• Menu
< See Tripfez Muslim Packages
  • Menu

Jom ke Taipei yang Mesra Muslim Pada Tahun 2018!

Home » FEATURED POSTS » Jom ke Taipei yang Mesra Muslim Pada Tahun 2018!

TAIPEI, Percutian Mesra Muslim, Tahun 2018!

Baru-baru ini,  Taiwan sering muncul di akhbar-akhbar tempatan kerana inisiatif kementerian pelancongan mereka untuk menarik lebih ramai pelancong Muslim bercuti ke negara tersebut.

Namun, masih ramai rakyat Malaysia tidak mengenali bumi Taiwan dengan secara dekat. Ramai yang masih lagi takut untuk ke negara Taiwan kerana beberapa faktor yang dikatakan tidak mesra Muslim (muslim-friendly).

Secara realitinya, jika dibandingkan dengan Hong Kong, Korea dan Jepun, sebenarnya negara Taiwan menawarkan banyak pilihan destinasi ‘Pelancongan Mesra Muslim’! Tak kira dari Taipei, Taichung, Taoyuan hingga ke Kaohsiung, ada ramai masyarakat Muslim di sini dan punyai banyak pilihan menu makanan Halal. Alhamdulillah!

‘Check out’ 5 tempat yang boleh dilawati di Taipei :

1) Taipei 101

Nak ke Paris, jauh sangat, jadi kat sini ada Eiffel Tower versi Taipei! Menara ini adalah ikonik dan pernah menjadi bangunan/menara yang tertinggi di dunia dari tahun 2004 -2010. Menara  Taipei 101 mempunyai…101 tingkat! Dan 5 lagi tingkat bawah tanah.

 

Taipei 101
Taipei 101 waktu malam
Taipei 101 during sunset
Taipei 101 ketika matahari terbenam

2) National Palace Museum (Muzium Istana Negara)

Terletak di tengah-tengah Bandar Taipei, Muzium Istana Negara mempamerkan koleksi seni kraf dan ‘historical items’ Cina yang paling ‘rare’. Dibina pada tahun 1925, kemudiannya dibesarkan dan dibina semula pada 1965.

National Palace Museum at night
National Palace Museum waktu malam
National Palace Museum during the day
National Palace Museum ketika siang

3) Long Shan Temple (Tokong Long Shan)

Long Shan Temple ini adalah salah satu tokong yang paling besar dan tertua yang dibina pada tahun 1738 and terletak di Bandar Taipei. Disekeliling Long Shan Temple, banyak tempat makanan tradisional cina,  kedai antik, dan kedai perubatan Cina. Keindahan tokong ni pastu memukau anda!

Tripfez tip : MASUK – PERCUMA!

Long Shan Temple
Long Shan Temple
longshan-interior
Long Shan Temple (interior)

4) Chiang Kai-shek Memorial Hall

Chiang Kai-shek Memorial Hall adalah ‘landmark’ Bandar Taipei. Kedudukan yang strategik di tengah-tengah Bandar Taipei,  dengang keluasan 250,000 meter/segi membuatkan Hall ini daya tarikan ramai pelancong.

 

Chiang Kai Shek Memorial Hall (exterior)
Chiang Kai Shek Memorial Hall (exterior)
Chiang Kai Shek Memorial Hall (plaza)
Chiang Kai Shek Memorial Hall (plaza)

5) Yangmingshan National Park

Apabila bosan dengan pusat membeli-belah dan bangunan-bangunan tinggi, pergilah ke Yangmingshan National Park! Sedap sikit mata memandang pemandangan hijau dan berbunga-bunga!

Terletak di Mount Yangming dan satu-satunya taman yang ada di Taipei! Penduduk Taipei telah melabelkan taman Yangmingshan sebagai, “backyard of Taipei”.

Yanmingshan National Park Cherry Blossom in March
Yanmingshan National Park Cherry Blossom pada Mac
Yanmingshan National Park with my visitors
Yanmingshan National Park

Restoran Halal Di Taipei

Ada 3 restoran Halal di Taipei yang korang boleh cuba:

1) Yun Tai Muslim Food (No.4 Wenzhou Street, Da’an District) – They serve halal Thai and Yunnanese cuisine

2) Chungkuo Beef Restaurant (No.1 Alley 7 Lane 137, Yian-Chi Street) – They prepare their dishes with no pork, lard or alcohol. This place is highly recommended based on the reviews.

3) Pharaoh’s (No.28 Taishun Street, Da’an District, Taipei City 106) – They serve Egyptian cuisine


Teringin nak ke Taipei? Boleh book cepat dengan Tripfez’s : Muslim Tour Package for 6 Days, 5 Nights.

Harga dari RM2950/person! Early bird:  Hadiah Istimewa.

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej2 dan promosi2 yang ada, boleh check social media kami (Twitter, Instagram & Facebook)

HUBUNGI KAMI DI :

Phone : +603 – 8601 3685

Email : tours@tripfez.com

.

taipei-tour

 

HUBUNGI KAMI DI :

Phone : +603 – 8601 3685

Email : tours@tripfez.com

Like kami on Facebook : Muslim-friendly travel – Tripfez

Tweet kami or Instragam kami :  @tripfez

importers importers