• Menu

Bayaran Tambahan Insurans Umrah Bermula Januari 2020

Home » Guide for Muslim Travellers » Bayaran Tambahan Insurans Umrah Bermula Januari 2020

Kementerian Haji & Umrah (MOHU) Arab Saudi telah mengumumkan bahawa bayaran tambahan insurans sebanyak SAR189 akan dikenakan kepada semua jemaah Umrah bermula 1 Januari 2020 ini. Pembayaran harus dibuat semasa pengeluaran visa umrah dengan anggaran sebanyak RM220 berdasarkan kadar pertukaran wang asing semasa.

Pengumuman ini adalah maklumat paling terbaru sejak pemansuhan caj denda umrah kali kedua yang berlaku akhir tahun 2019 serta pindaan syarat yang kini membolehkan wanita pergi menunaikan umrah tanpa mahram.

Senarai Caj Umrah 2020
Caj Perkhidmatan Ground AsasSAR 105.00
Caj Electronic Processing Fees (e-Visa)SAR 93.19
Yuran Visa Kerajaan SaudiSAR 300.00
Caj Tambahan Insurans TerbaruSAR 189.00
Jumlah KeseluruhanSAR 687.19

*Kiraan terkini caj umrah, tertakluk kepada perubahan

Buat para jemaah yang sudah membuat tempahan umrah 2020 dari tahun lepas, anda harus menyelesaikan bayaran insuran tambahan ini secepat mungkin bagi mengelakkan kegagalan dalam proses mendapatkan visa umrah.

Kelebihan Caj Tambahan Insurans Umrah 2020
  1. Pampasan maksimum SAR 500 untuk kelewatan penerbangan di Arab Saudi
  2. Pampasan maksimum SAR 5,000 untuk pembatalan penerbangan di Arab Saudi
  3. Jumlah maksimum SAR 10,000 untuk membawa pulang jenazah ke negara asal dari Arab Saudi sekiranya berlaku kematian
  4. Pampasan maksimum SAR 100,000 untuk kematian disebabkan kemalangan di Arab Saudi
  5. Jumlah maksimum SAR 100,000 untuk rawatan kecemasan atau hospital di Arab Saudi
  6. Pampasan untuk kemalangan besar yang berlaku di Arab Saudi akan dilindungi sehingga SAR 380 juta

Tempah Pakej Umrah Terbaik Tripfez 2020

Leave a Reply