Your Halal & Muslim Friendly Travel Guide

Tiada Lagi Caj Tambahan RM2300 Untuk Umrah?!

Home » DESTINATIONS » Umrah Travel Guide » Tiada Lagi Caj Tambahan RM2300 Untuk Umrah?!

Berita baik buat para jemaah yang ingin menunaikan umrah terutamanya kepada yang ingin ke Tanah Suci sekali lagi! Kini, caj denda 2000 Saudi Riyal atau RM2300 untuk mengerjakan umrah buat kali kedua (untuk umrah berulang bawah 3 tahun) seperti yang dikenakan sebelum ini telah dimansuhkan.

Jadi, tak perlu lagi tunggu tiga tahun sebelum dapat pergi mengerjakan umrah sekali lagi hanya semata-mata untuk mengelakkan diri dari membayar wang denda tersebut. Alhamdulillah, lebih mudah dan murahlah untuk mengerjakan umrah lepas ni kan?

Sebaliknya kerajaan Arab Saudi telah memperkenalkan beberapa caj tambahan baru termasuklah yuran visa tambahan umrah sebanyak RM350 untuk jemaah yang bercadang untuk menunaikan umrah bermula September 2019.

Untuk memudahkan, Tripfez dah buat senarai semak caj baru yang diperkenalkan seperti yang tertera di bawah.

CAJ TAMBAHAN BARU UMRAH 2019

CAJ LAMA
Perkhidmatan Ground AsasSAR 105.00
Jumlah LamaSAR 105.00
CAJ TAMBAHAN BARU
Caj Electronic Processing Fees (e-Visa) SAR 93.19
Yuran Visa Kerajaan SaudiSAR 300.00
Jumlah Tambahan BaruSAR 393.19
Jumlah KeseluruhanSAR 498.19 (RM573.00)

*Harga tertakluk kepada perubahan

Pengenalan caj pemprosesan elektronik (electronic processing fees) adalah kerana kerajaan Arab Saudi telah menyediakan platform khas untuk mengeluarkan visa umrah secara elektronik atau ‘e-visa’ bagi memudahkan urusan bakal jemaah umrah.

Tak mahu kusutkan kepala dengan caj pemprosesan baharu ini? Tempah pakej umrah anda dengan Tripfez (no pendaftaran umrah 0494)! Dengan harga pakej yang sudah termasuk semua caj tambahan serta tanpa sebarang caj tersembunyi. Insyallah, pasti lebih mudah, lebih cepat, dan lebih selamat. 

Istimewanya Pakej Umrah Tripfez

  • Penerbangan Terus ke Madinah 
  • Penerbangan Saudi Airlines Commercial, bukan chartered flight (risiko penerbangan tertunda rendah). 
  • 2x Solat Jumaat
  • Umrah kumpulan kecil
  • Harga tetap, tiada tambahan/pertukaran last minit
  • UMRAH ITINERARY – Jadual Aturcara & Program

WebsiteWhatsApp

Leave a Reply

1 comment