• Menu
< See Tripfez Muslim Packages
  • Menu

FRASA KOREA YANG WAJIB KITA TAHU!

Home » FEATURED POSTS » FRASA KOREA YANG WAJIB KITA TAHU!

tours-itinerary-d1

FRASA KOREA MESRA MUSLIM YANG WAJIB KITA TAHU!

Makanan halal adalah perkara yang selalu kebanyakkan Muslim risaukan kalau melancong, terutamanya di negara yang majoriti penduduknya bukan Muslim, Korea Selatan tak terkecuali.

Mesti anda pernah rasa ‘frust menonggeng’ bila melancong ke luar negara dan tak dapat nak terangkan kepada penduduk tempatan tentang makanan halal sebab masalah komunikasi. Sayang kalau hari-hari terpaksa makan burger ikan McDonald, terlepas peluang mencuba makanan Korea yang kebaboom sedap.

Seronoknya kalau dapat chef yang faham konsep makanan halal, dapatlah cuba makanan Korea yang sedap.

Jangan risau! Dengan bantuan penterjemah berbangsa Korea, kami ada sediakan ‘flash card’ yang dapat membantu anda menerangkan tentang makanan halal secara PERCUMA.

Simpan versi digital dalam smartphone atau cetak dan simpan dalam passport untuk trip halal anda di Korea Selatan.

‘Flash card’ Mesra Muslim dalam Bahasa Korea dan Ingggeris.

Mudah, cuma tunjukkan sahaja kad ini!

Halal South Korea travel phrase sheet

“Saya tidak boleh makan apa-apa makanan yang mengandungi alkohol dan makanan berasaskan daging haiwan. Bagaimanapun, saya terima makanan susu, telur dan haiwan laut. Tolong pastikan makanan saya tidak mengandungi daging, lemak babi, ham, bakon, gelatin, wain beras dll. Terima kasih”

Risalah Komunikasi Mesra Muslim dalam Bahasa Korea yang bersaiz A4

Risalah bersaiz A4 kami menyenaraikan lebih banyak frasa bahasa Korea yang boleh membantu pelancongan mesra Muslim di Korea Selatan: Risalah ini membantu anda:

  • menerangkan bahan tidak halal
  • mencari restoran halal atau vegetarian
  • mencari surau atau masjid 

Antara frasa Korea yang ada di dalam risalah ini:

  • Saya hanya makan sayur dan makanan laut
  • Boleh tak sediakan makanan ini tanpa daging?
  • Boleh tak restoran ini menyediakan makanan yang bebas daripada menggunakan alkohol atau cheongju? (cheongju adalah sejenis arak masakan yang selalu digunakan dalam masakan Korea Selatan)
  • Di mana surau?

Dan banyak lagi frasa Korea yang mesra Muslim!

Risalah ini mengandungi:

  • Frasa Korea yang sopan dan telah disemak oleh orang Korea (tak perlu kalut kalau terjemahan Google Translate salah)
  • Terjemahan Bahasa Inggeris + tulisan rumi bagi Hangul (bolehlah belajar menyebut perkataan Korea)
  • Senarai restoran halal yang terkenal di Seoul
  • Masjid di Seoul

Nak dapatkan risalah ini hantarkan email anda di sini.

Jangan lupa share la tips atau post ini dengan kawan-kawan 🙂

Follow kami on Facebook, Twitter dan Instagram : Tripfez Travel


Kami ada pakej Korea utk empat kumpulan perlepasan!

Baca di sini : https://tripfez.wpengine.com/pakej-korea-2018

Email kami sekarang utk tempah : go@tripfez.com or bulan@tripfez.comAtau call kami : 0137229478 ( Cik Bulan )

 

importers importers