“Oh Paris, I’m in love!’.
Ayat yang biasa kita dengar apabila bercakap pasal Paris.
Terus perasaaan ingin bercuti ke Paris pun timbul dan runsing nak merancang satu percutian sekeluarga dengan bajet yang sedia ada. Jangan khuatir, jom baca pengalaman saya dan keluarga yang ke Paris tempoh hari. Percutian kami terasa amat mewah tapi tak banyak pun guna duit. Kalau anda tiada masa nak merancang, boleh juga lawati laman web kami dan dapatkan tawaran untuk penginapan dan pakej pelancongan! Saya ingin berkongsi beberapa tips persediaan sebelum meneruskan perjalanan anda. Jom tengok tips-tips untuk mendapatkan percutian mewah bajet rendah di Paris!
Anda perlukan:
- Wang tunai yang secukupnya sebelum berangkat. Bawa kad kredit juga untuk kecemasan!
- PENTING : Beli insuran perjalanan atau ‘travel insurance’.
- Sediakan bagasi. Perkara yang penting sekali adalah membawa pakaian yang bersesuaian dengan cuaca.
- Sediakan beberapa jaket,payung atau jaket hujan ‘ponco’ jikalau musim bunga.
- Kita pernah dengar yang Paris terkenal dengan ramai penyeluk saku berbangsa ‘gypsy’. Oleh itu, anda perlukan ‘waist pouch’ untuk menyimpan passport dan juga wang anda.
- Anda perlukan ‘universal adaptor’ untuk mengecaj telefon bimbit dan juga alat elektrik yang anda bawa dari Malaysia.
Oh, nak tau satu perkara menarik tentang percutian mewah tapi bajet rendah ini? Saya berbelanja tidak lebih RM10k semasa saya berada disana kerana saya memasak makanan sendiri di tempat tinggal sebelum meneruskan perjalanan ke kota Paris.
Tip Berjimat : Anda juga boleh membawa makanan seperti maggi atau mi segera Ramen (ikut lah selera anda), makanan segera Brahim dan juga bahan-bahan masakan yang lain.
Selama saya berada di Paris, saya menyewa rumah via AirBnB di Voucresson yang terletak kira-kira 13 km dari Kota Paris. Selain AirBnb, anda boleh tempah hotel melalui website Tripfez juga! Pemilik penginapan di Paris memang agak tegas dengan bilangan orang yang akan tinggal di tempat tinggal mereka. Jadi, pastikan anda jujur dan bagitahu mereka bilangan penginap yang tepat, ya! Anda boleh memilih sama ada menyewa atau menaiki kenderaan awam yang tersedia di sana yang berdekatan tempat tinggal anda.
Tip Berjimat : Saya memilih untuk menaiki kenderaan awam selama 10 hari di sana. Mudah sahaja, anda perlu membeli ‘5-day’ pass/tiket untuk menaiki bas atau tren dari Voucresson ke stesen tren Paris Saint-Lazare yang beroperasi dan diselenggara oleh syarikat Paris Metro.
Baiklah, jom tengok tempat-tempat yang wajib dilawati dan rakamkan pengalaman untuk “Instagram” anda:
Eiffel Tower
Tip perjalanan: Tiket untuk masuk boleh dibeli di lokasi tersebut atau pun ‘online’. Anda boleh pilih untuk menaiki tangga ataupun lif!
The Louvre
Versailles Palace
Tip perjalanan: Tiket untuk masuk boleh dibeli di lokasi tersebut atau pun ‘online’.
Mermaid Statues, De La Concorde
Tuileries Gardens
Pierre Marcollini (Kedai Untuk Menikmati Belgium Chocolate)
Untuk yang kaki membeli-belah and ingin membeli-belah seperti Parisian pula, wajib ke:
Galeries Lafayette
Umbrella Sky di Village Royal
Outlet Store
Fargonard Boutique
Itulah adalah tempat-tempat yang saya sempat kunjungi selama saya berada di Paris untuk 10 hari. Terdapat banyak tempat-tempat yang menarik lain di Kota Paris ini yang boleh dikunjungi seperti :
- Cathédrale Notre-Dame de Paris (buat ketika ini ditutup untuk kerja-kerja pembaikpulihan dari peristiwa kebakaran tempoh hari)
- Arc De Triomphe
- Catacombs
Harap pengalaman saya ini dapat membantu dalam perancangan percutian mewah anda ke Paris dengan bajet rendah. Nasihat saya adalah pastikan perjalanan mengikut itinerari (jadual perjalanan) yang anda rancang supaya anda boleh melawati tempat-tempat yang menarik dengan lancar. Kota cinta ini menawarkan macam-macam lagi dari segi destinasi dan tarikan, semua artikel terdapat di sini!
Leave a Reply