• Menu

8 Kelebihan Umrah DIY Daripada Tripfez

Home » Muslim Friendly Travel Guide » Umrah Travel Guide » 8 Kelebihan Umrah DIY Daripada Tripfez

Menunaikan umrah sudah pasti menjadi impian semua Muslim. Setiap orang pasti ada akaun atau tabung sendiri dalam mengumpul duit bagi menunaikan ibadah ini. Yang sudah pergi, pastinya akan sentiasa mahu ke sana lagi. Dengan pelbagai jenis pakej umrah yang ditawarkan, antara pakej paling popular kebelakangan ini ialah Pakej Umrah DIY. Nak tahu apa kelebihan pakej Umrah DIY ini dengan pakej-pakej umrah yang lain di Tripfez? Jom baca penerangan kami di bawah!

1. Lebih Fleksibel

7 Kelebihan Umrah DIY Daripada Tripfez, Fleksibel
Kredit: Abdulla Al Muhairi

Yang paling best tentang Umrah DIY ni adalah itinerari yang boleh diatur sendiri (customised) namun anda boleh juga boleh pilih untuk ikut itinerari yang sedia ada dari kami. Ini berbeza dengan pakej umrah lain dimana itinerari ialah tetap dan tidak boleh ubah. Dengan Umrah DIY, anda boleh memilih agar itinerari perjalanan supaya menjadi kurang padat. Ini amat sesuai bagi jemaah yang ingin pergi bersama ahli keluarga kerana jadual di sana akan menjadi lebih fleksibel. Anda juga boleh tetapkan berapa hari yang anda mahu pergi jadi tak ada masalah sekiranya ada ingin menunaikan umrah lebih dari 14 hari. Anda juga boleh memilih tempoh masa anda ingin bermalam di Mekah dan Madinah. 

2. Lebih Privasi

7 Kelebihan Umrah DIY Daripada Tripfez, Privasi
Kredit: tyco9 landee

Umrah DIY juga memiliki lebih privasi berbanding dengan pakej Umrah biasa. Dengan pakej ini, anda hanya akan bergerak bersama kumpulan anda sahaja sama ada keluarga, saudara mara, atau rakan-rakan. Ini berbeza daripada pakej Umrah biasa dimana satu kumpulan akan bercampur dengan jemaah serta keluarga lain. 

3. Mengikut Bajet Anda

7 Kelebihan Umrah DIY Daripada Tripfez, bajet
Kredit: Miss Izs

Oleh kerana pakej Umrah DIY ini boleh diubah-suai, harganya juga lebih berbaloi dan boleh mengikut bajet yang dikehendaki. Anda boleh semak sebut harga pakej Umrah DIY Tripfez di sini. Jangan risau sekiranya anda tiada pengetahuan yang mendalam tentang Umrah DIY! Anda hanya perlu hubungi Tripfez dan travel consultant pasti akan membimbing sehingga anda dapat pakej yang bersesuaian dengan bajet.

Lihat Sebut Harga Pakej UmrahWhatsApp Konsultan Kami

4. Bebas Memilih Penerbangan

7 Kelebihan Umrah DIY Daripada Tripfez, Penerbangan
Kredit: InSapphoWeTrust

Umrah DIY juga memberi kebebasan untuk anda memilih penerbangan yang dimahukan. Ini termasuk kelas penerbangan serta syarikat penerbangan yang anda inginkan. Pakej-pakej umrah yang lain kebiasaannya sudah mempunyai penerbangan khas tersendiri dan anda jarang sekali dapat memiliih kelas penerbangan. Dengan pemilihan syarikat penerbangan sendiri, anda lebih mudah untuk membandingkan tahap keselesaan sepanjang perjalanan serta dapat mengelakkan masa transit yang terlalu lama.

5. Pemilihan Hotel Penginapan

7 Kelebihan Umrah DIY Daripada Tripfez, Penginapan
Kredit: Citizen59

Selain penerbangan, Umrah DIY juga memberi kebebasan kepada jemaah untuk memilih hotel yang diinginkan. Anda boleh memilih hotel yang jaraknya lebih dekat sama ada di Mekah atau Madinah. Jarak hotel amat penting sekiranya anda membawa jemaah yang kurang upaya, anak kecil atau warga emas. Selain dari jarak, anda juga bebas untuk memilih taraf hotel dari 3 bintang hingga ke 5 bintang berdasarkan bajet yang anda ada.

6. Bebas Memilih Pengangkutan

7 Kelebihan Umrah DIY Daripada Tripfez, pengangkutan
Kredit: Rozaiman A Hamid

Seperti yang kita sedia maklum, pengangkutan bagi pakej umrah biasa akan menggunakan bas dengan muatan 30 orang yang akan turut membawa jemaah-jemaah yang lain. Dengan Umrah DIY anda bebas untuk memilih pengangkutan yang anda mahukan. Sebagai contoh, sekiranya anda pergi berempat, anda boleh memilih pengangkutan SUV yang lebih privasi dan selesa.

7. Mutawwif Persendirian

mutawwif
Mutawwif bersama jemaah Tripfez (Kredit: mutawwifharamain)

Paling istimewa tentang Umrah DIY Tripfez, anda turut mendapat bimbingan Mutawwif persendirian. Mutawwif akan berada bersama anda sepanjang perjalanan, jadi lebih mudah untuk melakukan sebarang pertanyaan. Ini berbeza dengan pakej umrah biasa dimana Mutawwif akan perlu menjaga kumpulan yang lebih besar jadi tumpuan mereka mungkin turut dibahagikan sama rata dengan jemaah yang lain.

8. Pilihan Visa Pelancong Untuk Jemaah Wanita Tanpa Mahram

visa
Kredit: Sound System

Kini, Kerajaan Arab Saudi telah membenarkan wanita melakukan ibadah umrah tanpa mahram yang sebelum ini hanya dibenarkan untuk wanita berusia 45 tahun dan ke atas sahaja. Jadi tiada halangan lagi bagi wanita bujang atau wanita yang tiada mahram untuk pergi menunaikan umrah sendiri. Namun begitu, peraturan baharu ini tidak termasuk ibadah Haji. Bukan itu sahaja, tourist visa atau visa pelancong ini membolehkan para jemaah untuk melawat lebih banyak lagi tempat di sana yang dulunya lebih terhad.

mecca
Kredit: Shahzada Hatim

Konklusinya, Umrah DIY amat sesuai bagi anda yang mencari pakej yang lebih fleksibel dan tidak terikat dengan jadual yang ketat. Ia amat sesuai buat yang mencari pakej yang menawarkan privasi lebih untuk anda dan keluarga. 

Semoga maklumat diatas membantu anda merancang perjalanan umrah anda dengan lebih mudah. Sekiranya berminat untuk menunaikan Umrah DIY tapi tidak tahu nak mula dari mana, anda boleh sahaja layari laman web kami di sini dan mula bina pakej Umrah DIY anda sendiri. Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh juga klik butang WhatsApp di bawah untuk bercakap dengan travel konsultan Tripfez.

Lihat Semua Pakej UmrahWhatsApp Konsultan Kami

Leave a Reply