Taiwan Muslim Tour
Murah & Best!
✅ 5 Hari 4 Malam
✅ Penginapan 4 Bintang
✅ Termasuk Tiket Penerbangan (Pergi Balik EvaAir)
✅ Penjagaan Waktu Solat & Makanan Halal.
✅ Pemandu Pelancong Berpengalaman
✅ Kumpulan Kecil – Selesa Untuk Peserta.
✅ Termasuk Insurans
✅ Aktitivi Menarik :
⭐ Membeli-belah di Ximending Shopping Street
⭐ Menaiki Kereta Kabel Maokong (*tambahan)
Ada Soalan Tentang Pakej Ini?
Nak Diskaun Istimewa?
WhatsApp Sekarang. Kami Sedia Membantu
INFO PAKEJ


Ada Soalan Tentang Pakej Ini?
Nak Diskaun Istimewa?
WhatsApp Sekarang. Kami Sedia Membantu
KENAPA PAKEJ TAIWAN TRIPFEZ
PALING BERBALOI ?

ANDA DAPAT MELAWAT
PELBAGAI TARIKAN UTAMA
& TEMPAT MENARIK

TAIPEI GRAND MOSQUE
Taipei Grand Mosque atau Masjid Taipei Zheng He merupakan masjid terbesar dan tertua di Taiwan. Terletak di Daerah Da’an, Kota Taipei, ia adalah mercu tanda penting bagi komuniti Muslim di negara Taiwan.Masjid ini dibina pada tahun 1960 dan menggabungkan elemen seni bina tradisional Timur Tengah dengan reka bentuk moden.
SHIFEN WATERFALL
Juga dikenali sebagai Air Terjun Niagara Taiwan. Pelancong datang ke sini kerana ia merupakan keajaiban semulajadi yang indah dan menawan. Air Terjun Shifen terkenal dengan upacara ‘Evening Light Ceremony’ pada waktu petang, di mana cahaya warna-warni menyinari air terjun, mencipta suasana menakjubkan
CKS MEMORIAL HALL
Merupakan mercu tanda di Taiwan. Pelancong dapat mempelajari sejarah Taiwan dan peranan penting yang dimainkan oleh Chiang Kai-shek dalam membentuk negara Taiwan. Ia juga merupakan tempat popular untuk penduduk tempatan dan pelancong menikmati suasana yang tenang dan menyaksikan upacara pergantian pengawal.
VIGOR KOBO
Vigor Kobo merupakan bakeri yang terkenal di Taipei, Taiwan. Tart Nenas mereka berkualiti tinggi & amat popular di kalangan pelawat. Anda berpeluang untuk belajar membuat sendiri Tart Nenas di salah satu cawangan mereka.
KEELUNG COLOR HOUSE
Juga dikenali sebagai ‘Rainbow Village’ (Kampung Pelangi), tempat ini harus dilawati oleh kaki-instagram. Perkampungan nelayan kecil ini terletak di Zhengbin Fishing Port, Keelung City. Terdapat bangunan-bangunan yang dicat dengan pelbagai warna menarik. Wajib bergambar di sini!
MAEKONG CABLE CAR*
*aktiviti tambahan
Tarikan yang harus dilawati jika anda ingin melihat keindahan Taipei dari atas udara (setinggi 300 meter). Kereta kabel Maokong ini sepanjang 4.03 km dan boleh mengambil masa selama 20-30 minit.
MENARA TAIPEI 101
Antara tarikan yang wajib untuk dilawati. Menara Taipei 101 yang siap dibina pada 2004, pernah dinobatkan sebagai bangunan tertinggi di dunia selama beberapa tahun. Senibina unik menara ini diilhamkan oleh budaya tradisional China, khususnya tumbuhan buluh. Menara ini kini adalah bangunan ke-6 tertinggi di dunia.
YEHLIU GEOPARK
Taman Geologi Yehliu di Taiwan adalah destinasi pantai yang terkenal dengan formasi batu unik yang dibentuk oleh angin dan air. Terdapat ‘Queen’s Head’, formasi batu berbentuk kepala seorang ratu & pelbagai formasi batu lain yang berbentuk cendawan & sarang lebah.
.
SISI NAN CUN VILLAGE
Sisi Nan Cun Village merupakan tarikan unik terletak di Daerah Shiding, Taipei. Kampung ini mempunyai sejarah lebih 200 tahun dan menawarkan gambaran tentang cara hidup tradisional masyarakat Hakka, yang dikelilingi oleh keindahan alam semula jadi yang menakjubkan.
.
XIMENDING SHOPPING STREET
Ximending Shopping Street ialah destinasi membeli-belah yang popular. Terdapat pelbagai kedai, butik fesyen, shopping mall, restoran & gerai makanan menarik yang boleh dilawati. Sesuai untuk dilawati oleh rakyat Malaysia yang foodie, fashionista & kaki shopping!.
SHIFEN OLD STREET
Penempatan lombong arang batu sewaktu penjajahan Jepun. Kini menjadi tarikan pelancong yang ingin merasai suasana nostalgia dengan bangunan tradisional yang dipelihara dengan baik. Anda juga berpeluang untuk mencuba makanan tempatan dan membeli oleh-oleh yang unik di sini.
BEITOU HOT SPRING*
*aktiviti tambahan
Antara tarikan selalu menjadi destinasi harian yang popular di kalangan pelancong di Taipei. Terdapat banyak tapak warisan kebudayaan dan tempat pemandangan menakjubkan di Kolam Air Panas Beitou.
**mengikut keadaan semasa dan tertakluk kepada terma & syarat
HUBUNGI KAMI

Tripfez Travel
A11-02B, Empire Office Tower
Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya,
Selangor, Malaysia
Google Map – Office Tripfez Travel
Email: [email protected]
.
.