• Menu

Lihat Keindahan Nepal Dengan Itinerari Mesra Muslim 8H7M Ini!

Home » Guide for Muslim Travellers » Lihat Keindahan Nepal Dengan Itinerari Mesra Muslim 8H7M Ini!

Teringin untuk menerokai Nepal? Jom baca itinerari Mesra Muslim selama 8H7M ke Nepal ini!

Nepal merupakan sebuah negara kecil yang terletak di antara India dan Cina. Bahagian utara negara ini adalah kawasan pergunungan yang menempatkan lapan daripada sepuluh gunung tertinggi di dunia termasuk Gunung Everest dengan ketinggian 8848 meter!

Bagi yang gemar dengan aktiviti outdoor seperti jungle trekking, berbasikal keliling kampung dan aktiviti panjat gunung, Nepal sememangnya lokasi yang sesuai untuk dilawati! Kawasan pergunungan di sini sangat cantik, putih bersih dan semestinya cuacanya juga sangat sejuk. Di sini terdapat ramai etnik Sherpa yang berkerja menjadi local guide kepada pelancong yang ingin merasai pengalaman trekking di sana.

Tahukah Anda?
Negara kecil ini tidak mempunyai Hari Kemerdekaan seperti kebanyakan negara-negara lain di dunia kerana ia tidak pernah mengalami penjajahan kuasa luar.

Ingin melawat destinasi lain? Klik untuk lihat itinerari Mesra Muslim ke Iceland di sini.

Hari Pertama: Nagarkot Hill

Pemandangan di Nagarkot
kredit: @tub114

Pada hari pertama, anda akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuwan sebelum bertolak ke Nagarkot. Nagarkot ialah sebuah perkampungan di pinggir lembah Kathmandu yang terletak 30 kilometer dari lapangan terbang.

itinerari mesra muslim nepal
kredit: @iamaafab

Ia terkenal dengan pemandangan Himalaya yang menakjubkan yang boleh dilihat dari jendela atau balkoni bilik hotel sahaja! Gunung Everest juga boleh kelihatan jelas dari perkampungan ini. Ramai pelawat sering mengambil peluang untuk menikmati suasana matahari terbit dan terbenam semasa lawatan mereka ke sini.

Hari Kedua: Lawatan Nagarkot dan Chitwan National park

itinerari mesra muslim nepal
kredit: @jemimatomms

Setelah bersarapan pagi, anda boleh lihat pemandangan matahari terbit dari hotel sebelum bertolak ke Taman Negara Chitwan. Di taman ini, anda boleh menikmati sesi menunggang gajah yang menakjubkan di dalam hutan serta menikmati pemandangan matahari terbenam dari tebing Sungai Rapti.

Taman Negara Chitwan Nepal
kredit: @ellenordic

Taman Negara Chitwan berfungsi sebagai destinasi utama untuk ahli-ahli ekopelancongan yang melawat Nepal. Kemudahan pelancong yang dibangunkan di sini adalah seperti kenderaan safari, pertunjukan kebudayaan Tharu dan sesi penjagaan gajah untuk para pelancong, serta aktiviti penerokaan untuk melihat spesis flora dan fauna yang ada. Di sini, anda turut dididik tentang kepentingan dalam memelihara dan memulihara spesis yang ada.

Hari Ketiga: Lawatan Chitwan dan Bergerak ke Pokhara

Chitwan Nepal
kredit: @lifeofjayf

Itinerari mesra Muslim di Chitwan, Nepal ini diteruskan dengan menaiki kanu di Sungai Rapti dan kemudian diikuti dengan aktiviti jungle trekking untuk melawat pusat pembiakan gajah di sana.

itinerari mesra muslim nepal
kredit: @vicloskutova

Setelah itu, anda boleh bertolak ke Pokhara. Perjalanan ini akan mengambil masa 4-5 jam bergantung pada kesesakan jalan raya. Pokhara terkenal dengan keindahan tasiknya jadi pastikan anda mengambil peluang untuk bermalam di sana!

Hari Keempat: Lawatan di Pokhara

pemandangan pakhora nepal
kredit: @visitnepal_2020

Pokhara merupakan destinasi pengembaraan dan percutian nombor satu di Nepal. Ia juga merupakan lokasi utama sekiranya anda ingin menerokai laluan trekking yang terletak di rantau Annapurna.

itinerari mesra muslim nepal
kredit: @martogale

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disediakan di Pokhara seperti berperahu, mendaki gunung, menuggang kuda, paragliding, bungee jumping, serta zipline. Anda boleh juga melawat Tasik Phewa di sana. Terdapat juga servis bot (2 jam) yang disediakan di sana untuk para pelawat menikmat pemandangan panorama puncak Himalaya dari atas tasik. Anda juga berpeluang untuk untuk membeli-belah di sekitar jalan Lakeside yang menempatkan pelbagai kedai cenderahati yang menarik.

Ingin melawat destinasi lain? Klik untuk lihat itinerari Mesra Muslim ke Uzbekistan di sini.

Hari Ke Lima – Lapan: Lawatan ke Kathmandu

Tiga malam terakhir akan dihabiskan di Kathmandu yang merupakan pusat bandar dan sebuah kota terbesar di Nepal. Kathmandu terkenal sebagai kota kuil selain menjadi pusat sejarah, seni, budaya dan ekonomi Nepal. Agama utama penduduknya adalah Hindu dan Buddaha.

Thamel Street Nepal
kredit: @iqbalbasri_

Selama tiga hari di sini, anda boleh pergi melawat Thamel Street yang terkenal sebagai pusat jualan barangan trekking atau ke Kahtmandu Durbar Square yang disenaraikan sebagai salah satu daripada lapan tapak Warisan Dunia UNESCO. Seterusnya, anda boleh ke Stupa Swoyambhunath yang merupakan seni bina agam kuno yang berada di atas bukit di Lembah Kathmandu. Ia dikatakan sebagai tempat keagamaan tertua di Nepal.

itinerari mesra muslim nepal
kredit: @pamabigail

Selain itu, anda boeh juga ke Patan Durbar Square yang merupakan tarikan utama di bandar Patan. Dataran Patan Durbar ini juga tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO dan merupakan lokasi terletaknya istana kuno di mana Raja Malla Lalitput dari Dinasti Malla yang pernah berkuasa dari 1201  hingga 1779 pernah tinggal. Kota Patan ialah salah satu kota tertua agama Buddha di dunia.

Kota Patan Nepal
itinerari mesra muslim nepal
kredit: @rawal_binay

Lawatan seterusnya adalah ke Pashupatinath Temple. Ia adalah kuil Hindu tertua di Kathmandu. Stupa Boudhanath di sana merupakan salah satu stupa bulat terbesar di Nepal dan di dunia!

Stupa Boudhanath
kredit: @sumirshrestha

Maka cukuplah lapan hari anda berada di Nepal sebelum berangkat pulang ke Malaysia. Dengan pelbagai lokasi yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, anda pasti kagum dengan keunikan yang ditawarkan Nepal!

Tempah Pakej Mesra Muslim Nepal Dengan Makanan Halal

Leave a Reply