• Menu

Jom ke Taipei: Percutian Mesra Muslim!

Home » Muslim Friendly Travel Guide » Taiwan Muslim Friendly Travel Guide » Jom ke Taipei: Percutian Mesra Muslim!

Baru-baru ini,  Taiwan sering muncul di akhbar-akhbar tempatan kerana inisiatif kementerian pelancongan mereka untuk menarik lebih ramai pelancong Muslim bercuti ke negara tersebut.

Namun, masih ramai rakyat Malaysia tidak mengenali bumi Taiwan dengan secara dekat. Ramai yang masih lagi takut untuk ke negara Taiwan kerana beberapa faktor yang dikatakan tidak mesra Muslim (muslim-friendly).

Secara realitinya, jika dibandingkan dengan Hong Kong, Korea dan Jepun, sebenarnya negara Taiwan menawarkan banyak pilihan destinasi ‘Pelancongan Mesra Muslim’! Tak kira dari Taipei, Taichung, Taoyuan hingga ke Kaohsiung, ada ramai masyarakat Muslim di sini dan punyai banyak pilihan menu makanan Halal. Alhamdulillah!

Jadi, jom ‘check out’ 5 tempat menarik yang boleh dilawati di Taipei:

1. Taipei 101

Credit: siangsenyeoh

Nak ke Paris, jauh sangat, jadi kat sini ada Eiffel Tower versi Taipei! Menara ini adalah ikonik dan pernah menjadi bangunan/menara yang tertinggi di dunia dari tahun 2004 -2010. Menara  Taipei 101 mempunyai…101 tingkat! Dan 5 lagi tingkat bawah tanah.

Credit: ihyun_a

2. National Palace Museum

Credit: chengyaoliu

Terletak di tengah-tengah Bandar Taipei, Muzium Istana Negara mempamerkan koleksi seni kraf dan ‘historical items’ Cina yang paling ‘rare’. Dibina pada tahun 1925, kemudiannya dibesarkan dan dibina semula pada 1965.

Credit: lppopp

3. Tokong Long Shan

Credit: try2benice

Long Shan Temple ini adalah salah satu tokong yang paling besar dan tertua yang dibina pada tahun 1738 and terletak di Bandar Taipei. Disekeliling Long Shan Temple, banyak tempat makanan tradisional cina,  kedai antik, dan kedai perubatan Cina. Keindahan tokong ni pastu memukau anda! Paling best, masuk percuma!

Credit: janicandid

4. Chiang Kai-shek Memorial Hall

Credit: hitomi__imotih

Chiang Kai-shek Memorial Hall adalah ‘landmark’ Bandar Taipei. Kedudukan yang strategik di tengah-tengah Bandar Taipei,  dengang keluasan 250,000 meter/segi membuatkan Hall ini daya tarikan ramai pelancong.

Credit: _luv.jen

5. Yangmingshan National Park

Credit: fourminutesago

Apabila bosan dengan pusat membeli-belah dan bangunan-bangunan tinggi, pergilah ke Yangmingshan National Park! Sedap sikit mata memandang pemandangan hijau dan berbunga-bunga!

Credit: taipeitravels

Terletak di Mount Yangming dan satu-satunya taman yang ada di Taipei! Penduduk Taipei telah melabelkan taman Yangmingshan sebagai, “backyard of Taipei”.

Restoran Halal di Taipei

Antara restoran-restoran halal di Taipei yang anda boleh cuba:

1) Yun Tai Muslim Food (No.4 Wenzhou Street, Da’an District) – Menyediakan makanan Thai and Yunnanese yang halal.

2) Chungkuo Beef Restaurant (No.1 Alley 7 Lane 137, Yian-Chi Street) – Mendapat rating yang baik melalui review pelawat. Restoran mesra Muslim ini mempunyai status ‘pork free, lard free, alcohol free’.

3) Pharaoh’s (No.28 Taishun Street, Da’an District, Taipei City 106) – Menyediakan hidangan dari negara Mesir

Tempah Pakej Mesra Muslim ke Taiwan