Negeri Sabah memang cukup terkenal dengan tempat pelancongan yang kaya dengan tarikan alam semulajadi terutamanya di kawasan tinggi, pulau-pulau, pusat penjagaan hidupan liar dan kawasan taman negara yang mempunyai hutan belantara yang terpelihara dan tidak terusik. Keindahan alam semulajadi dan bentuk muka bumi Borneo sangat unik dan pasti tiada seumpamanya di Semenanjung Malaysia. Jom kita lihat senarai destinasi pelancongan menarik dan terkini di Sabah yang turut menjadi destinasi idaman pelancong-pelancong dari seantero dunia!
Lost World Maliau Basin
Kalau anda bercadang untuk mengembara ke negeri Sabah dalam masa terdekat ataupun merancang ke sana suatu hari nanti, anda harus selitkan Maliau Basin yang terkenal sebagai salah satu destinasi kunjungan. Maliau Basin ini mempunyai khazanah alam semula jadinya yang dianggarkan berusia jutaan tahun yang masih belum terungkai sehingga kini. Meliputi keseluruhan kawasan seluas 588.4 kilometer persegi, kawasan hutan ini disempadani oleh tebing yang menjangkau ketinggian 1,674 meter dari atas laut.
Maliau Basin yang mendapat namanya daripada besen Maliau ataupun Lembangan Maliau kerana dikatakan kawasannya berbentuk sebuah besen, ia menjadi syurga kepada pencinta flora dan fauna di seluruh dunia. Maliau itu sendiri membawa maksud kelam dalam bahasa kaum Murut merujuk kepada air Sungai Maliau yang berwarna gelap berikutan keadaan fosil batuannya. Jadi jika anda sendiri tidak pernah sampai ke destinasi bertaraf dunia ini, alangkah ruginya!
Peak of Hope, Tuaran
Peak of Hope, atau dalam Bahasa Melayu, Puncak Harapan terletak di Kampung Mosung Tuaran kira-kira 40 kilometer dari Kota Kinabalu dan dibuka kepada orang ramai sejak Oktober 2018. Bagi yang mencari lokasi riadah dan santai di hujung minggu terutama pada waktu petang, Peak of Hope pastinya tidak akan mengecewakan.
Aktiviti lain yang boleh dinikmati di sini selain bergambar antaranya kenderaan penalaan Pendahuluan (ATV) atau ‘Quad Bike’. Pengunjung boleh mengelilingi puncak secara berkumpulan ditemani jurupandu selama 40 minit. Selain itu ada sukan luncur udara, paragliding, aktiviti zipline dan taman arnab. Pakej bermalam menggunakan khemah pula akan dibuka dalam masa terdekat.
Waktu Operasi: 10 Pagi – 5 Petang
Mandalipau White Water View Papar
Tempat ini terletak di Mandalipau, Papar Sabah dan mengambil masa dalam 30-45 minit perjalanan dari bandaraya Kota Kinabalu. Tiket masuk untuk dewasa adalah sebanyak RM30.00 manakala kanak-kanak yang kurang dari 7 tahun adalah percuma!
Terkenal dengan air sungai yang jernih dan mesra kanak-kanak. Kemudahan seperti kanopi dan pondok disediakan di sepanjang tepi sungai sesuai untuk beriadah seisi keluarga. Aktiviti lain selain mandi sungai yang boleh dibuat di sini adalah berkelah, berbbq, berkhemah, dan bermain rakit. Waktu operasi adalah dari 8:30 pagi sehingga 5:00 petang. Kalau ke Papar, jangan lepaskan peluang untuk ke sini!
Waktu Operasi: 8 Pagi – 5 Petang
Facebook: picnic.camping.fishingpond
Culvert View Kundasang
Kundasang di Sabah merupakan satu tempt pelancongan yang menarik bagi mereka yang ingin percutian yang lebih kepada mendekatkan diri kepada alam flora dan fauna. Terdapat banyak tempat penginapan di sana berupa homestay, hotel dan resort untuk memenuhi pelbagai citarasa pelancong. Salah satunya adalah sebuah destinasi percutian bertemakan culvert iaitu struktur yang berbentuk silindar.
Culvert View diberi nama merupakan tarikan terbaru di Kundasang dan telah dibuka pada 31 Ogos 2019 yang lalu. Tarikan-tarikan yang terdapat di sini adalah pemandangan yang menarik, keadaan persekitaran yang mesra pengunjung, udara yang segar, terdapat tempat BBQ dan steamboat, Mirror in the Sky, buaian dan kandang haiwan berisi arnab dan kura-kura. Walaupun baru dibuka, tempat ini sudah pantas menjadi lokasi menarik untuk dikunjungi jadi jomlah!
Polumpung Melangkap View Camp Site, Kp. Melangkap Kota Belud
Gempa bumi berskala 5.9 ritcher yang melanda Gunung Kinabalu kira-kira empat tahun lalu telah mengubah wajah Sungai Melangkap di Kota Belud, Sabah. Hari ini, padang tandus berbatu itu yang dahulunya sebuah kawasan tanaman, dibangunkan sebagai lokasi percutian keluarga. Pemilik lokasi ini ialah Sambatan Gunsalahan dan beliau telah menghabiskan sebanyak RM100,000 untuk membangunkan bekas tapak kawasan kebun itu.
Kawasan itu dibersihkan dan dibangunkan sebagai tarikan pelancongan dan pada awal tahun 2017, Pelumpung Melangkap View Camp Site dilahirkan. Peralatan perkhemahan dan kemudahan asas seperti tandas, dewan dan persekitaran yang selamat disediakan oleh beliau supaya pengunjung boleh menikmati keindahan puncak Gunung Kinabalu pada waktu-waktu tertentu. Oleh itu, kalau ingin melihat gunung tertinggi itu dengan jelas, jom ke sini!
Waktu Operasi: 8 pagi – 5 petang (kecuali Jumaat). Waktu rehat 11.30 pagi-1.30 petang
Teratak Aza Kg Binsulok Membakut, Beaufort
Membakut merupakan daerah kecil yang dalam daerah Beaufort. Ia merupakan salah satu lokasi persinggahan atau stesen bagi Keretapi Borneo Utara. Untuk pelancong yang sudah biasa mengunjungi tempat pelancongan yang lebih terkenal seperti Kundasang dan Kota Kinabalu, bolehlah cuba untuk ke Membakut pula. Daerah kecil ini kini mempunyai satu tarikan yang semakin mendapat nama di kalangan pelancong iaitu Teratak Aza Kg Binsuluk.
Tempat ini berada berhampiran pantai dan dilengkapi dengan pelbagai spot-spot menarik untuk bergambar. Selain itu, Teratak Aza turut menyediakan homestay untuk mereka yang ingin bermalam santai di situ. Jom kita naik keretapi dan datang sini pula!
Tegudon Tourism Village, Kota Belud
Tegudon Tourism Village adalah destinasi pelancongan baru yang terletak di Kampung Tegudon di daerah Kota Belud, Sabah. Hanya 18 km dari pekan Kota Belud, anda akan menemui tempat ini yang tidak asing lagi akan keindahan langitnya pada pencerap bintang!
Jika malam anda akan dihiasi dengan jutaan bintang manakala siangnya pasti memukau dengan pemandangan air sungai, jambatan gantung dan juga sawah padi. Jika ingin beratapkan milky way, bolehlah anda berkhemah di sini bersama rakan-rakan atau keluarga. Pasti satu pengalaman yang luar biasa!
Bukit Maragang, Kundasang
Bukit Maragang terletak di Kg. Mesilau, Kundasang Sabah. Orang awam tidak dibenarkan mendaki tanpa guide/malim gunung. Anda perlu membuat tempahan terlebih dahulu di Pejabat Pengurusan Mesilau Volunteer Club (MEVOC). Merangan memberi maksud monyet merah dan merujuk pada monyet yang terdapat di bukit ini. Yuran mendaki adalah secara berkumpulan iaitu sebanyak RM170 satu kumpulan.
Anda tidak perlu memandu kereta sendiri untuk ke titik permulaan pendakian kerana pihak pengurusan akan menyediakan kenderaan yang sudah termasuk dalam pakej yuran. Jadi sekiranya anda tidak kuat untuk mendaki Gunung Kinabalu, anda boleh mendaki bukit ini sebagai ganti. Pasti tidak mengecewakan!
Kokol Elf, Tamparuli
Menjadi sebuah lokasi hipster di Sabah. Kokol Elf yang pernah mendapat kecaman kerana harga masuk yang terlalu mahal masih layak tersenarai sebagai lokasi yang menarik di Sabah. Pernah mencuba Bali Swing? Sekarang anda tidak perlu jauh-jauh ke Bali untuk mencubanya kerana kini Bali Swing ada di Kokol Elf.
Menjanjikan panorama indah bandaraya Kota Kinabalu dengan jauh hanya 40 minit dari pusat Bandar, para pengunjung boleh menikmati akses penuh lokasi bersama satu minuman, pas harian tidak terhad, buaian besar, tempat duduk sangkar burung dan pemandangan insta-worthy. Bak kata Kokol Elf menerusi facebooknya, “Ya, benda yang cantik dan jarang dijumpai sememangnya mahal.” Jadi jika RM40 bukan menjadi isu, jom kita ke sini pula!
Waktu Operasi: 9 pagi – 7.30 malam
Cabana Retreat Kota Belud
Tarikan pelancong ini terletak di Kampung Rampayan, Kota Belud dan yuran masuknya hanyalah RM5.00 seorang. Jika ingin mencari kelainan dalam berkhemah, Cabana Retreat mungkin tempat yang sesuai untuk anda! Tempat ini juga sesuai untuk bermandi-manda, menikmati waktu senja dan bersantai bersama keluarga atau rakan-rakan.
Selain itu, juga menyediakan pelbagai pakej seperti perkahwinan, sambutan hari jadi dan sebagainya. Anda juga boleh membawa khemah sendiri dan berkhemah di tempat ini dengan harga yuran masuk yang berpatutan.
Leave a Reply