• Menu

5 Pakej Pulau Malaysia Paling Best dan Murah Untuk Anda Lawati!

Home » Guide for Muslim Travellers » 5 Pakej Pulau Malaysia Paling Best dan Murah Untuk Anda Lawati!

Pejamkan mata anda, bayangkan ada di sebuah pulau, diiringi bunyi ombak yang menghempas pantai, disapa bayu laut, sambil ditemani lagu Antara Anyer dan Jakarta dari Sheila Majid. Hmm, boleh anda bayangkan tak? Cuba bagi tahu kami pulau mana yang terlintas di fikiran anda. Pulau Redang? Pulau Tioman? Sebenarnya mudah saja untuk anda capai angan-angan tadi kerana ada banyak pakej pulau di Malaysia yang best dan murah daripada Tripfez untuk anda lawati. Jadi yang mana yang dahagakan Vitamin-Sea tu, jom ke pulau?

Sebelum ini kami dah reveal pulau yang best untuk snorkeling. Kali ni kami nak share tentang pakej pulau murah di Malaysia yang confirm tak akan bebankan poket anda. Bolehlah bawa keluarga atau rakan rakan!

3H2M Snorkeling di Redang Holiday Beach Resort, Terengganu

Credit: nurulsuezainal

Pulau Redang ini terletak di Terengganu. Untuk ke Pulau Redang hendaklah melalui Jeti Shahbandar atau Jeti Merang. Sekiranya menempah daripada Tripfez, pakej ini bermula dari dengan harga RM315 seorang untuk 3H2M. Sangat berbaloi kerana penginapan yang disediakan adalah Redang Holiday Beach Resort. Untuk maklumat lanjut boleh semak disini.

Pakej Ini Termasuk

  • Penginapan di Redang Holiday Beach Resort (3 Bintang)
  • Perkhidmatan bot pergi dan balik
  • 3 kali sesi snorkeling (tidak termasuk peralatan)
  • 3 hidangan setiap hari termasuk makan malam BBQ

3H2M Snorkeling Di Pulau Tioman, Pahang

Kredit: soonfatt.lim

Terletak di Rompin, Pahang cara untuk ke pulau ini adalah melalui Jeti Mersing atau Jeti Tanjung Gemok. Pakej ini bermula dengan harga serendah RM362 sahaja seorang untuk 3H2M. Berminat? Boleh tempah disini.

Pakej Ini Termasuk

  • Penginapan di Sun Beach Resort (3 Bintang)
  • Tiket feri (Tanjung Gemok – Pulau Tioman – Tanjung Gemok)
  • Trip ke pulau
  • Hidangan seperti yang dinyatakan di dalam jadual perjalanan

2D1N Pulau Mantanani, Sabah

Kredit: bigfindivers

Kalau anda nak travel jauh sikit, boleh ke Pulau Mantanani yang terletak di Sabah. Menariknya di sana, pada waktu malam anda boleh menyaksikan fenomena ‘Blue Tears‘ yang seakan di Maldives tu. Harga bermula dari RM250 seorang untuk 2H1M. Info lanjut boleh tengok dekat sini.

Pakej Ini Termasuk

  • Penginapan di Sutera @ Mantanani Island (4 Bintang)
  • Bayaran kemasukan di mana yang berkenaan sahaja
  • Hidangan seperti yang dinyatakan di dalam jadual perjalanan
  • Penghantaran menaiki bot:
    • Dari Rampayan Jetty – Sutera @ Mantanani (10.00am/10.40am)
    • Dari Sutera @ Mantanani – Rampayan Jetty (14.45pm/15.55pm)

2H1M Pulau Jerejak, P.Pinang

Kredit: iyqa_la_wei

Tak perlu pergi jauh-jauh, kerana Pulau Jerejak ini mempunyai spot instagrammable yang seakan-akan Bali! Untuk pengetahuan anda, Pulau Jerejak terletak di Pulau Pinang jadi sangat senang untuk singgah bila anda ke sana. Sambi- sambil tu, boleh la pergi food hunting nasi kandar, pasemboq dan banyak lagi. Dengan harga bermula dari RM190 untuk 2H1M anda akan mendapat penginapan di Jerejak Island Resort (Deluxe Room).

Pakej Ini Termasuk

  • Penginapan di Jerejak Island Resort – Bilik Deluxe  (3.5 Bintang)
  • Minuman semasa ketibaan 
  • Hidangan seperti yang dinyatakan di dalam jadual perjalanan
    • Sarapan buffet
    • Set makan malam
  • Penghantaran pergi balik pulau menaiki bot
  • Buggy dari jetty ke resort
  • Wifi percuma

3D2N Pulau Lang Tengah, Terengganu

5 Pakej Pulau Malaysia Paling Best dan Murah Untuk Anda Lawati! Pulau Lang Tengah
Kredit: fayrah_sher

Tengok gambar pun dah boleh bau ketenangan dari sini! Cantik kan pulau yang terletak di Terengganu ini? Dengan pasirnya yang memutih dan airnya yang membiru. Sesuai untuk family day atau short getaway! Dengan RM758 seorang untuk 3H2M, penginapan yang disediakan pula bertaraf 4 bintang iaitu di Summer Bay Resort.

Pakej Ini Termasuk

  • Penginapan di Summer Bay Resort (4 Bintang)
  • Pengangkutan bot
  • Program snorkeling seperti dalam jadual perjalanan
  • Hidangan seperti yang dinyatakan di dalam jadual perjalanan
Kredit: j_sophie_h

Haa dengar tu bunyi pulau dah memanggil. Apa tunggu lagi? Jom plan dengan keluarga atau kawan kawan sekarang. Kalau nak senang, tempah je dengan kami.

Tempah pakej pulau anda sekarang!

Leave a Reply