Kualiti biji kopi anda boleh memberikan perbezaan besar dalam rasa dan aroma cawan pagi anda. Tetapi bagaimana penggemar kopi boleh tentukan kacang kopi mana yang terbaik? Sebelum itu, mari kita bincangkan tentang asas-asas biji kopi dan bagaiman mereka diukur, disenaraikan dan dikategorikan.
Secara asasnya kacang kopi datang dalam bentuk tiga jenis iaitu Arabica, Robusta dan campuran. Arabica adalah biji kopi yang berkualiti tinggi yang kaya dengan rasa. Mereka perlu ditanam dalam keadaan tertentu untuk mencapai potensi sepenuhnya dan disebabkan itulah mereka sangan berharga dan mahal. Anda akan melihat banyak jenama kopi yang memaparkan 100% kacang arabicapada label mereka sebagai jaminan kualiti. Boleh cuba cari di kedai supermarket anda yang berhampiran.
Robusta pula mempunya kacang yang lebih rendah kualitinya daripada arabica dari segi rasa, tetapi mereka juga mengandungi lebih banyak kafein. Buat robusta juga lebih mudah untuk ditanam daripada arabica, menjadikan mereka lebih murah untuk dibeli dan dijual.
Campuran pula adalah hasil campiran pelbagai jenis kacang kopi untuk meningkatkan kandungan kafein tanpa mengorbankan rasa. Anda mungkin lebih suka campuran arabica dan robusta jika berminat mencari keseimbangan dari segi rasa.
Setelah mengetahui jenis kacang kopinya, kita perlu melihat negara asalnya pula. Di sini kita senaraikan 5 Negara yang mempunyai kopi terbaik di dunia yang wajib anda cuba! Jom kita tengok!
1. Colombia
Secara amnya, keadaan paling optimum bagi kopi untuk tumbuh dengan baik bergantung kepada pelbagai faktor seperti keadaan sosial, iklim, ketinggian atas paras laut, dan keadaan lain. Colombia dianggap sebagai gergasi dalam penghasilan kopi, membekalkan 15% kopi di seluruh dunia. Arabica hasilannya berkualiti tinggi dan terkenal.
Kopi Colombia mempunyai tiga gred kualiti iaitu Supremo, Extra dan Excelso. Supremo adalah jenis kopi terbaik dan diproses menggunakan teknologi terkini. Ia didapati dalam bentuk bijian besar dan halus, mempunyai rasa yang sangat kaya dan aroma baldu. Kopi gred supremo asli Colombia agak sukar untuk diperolehi.
Gred kopi Extra pula mempunyai kualiti lebih rendah daripada Supremo tapi masih sangat sedap. Saiz biji kopinya lebih kecil dan rasanya agak kuat dan bertenaga. Excelso pula adalah campuran antara dua gred yang tadi untuk membawa rasa yang agak berasid dan mirip dengan rasa wain.
2. Guatemala
Guatemala adalah sebuah negara yang terkenal dengan pengeluaran kopi berkualiti tinggi. Kopinya dianggap sebagai salah satu jenis kopi yang terbaik di dunia kerana tumbuh di kawasan pergunungan yang memberikan rasa yang lebih sengit, tart, dan dipengaruhi keadaan iklim tempat ia ditanam.
Jenis kopinya yang terkenal adalah “Antigua Volcanic” yang mempunyai rasa canggih, agak berat serta aroma yang kuat dan halus berserta berasap. Oleh kerana terdapat pengaruh kerap dengan angin laut, kopi Guatemala ini kekadang mempunyai rasa yang ringan dengan nada berasid yang kuat.
3. Costa Rica
Negara seterusnya yang harus dilawati penggemar kopi sedunia ialah Costa Rica! Kopi Costa Rica mempunyai rasa klasik dan mempunyai reputasi tumbuh di tanah vulkanik menjadikannya lebih halus, lembut dan mempunyai rasa walnut yang kaya, Kopinya pada umum adalah olahan arabica yang telah diproses. Jenama terkenal kopi di Costa Rica adalah Margarita, Cashier dan Costa Rica.
4. Semenanjung Arab
Kopi ini dikenali sebagai “Mocha Arab” dan merupakan salah satu kopi yang paling terkenal di dunia di kalangan penggemar kopi dan telah ditanam selama berabad di pergunungan Yemen di barat daya Semenanjung Arab.
Mocha Arab ini mempunyai rasa coklat. Walau bagaimanapun, penampilan biji kopi boleh menakutkan orang ramai kerana bijinya agak kecil dengan bentuk yang tidak standard, dan biasanya dipecahkan. Mocha Arab biasanya tidak dieskport kerana jumlah pengeluarannya rendah. Jenis kopi yang sering dieksport adalah Matari, Sharki dan Sanani.
5. Indonesia
Jangan terkejut apabila melihat negara Indonesia tersenarai dalam penghasilan kopi terbaik di dunia. Indonesia mempunyai beberapa jenis kopi yang terkenal seperti Kopi Mandehling Sumatera yang berbentuk halus dan mempunyai rasa manis dan mewah serta aroma yang kompleks. Kopi ini ditanam di rantau Lintong di utara Sumatera berhampiran Danau Toba. Kopi Sumatera ini terkenal dengan rasa berlemak dan sedikit berasid serta pedas.
Selain itu, ada Kopi Toraja Sulawesi yang yang mempunyai bentuk pelbagai dimensi dan ditanam di dataran tinggi tenggara Sulawesi. Toraja adalah nama sekumpulan masyarakat yang menanam dan menuai kopi di dataran tinggi utara pulau itu. Kopi adalah perniagaan utama orang Toraja di sana dan kopinya terkenal dengan rasa kemanisan desa dan sedikit rasa buah!
Leave a Reply