• Menu

F.A.Q UMRAH

Siapakah yang dibenarkan mengerjakan umrah?

Pada masa ini, hanya jemaah berumur 12 tahun ke atas untuk pengguna Visa Pelancong dan pengguna visa Umrah had umur yang ditetapkan bermula 18 tahun dan ke atas sahaja.

Maksud Umrah Ziarah?

Umrah Ziarah Tripfez adalah percutian ke negara pilihan anda sebelum ataupun selepas anda mengerjakan ibadah Umrah anda

Adakah kursus umrah disediakan?

Kursus umrah disediakan secara percuma pada hari Sabtu 2 minggu sebelum penerbangan untuk jemaah Tripfez dan akan dibimbing oleh Mutawwif yang berpengalaman. Mutawif akan membantu menjawab segala keraguan dan persoalan berkaitan umrah anda. *Tarikh kursus tertakluk kepada perubahan semasa.

Apakah dokumen yang perlu disediakan sebelum menunaikan umrah?

Passport Antarabangsa yang sah 8 bulan dari tarikh pulang ke Malaysia, 02 keping gambar visa berlatar belakangkan putih, Saiz 4 x 6. **Lelaki – Tidak dibenarkan memakai songkok/topi. **Perempuan – Digalakkan memakai tudung berwarna gelap. Salinan Sijil Vaksin dari MySejahtera, Dokumen mahram – Sijil Nikah/Surat Beranak (Jika Perlu), Keputusan Ujian RT-PCR 48 jam sebelum penerbangan, Buku suntikan vaksin Meningococcal. **** Perkara 1 sehingga 4 perlu dihantar ke pejabat 45 hari sebelum penerbangan.

Bolehkah warganegara Singapura mengikut Pakej Umrah

Boleh tetapi urusan keluar masuk ke Malaysia dan kuarantin diuruskan oleh jemaah tersebut sendiri.

Bilakah kami akan menerima cenderamata?

Selepas membuat bayaran penuh dan cenderamata diberi semasa kursus umrah atau jemaah boleh datang ke pejabat Tripfez atau di lapangan terbang.

Mutawwif / ketua rombongan ?

Mutawwif selaku ketua rombongan merupakan orang Malaysia yang akan bersama sepanjang berada di sana dan akan membimbing anda semasa lawatan dan ibadah umrah.

Macam mana nak beli data / Kad sim ?

Kad sim pihak syarikat akan sedikan buat jemaah semasa di lapangan terbang jeddah dan akan di aktifkan di sana. Setiba jemaah di hotel, pihak telco akan hadir ke hotel untuk aktifkan serta tuan/puan boleh membeli data untuk kegunaan sepanjang ziarah dan umrah.

Apakah aplikasi mudah alih yang perlu dimuat turun semasa berada di Arab Saudi semasa umrah?

Jemaah perlu memuat turun aplikasi Tawakkalna & Eatmarna pada telefon pintar mereka. Tawakkalna – Untuk memantau kesihatan & pergerakan jemaah haji (sama seperti MySejahtera); Eatmarna – Untuk memohon permit umrah, lawatan Raudhah & solat Masjidil Haram. (Baca Tawakkalna/Eatmarna)

Adakah jemaah memerlukan permit untuk menunaikan umrah dan lawatan Raudah?

Ya. Semua jemaah Tripfez memerlukan permit untuk melakukan Umrah, ziarah Raudah dan ibadah yang lain di Masjidil Haram.

Bila boleh memohon ziarah umrah dan permit lawatan Raudah?

Permohonan ziarah umrah & permit lawatan Raudah boleh dibuat selepas telah diaktifkan aplikasi eatmarna dan tertakluk kepada kekosongan.

Bilakah slot ziarah umrah dan ziarah Raudah boleh disahkan?

Setibanya di Arab Saudi, agensi / jemaah hendaklah mendaftar 2 aplikasi Tawakkalna dan Eatmarna. Jemaah perlu memohon dan mengesahkan slot permit ziarah umrah & lawatan Raudah sekurang-kurangnya 24 jam sebelum waktu slot. Tiada pindaan atau pembatalan selepas slot disahkan. Tripfez tidak bertanggungjawab sekiranya jemaah tidak berkesempatan menunaikan umrah atau lawatan Raudah selepas slot dipinda atau dibatalkan oleh jemaah sendiri.

Berapa kali jemaah boleh menunaikan umrah?

Ibadah umrah boleh dilakukan lebih daripada sekali. Kebenaran untuk melakukan umrah adalah tertakluk kepada permohonan di aplikasi Eatmarna. Permit Raudah hanya boleh dilakukan sekali dalam tempoh 30 hari.

Apakah permit yang diperlukan untuk solat 5 waktu di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram?

Solat 5 waktu di Masjid Nabawi tidak memerlukan permit, hanya perlu scan di Tawakkalna. Manakala untuk solat 5 waktu di Masjidil Haram memerlukan permit. Jemaah boleh memohon melalui aplikasi mudah alih Eatmarna, sekurang-kurangnya sehari sebelum waktu solat & tertakluk kepada ketersediaan slot.

Bagaimanakah pergerakan Umrah secara berkumpulan bagi pemegang Visa Umrah?

Pergerakan ziarah umrah & lawatan Raudah bagi jemaah Visa Umrah akan bergerak secara berkumpulan (25 pax setiap kumpulan) dan diiringi oleh pegawai Saudi / wakil pengusaha umrah / mutawwif

Bolehkah jemaah umrah turun dari kenderaan semasa aktiviti ziarah?

Semasa aktiviti lawatan, jemaah dibenarkan untuk turun dari bas tetapi tertakluk kepada syarat semasa & kebenaran pihak berkuasa Arab Saudi.

Adakah jemaah dibenarkan melakukan Tawaf Wada’?

Tawaf wada’ masih tidak dibenarkan mengikut peraturan semasa Arab Saudi..

Adakah air zam zam akan dibekalkan kepada setiap jemaah Tripfez untuk dibawa pulang?

Tripfez membekalkan 5 liter air zam zam untuk setiap jemaah dan boleh dikutip selepas mendarat di KLIA tetapi keadaan lapangan terbang Saudi masih didalam pembaikpulih maka pihak saudi tidak dapat sediakan untuk jemaah yang bertolak pulang dari terminal haji.

Patutkah jemaah memakai topeng muka semasa dalam ihram?

Jemaah umrah semasa dalam ihram diwajibkan menutup sebahagian muka dengan memakai topeng (menutup mulut dan hidung) dan tidak perlu membayar dam. Menjaga kesihatan tubuh badan terutama ketika mengerjakan haji dan umrah di Makkah amat dititikberatkan oleh Islam. Justeru, setiap jemaah perlu mengikuti langkah-langkah pencegahan khususnya penggunaan topeng muka bagi menjaga kesihatan diri daripada dijangkiti penyakit berbahaya.

Bolehkah pembersih tangan digunakan?

Hand sanitizer bukan najis dan boleh digunakan ketika menunaikan solat dan umrah serta tidak dikira menanggung najis. Walau bagaimanapun, adalah yang terbaik untuk mengelakkan pembersih tangan yang bercampur dengan wangian.

Adakah umrah tanpa menziarahi Kota Madinah Al-Munawwarah dan Raudhah Nabawi dikira sah?

Umrah ialah tawaf di Baitullah, dan Saie antara Safa dan Marwah dengan ihram. Menziarahi kota Madinah dan Raudhah Nabawi tidak termasuk dalam rukun atau syarat sah umrah dan haji. Begitu juga dengan mengunjungi tempat-tempat yang biasa dikunjungi di kawasan sekitar kota Makkah dan Madinah.

Apakah jenis bilik yang boleh ditempah?

Buat masa ini, jemaah Tripfez boleh menempah bilik dengan had maksimum 4pax sebilik sahaja mengikut SOP yang ditetapkan oleh Arab Saudi. *Peraturan tertakluk kepada perubahan semasa.

Berapakah jarak perjalanan antara hotel dan masjid?

Pakej Premium Hotel Mekah Ghufran Safwah: 50m, 3 minit berjalan kaki ke Masjidil Haram, Pakej Premium Hotel Madinah Anwar Madinah Movenpick: 50m, 3 minit berjalan kaki ke Masjid Nabawi

Berapakah jarak hotel di Madinah ke Masjid Nabawi?

Bagi pakej ekonomi dan premium ialah 80 meter cuma musim akhir ramadhan jaraknya 180+- meter.

Masuk pintu mana di Masjid Nabawi?

Mengikut situasi semasa norma baru covid maka pada mula pintu 15 sekarang bertukar ke pintu 327 / 328 cuma ambil masa 5 minit berjalan kami dan 5 meter dari hotel.

Berapakah jarak hotel Mekah ke Masjidil haram?

Bagi pakej premium ialah 80 meter dan ekonomi 250 meter

Masuk pintu mana di Masjidil haram?

Pintu King Abdul Aziz dalam jarak 80 meter dari hotel

Hotel Mekah berdekatan dengan apa dan tarikan?

Hotel bersambung dengan Menara Jam dan terdapat tempat pusat beli belah untuk berbelanja dan di dalam hotel tersebut terdapat tempat untuk membeli belah serta medan selera untuk memudahkan jemaah membeli makanan.

Jenis penerbangan yang disediakan?

Setakat hari ini kami menggunakan syarikat penerbangan Saudi Airlines.

Apakah jenis pengangkutan dari Mekah ke Madinah/Madinah ke Mekah?

Masa perjalanan antara Mekah dan Madinah dengan bas akan mengambil masa kira-kira 6 jam +-, Jemaah boleh naik kereta api laju untuk perjalanan dari Madinah ke Mekah. Bayaran tidak termasuk dalam pakej dan kutipan bayaran akan dikutip oleh mutawif ketika berada di sana. Walaubagaimanapun, keretapi api hanya dibenarkan untuk naik jika permintaan tinggi dari kumpulan pakej tersebut., harga tiket train dan masa perjalanan?, Anggaran RM300 seorang sehala ( Madinah ke Jeddah ) dan mengambil masa 2 jam +-.

Berapakah kapasiti kenderaan dalam kumpulan jemaah yang dibenarkan?

Maksimum 30 pax sahaja atau 50% kapasiti bas, 7-8 pax untuk GMC.

Selain pakej Umrah berkumpulan, adakah pakej Umrah persendirian turut disediakan?

Kami menyediakan pakej Umrah berkumpulan dan pakej Umrah persendirian

Kenapa tiada / tak buat pakej penerbangan terus ke Madinah?

Kami ingin menjual pakej dengan harga yang lebih rendah dan mampu milik.

Kenapa tak buat umrah dahulu?

Kerana pakej kami akan masuk jeddah dan terus ke madinah untuk ziarah, manakala untuk ibadah umrah dari jeddah dan terus ke kota Mekah. Dalam masa yang sama permintaannya rendah kerana faktor kesihatan dan juga kelelahan semasa perjalanan yang panjang dari Kuala Lumpur.

Bolehkah saya mengatur jadual perjalanan Umrah DIY/Keluarga Khas saya sendiri?

Ya. Umrah DIY/Keluarga Khas bersama Tripfez membolehkan anda memilih penginapan, pengangkutan, program yang akan dijalankan, visa dan mutawif mengikut keutamaan dan bajet anda

Contoh : Jadual Umrah

kenapa harga berbeza bagi setiap pakej?

Jarak antara hotel ke Masjidil Haram iaitu pakej umrah standard 250 โ€“ 350 meter, umrah selesa 150 meter dan umrah istimewa 50 meter.

Apakah jenis pakej umrah yang ditawarkan oleh Tripfez Travel?

Ekonomi & Premium

Adakah harga, tarikh dan aturcara akan berubah?

Tarikh dan harga tertakluk kepada perubahan semasa tetapi Tripfez Travel akan menghubungi jemaah sekiranya terdapat perubahan. Aturacara tidak berubah, kecuali hari lawatan berkemungkinan akan berubah mengikut kesesuaian dan keadaan.

Contoh : Aturcara Umrah

Perubahan Harga Pakej Mengikut Pertukaran Matawang Asing

Harga semua pakej adalah mengikut nilai matawang MYR semasa. Oleh kerana kadar nilai matawang MYR berubah berbanding US Dollar (USD) dan Saudi Riyal (SAR) atau lain-lain matawang berkaitan, harga pakej boleh berubah mengikut kadar nilaian MYR semasa berbanding nilaian matawang asing tersebut. Tripfez Travel berhak mengubah mana-mana harga pakej dengan bersama notis atau tidak bersama notis

Apakah perbezaan antara pakej ekonomi dan pakej premium?

Perbezaan antara kedua pakej tersebut adalah jenis dan jarak hotel di Makkah

Jika daftar seorang bagaimana ?

Anda akan berkongsi bilik dengan Jemaah lain iaitu kumpulan lelaki bagi Jemaah lelaki dan kumpulan perempuan bagi Jemaah perempuan dan bergantung kepada saiz bilik. Pendaftaran mesti dilakukan 2 bulan awal sebelum tarikh penerbangan

Bagaimanakah penyediaan makanan di Mekah dan Madinah?

Penyediaan makanan di Mekah dan madinah ialah buffet catering tetapi mengikut keadaan semasa kami galakan pihak hotel buat secara bungkus untuk mengelak dari jangkitan.

Berapa harga scooter untuk tawaf dan saie di mekah?

Buat masa sekarang cuma saie sahaja akan dibenarkan menggunakan scooter dan harganya SR115 untuk 2 orang

Kalau pergi umrah tetapi tiket penerbangan kami beli sendiri boleh ke?

Boleh dan penolakan sebanyak RM2700 seorang bergantung pada pakej.

Berapakah had bagi kumpulan umrah?

Had bagi kumpulan umrah bagi satu rombongan ialah 35 orang sahaja

Apakah pakej umrah lain yang disediakan?

Pakej turkey salah 1 pakej yang terlaris dan diminati di tripfez

Berapakah tempoh berada di Mekah dan Madinah?

Penginapan di Mekah 5 malam dan Madinah 5 malam

Bolehkah wanita tanpa mahram menunaikan Umrah?

Wanita berumur 18 tahun ke atas boleh menunaikan Umrah tanpa mahram dengan Visa Pelancong.

Tempoh Visa Pelancong dan Visa Umrah?

Visa Pelancong Arab Saudi adalah sah selama 80 hari dan kemasukan tanpa had maka visa urmah tempoh sah nya hanya 30 hari dan cuma sekali kemasukan sahaja.

Apakah jenis visa yang dibenarkan?

Hanya Visa Umrah dan Visa Pelancong dibenarkan untuk menunaikan Umrah

Adakah vaksin diperlukan?

Selain vaksinasi (Meningitis ACWY135), hanya jemaah yang telah lengkap vaksinasi Covid-19 sahaja dibenarkan memasuki Arab Saudi. Jenis vaksin yang dibenarkan di Arab Saudi ialah Pfizer, Moderna, Johnson & AstraZeneca. (Untuk Sinovac, jemaah perlu mengambil 1 dos penggalak daripada Pfizer, Moderna, Johnson atau AstraZeneca). Dos penggalak juga diperlukan bagi vaksin – vaksin selain Sinovac untuk memenuhi syarat Arab Saudi. Daftar jenis vaksin yang anda ambil di https://muqeem.sa/#/vaccine-registration/home dan bawa salinan slip pengesahan vaksinasi untuk semakan oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Adakah vaksin bagi 12 tahun ke atas dikenakan?

Ya dan bagi dos penggalak tertakluk kepada perubahan SOP semasa oleh KKM

Adakah jemaah perlu melakukan ujian PCR sebelum berlepas ke Saudi?

Ya. Sebelum berlepas ke Arab Saudi, jemaah perlu menjalani ujian PCR dalam tempoh 48 jam dari waktu berlepas dengan keputusan negatif. Slip keputusan perlu diberikan kepada kami untuk tujuan rekod dan dicetak sendiri untuk dibawa ke Arab Saudi.

Adakah jemaah perlu melakukan ujian PCR sebelum pulang ke Malaysia?

Ya. Jemaah Tripfez perlu membuat PCR test sebelum pulang ke Malaysia dan setiba di Malaysia.

Apa akan terjadi sekiranya jemaah positif di Arab Saudi?

Jemaah akan diwajibkan untuk kuarantin 10 hari sebelum pulang ke Malaysia di pusat kuarantin Arab Saudi. Kos akan ditanggung oleh insuran Covid-19 yang disediakan oleh Tripfez.

Adakah jemaah perlu dikuarantin di Arab Saudi?

Tiada kuarantin setiba di Arab Saudi jika anda telah lengkap vaksinasi yang diiktiraf oleh Arab Saudi.

Adakah jemaah Tripfez perlu menjalani ujian PCR sebelum pulang ke Malaysia?

Sebelum pulang ke Malaysia, jemaah perlu menjalani ujian PCR di Arab Saudi dalam tempoh 2 hari (48 jam) sebelum masa penerbangan dengan keputusan negatif. (PCR di Arab Saudi termasuk dalam pakej).

Adakah jemaah perlu menjalani kuarantin wajib apabila tiba di Malaysia?

Mengikut SOP yang baru,setibanya di Malaysia jemaah perlu menjalanani kuarantin selama 5 hari di kediaman masing masing . Terma dan syarat tertakluk kepada perubahan daripada kerajaan Malaysia dan kerajaan Arab Saudi.

Adakah Terdapat Sebarang Perlindungan Insurans Covid-19?

Jika jemaah umrah positif Covid-19 di Arab Saudi, kos kuarantin akan dilindungi insurans (termasuk makan 3 kali/hari) dengan perlindungan maksimum 14 hari. Sekiranya kos kuarantin melebihi perlindungan insurans, jemaah haji perlu menanggung kos tersebut., Kos ujian PCR di Malaysia sebelum terbang tidak dilindungi oleh insurans., Tiket penerbangan hanya dilindungi untuk pertukaran tarikh penerbangan sahaja.

Ada tak keperluan untuk mengambil insurans tambahan?

Semua pelanggan yang berdaftar akan dicarum insurans Covid-19 yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi ketika memohon Visa Umrah / Visa Pelancong. Caruman ini telah termasuk di dalam pakej. Insurans ini berkuatkuasa selama sebulan dari hari ketibaan di Arab Saudi. Sekiranya pelanggan ingin mengambil perlindungan tambahan lain, pihak syarikat amat menggalakkan berbuat demikian

Adakah saya akan menerima bayaran balik jika saya membatalkan pakej?

Pembatalan pakej tidak dibenarkan dan tiada bayaran balik akan diperolehi selepas tempahan dibuat.

Berapa jumlah deposit dan bila saya perlu membuat bayaran penuh

Deposit rm1000 seorang dan jika kurang dari 45 hari pembayaran penuh perlu dilakukan.

Header text