Your Halal & Muslim Friendly Travel Guide
pakej umrah 2022 tripfez

RUKUN UMRAH

Home » Misc » RUKUN UMRAH

Rukun di dalam ibadah Umrah adalah unsur atau syarat penting yang harus dipenuhi agar ibadah kita diterima dan menjadikan umrah kita sah. Sekiranya tertinggal walaupun satu rukun atau tidak dilakukan secara tertib, maka umrah itu tidak sah.
Berikut adalah 5 rukun umrah yang wajib anda tahu beserta penerangan ringkas.

1. Niat Ihram

Perkara yang paling wajib semasa anda menunaikan umrah adalah niat. Ia wajib dilakukan sebelum memasuki batas miqat (tempat yang telah ditetapkan sebagai batas wilayah memasuki Tanah Haram). 

Jika seseorang terlupa atau sengaja untuk tidak berniat maka umrahnya tidak sah.

Lafaz niat:

نَوَيْتُ العُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِهَا لله تَعَالَى  
“Sahaja aku berniat Umrah dan berihram aku untuk melaksanakannya kerana Allah Ta’ala”.
pakej umrah ramadhan
Jemaah Umrah Tripfez dalam pakaian Ihram

2. Tawaf

Rukun kedua umrah ialah Tawaf yang di mana jemaah hendaklah mengelilingi Ka’bah sebanyak tujuh kali searah jarum jam dengan syarat tertentu. Tawaf dimulai dari Hajar Aswad (batu hitam) dan berakhir di tempat yang sama. 

Lafaz Niat Tawaf Umrah:

آللَّهُمَّ إِنِّى أُرِيدٌ طَوَفَ بَيْتِكَ الْحَرَامِ سَبْعَةَ أَشْوَاطٍ طَوَافَ الْعُمْرَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
“Sahaja aku berniat tawaf umrah di Kaabah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala”.
jemaah umrah premium Tripfez
Suasana di sekitar Ka’bah

3. Sa’ie

Selepas tawaf, Sa’ie adalah berlari-lari kecil antara bukit Shafa dan Marwah sebanyak tujuh kali. Ia mengingatkan kita pada kisah Hajar yang mencari air untuk putranya Ismail. Sa’ie dilakukan sebagai penghormatan terhadap kisah tersebut dan sebagai bentuk kesetiaan terhadap ajaran Islam.

4. Tahallul

Setelah selesainya Sai’e, jemaah perlu melaksanakan tahallul dengan memotong atau mencukur sekurangnya tiga helai rambut sebagai tanda telah selesai melakukan ibadah umrah.

tahallul
Mutawwif Umrah Tripfez, Ustaz Ali melakukan tahallul buat jemaah cilik Umrah Tripfez

Disunatkan kepada jemaah lelaki untuk bercukur. Bagi jemaah lelaki yang kepalanya tidak berambut, memadai jika dilalukan pisau di atas kepalanya.

5. Tertib

Tertib adalah melakukan semua rukun umrah mengikut turutan bermula dari Ihram, Tawaf, Sai’e dan diakhiri dengan Tahallul.  Hal ini kerana tertib penting untuk memastikan kesahihan dan keabsahan ibadah.

Semoga dengan perkongsian di atas dapat memberikan kefahaman dan manfaat untuk bakal jemaah. Oleh itu, jemaah hendaklah membuat persiapan dan persediaan rapi sebelum ke Tanah Suci.

JOM TUNAIKAN UMRAH BERSAMA UMRAH PREMIUM TRIPFEZ

Sedang mencari travel agency bagi membantu anda menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah dengan mudah dan tanpa ragu? Jom daftarkan diri sekarang di Umrah Tripfez.

Berminat untuk join pakej Umrah bersama Tripfez?
Hubungi kami di 011-3947 1417 atau layari https://blog.tripfez.com/pakej-umrah/ untuk info dan maklumat lanjut.

Jangan lupa untuk tebus diskaun-diskaun menarik melalui saluran Telegram Tripfez Travel sebelum membuat tempahan.