• Menu

10 Aktiviti di Paris ‘Kota Cinta’

Home » Guide for Muslim Travellers » 10 Aktiviti di Paris ‘Kota Cinta’

Paris adalah ibu negeri bagi Perancis merupakan destinasi pelancongan yang terbaik dan sangat menarik sama ada anda bercuti secara berkumpulan atau solo mahu pun backpacker, Paris menjanjikan keseronokan yang optimum untuk anda dengan pelbagai aktiviti di Paris yang menarik dan menyeronokkan. Paris terkenal dengan keunikan bangunan peninggalan sejarah, muzium, kebudayaan dan panorama tersendiri yang berbeza dan menarik. Nak tahu destinasi untuk dikunjungi yang lebih gempak, anda boleh baca senarai berikut:

1. Palaces of Versailles

Antara aktiviti ketika melancong ke Paris ialah dengan berkunjung ke Palace of Versailles
Kredit: antoinebn

Istana Versailles merupakan lokasi menarik yang banyak dikunjungi oleh pelancong. Istana ini mula dibina pada tahun 1661 oleh arkitek Louis le Vaud dan dibantu oleh Jules Hardouin Mansart. Tetapi ia mengambil 40 tahun kemudian untuk selesai pembinaan sepenuhnya dengan ukiran yang megah dan menawan. Istana ini terletak jauh ke barat daya pinggiran kota Paris dan anda boleh menaiki tren atau kereta api ke stesen Versailles Rive Gauche.

Sepanjang jalan menuju ke Istana Versailles terdapat pohon-pohon rendang dan kedai-kedai jualan cenderahati. Masuk percuma hanya untuk bawah 18 tahun, bawah 26 tahun khusus untuk warga European Union, pelajar sekolah, tenaga pengajar menggunakan “Pass Pengajian”, orang kurang upaya, dan yang dipilih sahaja melalui pengawal istana. Hari Ahad minggu pertama setiap bulan juga hari melawat percuma untuk tempat-tempat terpilih sekitar istana. Harga tiket biasa  €18 dan Palaces of Trianon dan Marie Antoinette’s Estate hanya €6. Tetapi jika anda mempunyai Pass Paris Museum, anda boleh melawat Istana Versailles.

2. Bateaux Parisiens River Cruise

Pemandangan di sekitar Sungai Bateaux Parisiens
Kredit: roseminmd

Apabila tiba di Paris, anda boleh menaiki feri untuk melihat keindahan Paris melalui sudut yang berbeza dengan melalui Sungai Seine. Pelayaran feri kecil akan menyusuri sungai dan merentasi Notre Dame Cathedral dan Pont Neuf. Feri akan belayar setiap 30 minit sepanjang April sehingga September, tetapi pada bulan Oktober – Mac setiap 1 jam dengan tempoh pelayaran 1 jam. Pelayaran juga akan melalui 30 jambatan di sepanjang sungai Seine. Harga tiket biasanya €15 untuk dewasa dan €7 untuk kanak-kanak. Namun, dengan kad Paris Pass anda boleh belayar secara percuma dan melawat pelbagai lokasi yang ohsem dengan percuma.

3. Arc De Triomphe

Monumen Arc de Triomphe menjadi salah satu monumen yang paling terkenal di Paris
Kredit: lennygad

Ia merupakan monumen yang terkenal di Paris. Arch juga dikenali sebagai simbol Paris selain daripada menara Eiffel. Monumen ini bertujuan untuk mengingati tentera Perancis yang terkorban dalam Perang Dunia II dengan ketinggian monumen 50M. Monumen ini menggunakan konsep senibina klasik Roman. Anda perlu menaiki tren metro dan RER ke Charles de Gaulle Etoile.

Pastikan anda menggunakan laluan pejalan kaki di bawah jalan raya untuk ke Arc De Triomphe dan jangan sesekali melintas jalan raya yang sentiasa penuh dengan kenderaan. Tiket untuk melihat lebih dekat monumen ini adalah €12 dan seperti biasa percuma dengan menggunakan Pass Paris. Arc De Triomphe ditutup pada waktu pagi pada setiap tahun 14 Julai kerana hari berejarah Perancis atau hari kemerdekaan dan dikenali sebagai Bastille Day. Anda juga boleh membaca tentang 6 destinasi menarik di Kota Cinta Paris di sini.

4. Louvre Museum

Aktiviti ketika melancong ke Paris - melawat Louvre Museum
Kredit: benstravelstories

Salah satu mercu tanda bersejarah di Paris dan juga muzium terbesar adalah Louvre Museum atau dikenali Lourve Pyramid. Ia terletak di Tebing Barat Seine. Muzium ini pada permulaannya dibina pada 1190 sebagai istana pertahan atau tugu pertahan negara dan kemudian diubah suai pada kurun ke-16 sebagai istana diraja. Anda boleh menaiki metro 1 & 7 ke Palais Royal-Musee du Lourve atau Louvre-Rivoli dengan menaiki metro 1. Pastikan anda menggunakan Pass Paris untuk melawat secara percuma.

5. Orsay Museum

Bangunan asal Musee d'Orsay Museum ini ialah bangunan sebuah stesen kereta api
Kredit: museeorsay

Orsay Museum juga merupakan galeri seni dan seni rekabentuk yang terkenal. Ia mempunyai tiga tingkat dan penuh dengan seni seperti Paul Cézanne’s Apples and Oranges, Claude Monet’s Blue Water Lillies, Pierre-Auguste Renoir’s Montmartre, Édouard Manet’s Luncheon on the Grass dan pelbagai lagi. Orsay muzium juga mempunyai koleksi yang terbanyak di dunia. Pelbagai kategori seni seperti seni lukisan, rekabentuk, dan fotografi dipamerkan di dalam muzium ini. Anda hanya perlu menaiki metro ke Solférino atau RER ke Musée d’Orsay, selain itu, anda boleh menaiki bas bernombor 24, 63, 68, 69, 73, 83, 84 atau 94 untuk sampai ke Orsay muzium.

6. Montparnasse Tower

Menara Montparnasse adalah satu-satunya pencakar langit di bandar Paris.
Kredit: baguette_and_beret

Menara Montparnasse merupakan satu-satunya pencakar langit yang dapat memberi peluang kepada pengunjung tempatan ataupun pelancong luar untuk melihat sejauh 40 km pemandangan gempak di Paris di atas bangunan 56 tingkat. Menara ini dinamakan sempena nama Mont Parnassus iaitu gunung di Greek. Ia merupakan menara tertinggi kedua selepas Menara Eiffel. Apa yang ditawarkan di atas menara ini adalah 360˚ Café dan Le Ciel de Paris untuk menikmati keindahan panorama.  Selain itu, terdapat juga pameran berkonsepkan sejarah untuk tatapan pengunjung.

Anda hanya perlu menaiki metro 4, 6, 12, 13 ke Montparnasse-Bienvenüe ataupun menaiki bas 28, 58, 82, 88, 89, 91, 92, 94, 95, 96. Jika anda ingin mengawal perbelanjaan,anda boleh menggunakan Pass Paris atau hanya membayar €15 untuk dewasa dan €9.20 untuk kanak-kanak bagi melihat panorama yang ohsem.

7.  Grevin Wax Museum

Grevin Wax Museum sangat terkenal dengan patung yang sungguh sempurna dan tampak benar-benar bagai manusia hidup.

Muzium ini menampilkan patung lilin artis-artis terkenal, orang-orang ternama dan juga ahli sukan terkenal sejumlah 300 patung lilin terkumpul. Anda pasti terpegun apabila patung lilin Presiden Barack Obama juga terdapat di mizium ini. Apa yang menjadi keterujaan adalah penggunaan sejumlah 500,000 helai rambut asli untuk setiap patung lilin. Pastikan anda menaiki metro 8 atau 9 ke Grands Boulevards, atau menaiki bas 20, 39, 48, 67, 74 atau 84. Kos tiket hanya €23.50 untuk dewasa dan €16.50 untuk kanak-kanak.

8. Eiffel Tower

Menara Eiffel merupakan salah satu ikon kota Paris yang paling terkenal, destinasi dan aktiviti wajib ketika melancong ke Paris
Kredit: parisobviously

Menara Eiffel ini merupakan menara besi yang dibina di atas Champ de Mars bersebelahan Sungai Seine di ParisPerancis. Menara ini dinamakan sempena nama pembinanya iaitu Gustave Eiffel dan ia merupakan menara yang paling kerap dilawati setiap tahun sejak ia dibina dengan ketinggian 300 meter. Anda juga pernah tahu bahawa perancangan awal pembinaannya adalah di Barcelona, Sepanyol, namun mereka menolak usul pembinaan ini.

Sekiranya anda melawat pada bulan Jun hingga September, menara ini akan dibuka pada jam 9 pagi. Pada bulan seterusnya ia dibuka pada jam 9.30 pagi ke 11 malam. Kos tiket untuk dewasa adalah €11 hanya untuk menaiki lif ke tingkat 2, €17 untuk terus ke bahagian atas menara dan €7 untuk berjalan kaki menggunakan tangga ke tingkat 2. Anda boleh menggunakan metro dan berhenti di stesen Trocadéro.

9. Luxembourg Gardens

Menikmati keindahan taman dan kesejukan udara taman di Luxembourg Gardens
Kredit: fallingoffbicycles

Hamparan hijau subur penuh dengan kehidupan dan sejarah merupakan bahagian yang cukup penting bagi budaya masyarakat Paris. Taman-taman yang disusun menarik, rumput hijau yang subur dan tersergam indah itulah dinamakan Luxembourg Gardens. Asalnya adalah taman untuk istana Luxembourg dan sekarang dibuka untuk orang ramai dan terdapat juga muzium iaitu Muzium Luxembourg. Di sini juga terdapat hotel untuk penginapan, namun, memadai anda menghabiskan separuh hari di sini dan meneruskan lawatan perjalanan anda.

Anda boleh mencuba beberapa aktiviti sekitar Luxembourg Gardens seperti pertunjukan teater boneka bertali, menunggang kuda padi, bermain bot mini dan melihat persembahan jalanan. Taman ini dibuka pada jam 7.30 atau 8.15 pagi dan tutup pada jam 4.45 petang atau jam 9.45 malam bergantung kepada pihak pengurusan taman.

10. Centre Pompidou

Aktiviti di Paris - berkunjung ke Centre Pompidou
Kredit: photoroyer_jade_

Centre Pompidou juga dikenali sebagai The Centre National d’art et de Culture Georges Pompidou yang terletak di Beaubourg. Ia merupakan gagasan Presiden Georges Pompidou untuk mencipta suatu tempat Pusat Institusi Kebudayaan dan dibina hasil daripada dua arkitek iaitu Renzo Piano dan Richard Rogers dengan ketinggian 6 tingkat. 3 Tingkat yang pertama merupakan perpustakaan yang terkenal di dunia iaitu Centre Pompidou Public Library dengan koleksi 450,000 buku dan 2600 majalah. Apa yang lebih gempak adalah di tingkat 5 dan 6 iaitu muzium seni yang diberi nama The National Museum of Modern Art (MNAM). Bagi anda yang ingin menyaksikan pemandangan yang ohsem, boleh ke tingkat 6 kerana ruangan untuk melihat keindahan persekitaran.

Jika anda sedang mencari pakej percutian bersama yang tersayang, anda boleh mempertimbangkan kota cinta Paris sebagai destinasi percutian anda yang seterusnya.

Tempah Pakej Mesra Muslim ke Paris