• Menu

Cara Tuntut Pelepasan Cukai RM1000 Untuk Percutian Domestik

Home » Guide for Muslim Travellers » Cara Tuntut Pelepasan Cukai RM1000 Untuk Percutian Domestik

Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri Interim telah mengumumkan berita baik untuk rakyat Malaysia terutama sekali buat yang gemar melancong. Menurut Tun Dr Mahathir Mohamad, inisiatif yang dilakukan bagi merangsang industri pelancongan negara adalah dengan memberikan pelepasan cukai individu sehingga RM1000 untuk sektor domestik.

pelepasan cukai rm1000 domestik
Sumber: Berita Harian

Langkah ini diharapkan dapat menjana ekonomi pelancongan domestik yang sedikit terjejas di masa kini. Terdapat banyak lokasi yang menarik di Malaysia ni sebenarnya, cuma masih banyak yang belum diterokai. Pelepasan cukai ini dapat membantu rakyat Malaysia menerokai destinasi-destinasi tempatan dengan harga yang lebih murah berbanding biasa.

Langkawi Cable Car

Jadi, amat sesuai untuk anda adakan short getaway bersama keluarga atau rakan-rakan. Yang gemarkan pantai, boleh ke Langkawi, Pangkor, Tioman, Redang, dan banyak lagi. Pasti seronok kalau dapat snorkeling melihat keindahan bawah laut. Sekiranya gemarkan taman tema air, anda boleh juga ke lokasi seperti A’Famosa Waterpark, Adventure Waterpark Desaru, Bangi Wonderland atau Lost World of Tambun.  Banyak sebenarnya pilihan untuk bercuti di dalam Malaysia ni!

Cara Tuntut Pelepasan Cukai Pendapatan RM1000 Untuk Percutian Domestik?

Giphy

Rakyat Malaysia sahaja yang akan mendapat perlepasan cukai pendapatan sehingga RM1000 untuk percutian domestik. Buat masa sekarang ni, tiada lagi info atau cara yang spesifik. Tapi jangan risau, kami akan sentiasa memberikan perkembangan tentang berita gembira untuk anda. Jangan lupa unutk like Facebook kami atau ikut kami di Instagram untuk sentiasa mengikuti perkembangan semasa.

Cara Dapatkan Baucar Digital RM100 Untuk Percutian Domestik?

Pulau Redang
Pulau Redang

Bukan perlepasan cukai sahaja yang diberikan, kerajaan Malaysia juga telah memperuntukkan RM100 bauchar digital untuk percutian domestik. Bauchar ini boleh digunakan untuk penerbangan dalam negeri (domestik), keretapi (ETS, KTM, dan sebagainya) serta hotel. Untuk info lanjut boleh semak dekat sini.

Jadi tunggu apa lagi? Sekaranglah masa yang sesuai untuk buat family day atau company trip ke destinasi dalam negara. Boleh la belajar adat, dialek, dan makanan negeri lain! Terutama sekali negara Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama.  Kata orang, pergilah ke 1000 negara pun, pasti akan kembali juga ke Malaysia tanah air tercinta.

Tak tahu lagi nak ke mana? Jom lihat senarai destinasi domestik menarik yang ada di Tripfez!

Senarai Penuh Pakej Domestik

Leave a Reply