Your Halal & Muslim Friendly Travel Guide

San Gimignano: Bandar Menawan Penuh Sejarah di Tuscan, Itali

Home » DESTINATIONS » Italy Muslim Friendly Travel Guide » San Gimignano: Bandar Menawan Penuh Sejarah di Tuscan, Itali

Seperti kebanyakan perkampungan di Kota Tuscan, San Gimignano adalah sebuah kampung desa di atas bukit yang berada di tengah-tengah Tuscany. Dengan hanya berjarak 53 kilometer dari arah Selatan Florence, kampung desa ini biasanya dikunjungi dengan mudah dalam satu hari dengan menaiki kereta sewa. Anda juga boleh buat perjalanan seharian dari kota Siena yang juga berhampiran. Sekiranya tidak ingin menyewa kereta, anda juga boleh sampai ke sini dengan menggunakan bas dari Florence atau Siena, tetapi anda perlu transit dan tukar bas terlebih dahulu di Poggibonsi.

Town of Fine Towers San Gimignano
Turut dikenali sebagai ‘Town of Fine Towers’ | kredit: @travelpoint.co

Tetapi jika anda ingin merasakan kehidupan di kawasan desa yang persis kampung zaman pertengahan ini, anda boleh tinggal beberapa malam untuk menikmatinya. Sudah bersedia? Jom kita berangkat!

San Gimignano Alley
kredit: @simaramagalhaes

Sesampainya di San Gimignano, anda akan disuguhi bangunan-bangunan lama dengan rekabentuk seni bina yang indah daripada batu bata coklat keperangan. Kereta anda tidak dibenarkan masuk bandar dan perlu diletakkan di kawasan parkir khas di pinggir bandar atau sekiranya bermalam, boleh meminta hotel untuk akses parkir mereka. 

San Gimignano Pengeluar Wain Putih
kredit: @vanessatavaglione

Dikenali sebagai Bandar Menara atau ‘Town of Fine Towers’ San Gimignano, kampung ini juga dinobatkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO kerana seni binanya yang dipelihara dengan baik sejak berzaman.

Pekan San Gimignano ini telah memelihara dan mengekalkan sebanyak 14 menara daripada 72 menara yang pernah berdiri. Anda boleh mendaki ke puncak menara tertinggi iaitu Menara Grossa untuk menikmati pemandangan satu bandar dan kawasan sekitarnya yang menakjubkan.

San Gimignano Tuscan Italy Itinerari
kredit: @janameyrs
Lorong-lorong menawan San Gimignano
kredit: @alice_ciurli

Setelah itu, anda berjalanlah ke Piazza del Cisterna yang membekalkan air ke bandar di tengah-tengah San Gimignano. Dan sekiranya jatuh pada hari Khamis, kunjungilah pasar terbuka yang terletak di sektar sana. Berjalanlah sambil melihat bangunan-bangunan lama dan lorong-lorong sunyi sehingga cukup sehari kerana terdapat banyak spot-spot ambil gambar yang cantik. 

Instagrammable San Gimignano
kredit: @lacamisan / @marinasonfire

Tapi sekiranya anda ingin bermalam, terdapat banyak hotel. villa, rumah tamu dan tempat penyediaan Bed and Breakfast yang bagus di tengah San Gimignano. Dan lebih 200 pilihan penginapan di kawasan sekitarnya juga. Semuanya bergantung pada citarasa anda. Tempahan hotel harus dibuat awal jika anda merancang untuk mengunjungi kota desa ini pada bulan Jun, Julai atau Ogos kerana kebanyakan tempat penginalan akan cepat penuh dari awal setahun lagi. 

San Gimignano Cantik
kredit: @jackmartinphotoart
Seni bina San Gimignano di Tuscan Itali
kredit: @bobmcdonald241

Hotel berbintang empat yang terkenal di San Gimignano adalah Relais Cappucina yang menawarkan pemandangan indah  bandar dan jika anda lebih suka warisan tempatan, anda boleh menginap di Hotel La Collegiata yang didirikan pada abad ke-16 dan merupakan bekas Gereja Franciscan. Hotel ini terletak beberapa kilometer di luar bandar dan turut mempunyai kawasan kolam renang yang indah.

Hotel Relais La Cappucina
Relais La Cappucina | kredit: @relaislacappuccina
Hotel La Collegiata
Hotel La Collegiata | kredit: @eloisatorrionivoice

Sekiranya ingin duduk di tengah San Gimignano, anda bolehlah tinggal di Al Pozzo Dei Desideri tetapi anda perlu berjalan kaki dari tempat letak kereta sejauh 10-15 minit. Namun balasan anda adalah satu malam romantik di dalam sebuah bangunan abad ke-12 di dataran utama San Gimignano!

Hotel Al Pozzo Dei Desideri
Al Pozzo Dei Desideri | kredit: @eevirgiee

Apapun pilihan anda samada kunjungan harian atau bermalam, anda pasti seronok melalui satu pengalaman nostalgik seperti berada di abad pertengahan dengan bangunan-bangunan yang indah! Pastikan anda membawa air yang mencukupi dan memakai kasut yang sesuai kerana San Gimignano memerlukan anda untuk banyak berjalan. Selamat melancong!

Jom ke Italy?

Leave a Reply