Baru-baru ini, Taiwan sering muncul di akhbar-akhbar tempatan kerana inisiatif kementerian pelancongan mereka untuk menarik lebih ramai pelancong Muslim bercuti ke negara tersebut.
Namun, masih ramai rakyat Malaysia tidak mengenali bumi Taiwan dengan secara dekat. Ramai yang masih lagi takut untuk ke negara Taiwan kerana beberapa faktor yang dikatakan tidak mesra Muslim (muslim-friendly).
Secara realitinya, jika dibandingkan dengan Hong Kong, Korea dan Jepun, sebenarnya negara Taiwan menawarkan banyak pilihan destinasi ‘Pelancongan Mesra Muslim’! Tak kira dari Taipei, Taichung, Taoyuan hingga ke Kaohsiung, ada ramai masyarakat Muslim di sini dan punyai banyak pilihan menu makanan Halal. Alhamdulillah!
Jadi, jom ‘check out’ 5 tempat menarik yang boleh dilawati di Taipei:
1. Taipei 101
Nak ke Paris, jauh sangat, jadi kat sini ada Eiffel Tower versi Taipei! Menara ini adalah ikonik dan pernah menjadi bangunan/menara yang tertinggi di dunia dari tahun 2004 -2010. Menara Taipei 101 mempunyai…101 tingkat! Dan 5 lagi tingkat bawah tanah.
2. National Palace Museum
Terletak di tengah-tengah Bandar Taipei, Muzium Istana Negara mempamerkan koleksi seni kraf dan ‘historical items’ Cina yang paling ‘rare’. Dibina pada tahun 1925, kemudiannya dibesarkan dan dibina semula pada 1965.
3. Tokong Long Shan
Long Shan Temple ini adalah salah satu tokong yang paling besar dan tertua yang dibina pada tahun 1738 and terletak di Bandar Taipei. Disekeliling Long Shan Temple, banyak tempat makanan tradisional cina, kedai antik, dan kedai perubatan Cina. Keindahan tokong ni pastu memukau anda! Paling best, masuk percuma!
4. Chiang Kai-shek Memorial Hall
Chiang Kai-shek Memorial Hall adalah ‘landmark’ Bandar Taipei. Kedudukan yang strategik di tengah-tengah Bandar Taipei, dengang keluasan 250,000 meter/segi membuatkan Hall ini daya tarikan ramai pelancong.
5. Yangmingshan National Park
Apabila bosan dengan pusat membeli-belah dan bangunan-bangunan tinggi, pergilah ke Yangmingshan National Park! Sedap sikit mata memandang pemandangan hijau dan berbunga-bunga!
Terletak di Mount Yangming dan satu-satunya taman yang ada di Taipei! Penduduk Taipei telah melabelkan taman Yangmingshan sebagai, “backyard of Taipei”.
Restoran Halal di Taipei
Antara restoran-restoran halal di Taipei yang anda boleh cuba:
1) Yun Tai Muslim Food (No.4 Wenzhou Street, Da’an District) – Menyediakan makanan Thai and Yunnanese yang halal.
2) Chungkuo Beef Restaurant (No.1 Alley 7 Lane 137, Yian-Chi Street) – Mendapat rating yang baik melalui review pelawat. Restoran mesra Muslim ini mempunyai status ‘pork free, lard free, alcohol free’.
3) Pharaoh’s (No.28 Taishun Street, Da’an District, Taipei City 106) – Menyediakan hidangan dari negara Mesir