Siapa yang tidak tahu candi yang pernah diiktiraf oleh UNESCO sebagai salah satu keajaiban dunia? Kuil kebanggaan Indonesia ini adalah Candi Borobudur yang terletak di Jawa Tengah.
Semua orang yang datang ke kuil bersejarah ini akan merasa kagum dengan kehebatan senibina kuno yang berusia ratusan tahun. Dari perspektif sejarah, kuil kuno ini tinggi dengan stupa dengan pelbagai bentuk arca di setiap sisi merupakan peninggalan agama Buddha semasa dinasti pemerintahan Syailendra pada abad 760-830 AD.
Dalam beberapa rekod sejarah, dikatakan dunia mula menyedari kewujudan candi ini sejak ditemui oleh Sir Thomas Stamford Raffles pada tahun 1814 ketika menjadi gabenor jeneral di Jawa. Uniknya kuil ini adalah ia merupakan satu-satunya kuil seumpamanya di dunia kerana sangat berbeza dengan model tapak kuil Buddha di tempat lain. Namun di sebalik megahnya Candi Borobudur ini, masih banyak cerita misteri yang masih menjadi tanda tanya. Benar atau tidak, cerita-cerita itu tersebar luas di kalangan masyarakat.
Jom kita melihat beberapa cerita mitos dan misteri tentang candi ini!
Singa Urung
Patung berupa singa ini berada di sebelah kiri dan kanan tangga masuk candi. Singa Urung yang juga bermaksud harimau gagal dalam bahasa Jawa memiliki mitos yang cukup seram. Menurut mitos yang tersebar, jika ada pengunjung yang menaiki patung sambil berkata kasar, maka ia akan didatangi si singa dan mimpinya akan selalu dihantui singa itu.
Mitos lainnya, bagi sepasang kekasih yang mendekati Singa Urung, maka mereka akan putus atau gagal menikah. Meskipun begitu, ini hanyalah mitos dan belum terbukti benar.
Jam Raksasa
Bukan sahaja sebagai tempat beribadah untuk penganut Buddha dahulu kala, Borobudur juga memiliki misteri tentang jam raksasa! Bagaimana cara mengetahuinya? Candi Borobudur memiliki 72 stupa berbentuk lonceng terbalik. Stupa utama di tengan berfungsu sebagai jarum jam dan stupa kecil di sekelilingnya sebagai penanda. Apabila dipancar sinar matahari, satu bayangan untuk stupa besar akan dihasilkan dan melalui stupa-stupa di bawahnya namun masih belum diketahui cara membaca waktunya.
Ukiran Tersembunyi
Jika anda jenis yang teliti, anda akan menemukan sesuatu yang pelik pada ukiran-ukiran dinding candi itu. Sebenarnya ada ukiran tersembunyi yang bernama Kamadhatu yang terdiri dari 160 ukiran adegan Sutra Karmawabhangga atau hukum sebab akibat.
Tidak ramai yang tahu apa yang tergambar pada ukiran itu kerana sengaja ditimbun dengan tanah kerana menggambarkan perbuatan buruk manusia. Sebagai contoh, gambar orang sedang bergosip, membunuh, menyiksa, melakukan aksi-aksi seksual dan lain-lain. Panel-panel ini kemudian sengaja ditimbun dengan tanah kerana ukirannya dianggap vulgar dan lucah. Alasan ditimbun masih diperdebat sehingga hari ini.
Tasik Purba
Mengikut mitos tempatan, tempat yang menempatkan Candi Borobudur ini merupakan bekas satu tasik purba. Hal itu hasil dari penelitian yang dilakukan oleh mahasiswa jurusan geografi dari Universiti Gadjah Mada, Helmy Murwanto. Dia menyatakan tasik purba itu berusia 10 ribu tahun lalu dan terbentuk pada zaman pleistosen.
Menurutnya lagi, tasik purba itu hilang akibat mengalami perubahan semula jadi dan kelakuan manusia. Helmy menemui tanah dengan kesan vulkanis dan merupakan hasi gerakan tektonis pada zaman dulu. Bahan penutup tanah tersebut juga berupa tanah lempung berwarna hitam yang tersingkap dari proses geomorfologis.
Sebenarnya ada banyak lagi mitos dan kisah-kisah misteri berkaitan Candi Borobudur ini. Jom ikut Tripfez ke Yogjakarta untuk melihat sendiri tinggalan purba ini!
Leave a Reply