Biasanya pokok sakura sering dikaitkan dengan negara bermusim popular seperti Korea. Tapi tahukah anda? Anda boleh juga lihat bunga sakura atau cherry blossom berkembang mekar di Taiwan! Jika anda bakal pergi ke sana antara bulan Januari hingga April, anda pasti terpegun melihat kota-kota di seluruh negeri dipenuhi dengan bunga sakura!
Jom kita lihat 7 lokasi utama untuk melihat fenomena indah ini!
Wuling Farm, Taichung (8 – 29 Feb)
Kalau nak lihat bunga sakura yang banyak, anda wajib mengunjungi Wuling Farm! Lokasi ini terletak di lembah pegunungan Taichung, lebih kurang 2.5 jam jarak perjalanan dari Taipei menggunakan bas. Tapi percayalah, anda pasti tak akan menyesal travel sejauh itu demi melihat pemandangan bunga sakura yang sedang bermekaran di sana.
Selain itu, terdapat satu festival khas yang dinamakan Festival Bunga Sakura di Wuling Farm yang diadakan setiap tahun pada 5 hingga 27 Februari. Maka rancangkanlah perjalanan anda supaya tidak terlepas peluang keemasan ini!
Lokasi-lokasi utama: Peach Garden, Wuling Road, Tea Garden Trail
Yangmingshan National Park, Taipei (15 Feb – 20 Mac)
Sekiranya Taichung terlalu jauh buat anda, jangan risau kerana anda tidak perlu pergi terlalu jauh untuk menikmati cherry blossom atau bunga sakura di Taiwan ni. Setibanya di Ibu kota Taipei dari Kuala Lumpur, anda masih boleh melihat bunga sakura yang bermekaran memenuhi taman-taman di sana!
Anda boleh juga melawat Yangmingshan National Park yang terletak 20 kilometer dari utara kota. Taman indah ini penuh dengan bunga sakura, ia turut digelar Taipei’s Back Garden!
Hari terbaik melihat sakura mekar: 24 Februari
Alishan, Chiayi (1 Mac – 1 Apr)
Alishan adalah salah satu lokasi yang paling popular untuk melihat pemandangan bunga sakura dengan lebih dari 20,000 pohon sakura yang berkembang. Jangan lupa juga untuk singgah di Alisham Ranger Station kerana pemandangannya yang indah pasti buat anda jatuh hati!
Anda disarankan untuk menggunakan Taiwan High Speed Rail untuk ke Chiayi. Perjalanannya akan memakan masa 2.5 jam dengan harga tiket antara $23-$30.
Lokasi-lokasi utama: Alishan Forest Railway, Alishan Magnolia Garden
Wulai Waterfalls, New Taipei (22 Jan – 5 Feb)
Kalau inginkan gambar yang Instagramable, anda boleh juga ke Wulai Scenic Area. Bunga sakura di Wulai Waterfalls seringkali mekar dengan lebatnya antara 22 Januari – 5 Februari. Keindahannya yang tidak tertanding turut menjadikannya antara lokasi melihat bunga sakura tercantik di Taiwan!
Setelah selesai menikmati pemandangan sakura, ambillah kesempatan untuk ke Wulai Old Street untuk mencuba beberapa makanan jalanan di sana. Antara yang popular termasuk, spring onion pancake, deep fried squid, dan sudah tentu teh susu khas Taiwan!
Tianyuan Temple, New Taipei (10 – 30 Mac)
Tempat indah lainnya dalam senarai ini adalah Tianyuan Temple yang terletak di Danshui. Keindahan pepohon sakura di taman belakangnya sepanjang Mac ini menjadikannya spot terbaik untuk mengambil gambar kenang-kenangan!
Selain itu, reka bentuk dan interior kuil Tao yang terkenal itu sendiri cukup memukau bukan sahaja pada musim bunga sakura tetapi sepanjang tahun. Ini menjadikannya lokasi wajib untuk dikunjungi semasa di Taiwan!
Formosan Aboriginal Culture Village, Taichung (25 Feb – 15 Mac)
Pemandangan bunga sakura yang sentiasa anda mimpikan boleh menjadi kenyataan apabila mengunjungi Formosan Aboriginal Culture Village Taichung. Dengan ratusan baris pohon yang ditumbuhi bunga sakura, setiap pelosok kawasan ini pasti buat anda jatuh cinta!
Festival Sakura terbesar juga berlangsung di desa yang sama dan menampilkan pelbagai perarakan dan pertunjukan budaya untuk para pelawat. Ada juga pelbagai jenis street food menarik yang dijual untuk anda cuba!
Sun Moon Lake Ropeway, Nantou (5 – 20 Mac)
Tasik paling popular di Taiwan ini turut memiliki pemandangan sakura mekar yang indah dan memukau! Dengan lebih 2000 pokok sakura tumbuh di pinggiran tasik, terdapat pelbagai cara untuk anda menikmati pemandangannya di sana. Selain menyewa basikal, dan beli pass untuk naik bot, anda juga boleh beli tiket untuk naik ropeway (cable car) di sana.
Gambar-gambar cherry blossom di Taiwan ni semua memang cantikkan? Apa lagi, tempah percutian mesra Muslim anda ke Taiwan bersama Tripfez hari ini untuk pengalaman yang tidak dapat dilupakan ini. Kami jamin, semuanya memang sangat Instagramable! Nak tahu sebab lain anda harus melawat negara indah ini? Jom baca di sini!
*Semua tarikh yang dipaparkan ialah berdasarkan ramalan musim di Taiwan dan tertakluk kepada perubahan
Leave a Reply