disarankan dan diwajibkan untuk menjalani kuarantin kendiri di rumah ataupun di hotel bagi mengengkang penularan wabak Covid-19 di Malaysia. Jadi sebagai warganegara yang bertanggungjawab, peserta perlulah menjalani kuarantin kendiri sekurang-kurangnya 7 hari selepas tiba di Malaysia.
Kenapa Hot Air Balloon tak termasuk dalam pakej?
Pakej tidak termasuk hot air baloon bagi mengelakkan dari pembaziran wang, kerana sekiranya cuaca semasa di Turki tidak mengizinkan peserta tidak akan dibenarkan menaiki Hot Air Balloon atas arahan pihak berkuasa tempatan dan kutipan bayaran tidak akan dikembalikan semula. Selain itu, bukan semua peserta berminat untuk menaiki Hot Air Balloon dalam pakej ke Turki.
Harga Pakej All-In Full board ke?
Ya betul Tuan/Puan, pakej yang kami tawarkan adalah fullboard, – Tiket penerbangan premium pergi & balik, – Penginapan 7 malam di Hotel bertaraf 5 & 4 Bintang, – 3x makan halal sepanjang di tour turki, Tiket masuk & tambang kenderaan, Bayaran tipping, Travel insurance basic sepanjang tour, Percuma barangan free gift dan lain-lain.
Kenapa dekat iklan cakap Emirates sekejap, Qatar sekejap, sekarang tiba-tiba Turkish?
Kita akan guna syarikat penerbangan yang setaraf dan tertakluk kepada kekosongan tempat duduk
Tukar wang baik di Malaysia atau Turki ya?
Tukar di Malaysia dengan kadar yang mencukupi dan selebihnya menggunakan debit kad.
Boleh guna USD untuk pembelian besar dan Turkish Lira untuk perbelanjaan harian.
Berapa anggaran wang pembelanjaan untuk ke Turki?
RM 1000 – 1500
Kalau saya ajak orang lain untuk mengikuti trip ke Turki, adakah saya dapat komisen dan sekiranya ada berapa ya komisen yang saya dapat per pax?
Tiada Komisen
Perlu ke saya tukar ke mata wang USD?
Ya dengan nilai yang rendah untuk beli barangan seperti karpet atau barang yang mahal
Boleh beli rempah ke? Takut di salah anggap “dadah”?
Ya, Rempah boleh beli di grand bazaar atau spice market Turki
Ada lawatan ke kebun “tulip” ke?
Ya musim bunga dan musim panas sahaja
Travel entry form bila perlu di lengkapkan?
72 jam sebelum waktu penerbangan
Sijil suntikan vaksin & booster tu print my sejahtera ke?
Ya. Print pdf sijil vaksin dari Mysejahtera
Tripfez akan email blank entry form?
Isi di atas talian sahaja di https://register.health.gov.tr/
Jika ada yg positif semasa pcr macam mana tu ya? Boleh tunda tarikh ?
Ya tuan/puan boleh menukar atau menunda tarikh mengikut cas pindaan syarikat https://blog.tripfez.com/terms-and-conditions/
Internet macamana? Nanti beli sendiri atau tour leader akan bawa kami ke tempat yang jual pocket wifi?
Tuan/Puan boleh menggunakan perkhidmatan poket wifi di KLIA untuk kegunaan sepanjang lawatan
Jika terputus bekalan wang yang dah ditukar nilai, bolehkah pengeluaran wang dilakukan menggunakan kad debit @ ATM di Turki nanti? Bagaimana cara yang mudah?
Boleh, tuan/puan perlu membuat panggilan ke syarikat perbankkan untuk mengaktifkan pengeluaran duit di luar negara serta memasukkan had limit dan tarikh akhir pengeluaran dibuat.
Visa application pula macam mana untuk ke Turki?
Warganegara Malaysia tidak perlu visa ke Turki
Payment by cc receive tak?
Ya kami menerima dengan pembayaran CC tetapi kami mengalakkan perbankkan internet sahaja.
Bukan scam kan?
Tuan/puan boleh merujuk laman sesawang motac untuk lesen pendaftaran syarikat serta rujukan di laman sesawang Tripfez juga Blog untuk kepastian.
Semak di https://www.motac.gov.my/semakan/tobtab
No Lesen KPL – 7142
Nak tanya kanak-kanak kena vaksin ke?
Kanak-kanak tidak perlu vaksin untuk ke Turki
Passport kalau expiring soon, boleh submit dulu ke. Then renew nanti?
Boleh. Lepas dapat yang baharu, minta kongsi dengan pihak tripfez untuk urusan lanjut.
Kenapa saya tengok harga pakej dekat agensi lain lagi rumah daripada Tripfez ya?
Mengikut harga operator yang telah dilantik oleh syarikat masing-masing
Untuk solo wanita, untuk pembahagian bilik macam mana ya?
Boleh pilih bilik sendiri dengan tambahan bayaran atau dipasangkan dengan peserta lain.
Apa keperluan saya kena bawa yang tidak disediakan agen selain perbelanjaan sendiri?
Ubat-ubatan, insuran tambahan covid, baju sejuk, losyen, kamera, power bank, makanan segera
Tiket masuk tu yg semua tempat lawatan dalam pakej kan?
Tiket termasuk dalam pakej kecuali aktivti tambahan seperti hot air balloon, jeep safari dan lain-lain (boleh minta dari kami untuk senarai aktiviti tambahan)
Insurans cover tak kuarantin kalau positive?
Insuran berkumpulan hanya tertakluk kepada perlindungan asas seperti kos kehilangan barang berharga, rawatan perubatan tanpa tunai dan kelewatan perjalanan penerbangan.
Kalau tengok nama tempat² lawatan, kawasannya agak luas untuk berjalan. Untuk warga emas, rasanya tak sesuai kan?
Ya, tempat yang dilawati memerlukan keupayaan berjalan untuk lawati kawasan-kawasan “off-track”
Ada melawat tempat sejarah Islam di sana?
Ada, hagia sophia, blue mosque dan macam-macam lagi
Ada tak trip utk yang non muslim?
Pakej kami terbuka kepada semua warganegara tidak kira bangsa dan agama .
Dia tak boleh ke kalau customized macam pergi berasingan dengan group lain cuma bila sampai kat tempat tu for example Capadocia baru kita buat customized aktiviti yang kita orang nak, boleh ke?
Boleh, minta maklumkan kepada tour leader..
Kalau tak boleh keluar border nanti, lets say kalau MCO lagi, deposit macam mana ya?
Deposit non refundable dan non cancellation. Tapi deposti boleh pindah tarikh mengikut terma dan syarat https://blog.tripfez.com/terms-and-conditions/