Setiap tahun, berjuta-juta zebra, burung liar dan antelop lain berhijrah ke dataran tinggi Afrika Timur iaitu di Kenya dan Tanzania. Penghijrahan tahunan ini dikenali sebagai Migrasi Besar dan untuk menyaksikannya di Kenya Safari merupakan satu pengalaman seumur hidup yang menjadi top bucket list setiap peminat nature di luar sana.
Kunci menyaksikan peristiwa epik ini adalah pastikan anda berada di tempat yang tepat pada masa yang tepat. Jom kita lihat lokasi dan musim terbaik untuk melihati migrasi tahunan ini di Kenya!
Apakah Itu ‘Great Migration’?
Setiap tahun hampir dua juta haiwan jenis wildebeest, zebra and antelop akan berkumpul dan memulakan perjalanan panjang ke utara dari Taman Negara Serengeti Tanzania ke Rizab Negara Maasai Mara Kenya untuk mencari padang rumput yang lebih hijau. Perjalanan mereka ini mengikuti arah jarum jarum dalam bentuk bulatan dan berjarak antara 1,800km hingga 2,900km. Perjalanan jarak jauh ini penuh bahaya dan dianggarkan 250,000 hidupan liar menjadi korban dalam setiap perjalanan.
Sekiranya anda ingin menyaksikan saat paling genting semasa migrasi ini, cubalah ke peraian Sungai Grumeti di Tanzania dan Sungai Mara di Kenya. Kedua-dua sungai ini mempunyai arus kuat dan penuh dengan buaya. Saat migrasi, anda dapat menonton ribuan wildebeest, zebra, ela dan gazelle menyeberang sungai yang berarus kuat ini dengan diintai buaya-buaya yang menunggu peluang untuk menyerang!
Kumpulan haiwan yang besar ini juga menarik perhatian beberapa pemangsa ikonik yang lain seperti singa, hyena dan anjing liar lainnya untuk turut serta. Keadaan ini membolehkan anda dan pegawal safari untuk melihat tindakan membunuh seperti dalam rancangan National Geography.
Waktu Paling Sesuai Untuk Melihat Migrasi di Kenya Safari?
Pada bulan Ogos, rumput di Serengeti barat akan berubah menjadi kuning lalu menyebabkan ternakannya bergerak ke utara untuk mencari rumput hijau. Selepas menyeberangi Sungai Grumeti di Tanzania, kumpulan haiwan liar ini akan ke Lamai Wedge Kenya dan Segitiga Mara.
Tetapi sebelum sampai ke dataran Mara yang subur itu, mereka perlu menyeberang satu lagi lintasan sungai iaitu Sungai Mara yang penuh buaya kelaparan! Kem-kem yang menjadi tempat penginapan bagi menyaksikan migrasi di sungai Mara adalah seperti Kem Kichwa Tembo, Kem Bateleur dan Kem Sayari Mara.
Di bulan September hingga November pula, dataran Mara ini akan depenuh dengan kawanan besar dan haiwan pemangsa akan kelihatan tidak jauh dari situ. Manakala pada bulan November hingga Disember, hujan akan mulai turun di Selatan dan kumpulan migrasi ini akan bergerak pulan ke Tanzanida di Serengeti untuk beranak-pinak menjadikan bulan Disember hingga Mac waktu yang sesuai untuk melihat musim anak lembu.
Kini Tripfez menyediakan pakej ke Kenya! Anda boleh meluangkan masa beberapa hari menerokai taman safari Masai Mara di Kenya dan berpeluang menyaksikan 5 binatang besar Afrika. Contohnya; gajah, kerbau, badak sumbu, singa dan badak air serta pelbagai binatang liar lain juga ada di sini. Selain itu anda berpeluang melawat perkampungan Maasai sambil mempelajari tentang cara hidup tradisional, pembangunan komuniti serta keunikan kebudayaannya.
Kepada penggemar burung pula, anda juga akan dibawa melawat Tasik Nakuru yang popular dengan kehidupan burung flamingonya. Masai Mara pula merupakan destinasi migrasi terbesar di dunia dan menempatkan pelbagai spesies binatang liar seperti gajah dan singa. Meneroka kawasan simpan Maasai seluas 700 kaki persegi merupakan idaman setiap pelancong. Kawasan ini penuh dengan haiwan buas dan haiwan liar, serta lanskap yang cantik.
Tempat-tempat menarik di Kenya turut dimuatkan dalam jadual perjalanan anda seperti Crescent Island, Tasik Navaisha, dan Tasik Nakuru National Park. Jadi apalagi! Jom tempah perjalanan anda ke Kenya bersama Tripfez sekarang!
Leave a Reply