

NAK BAUCAR MATTA FAIR?
STEP 1
Isi borang di pakej terpilih :
– Pakej Umrah
– Pakej Korea
– Pakej Turki
– Pakej Istanbul Balkan
STEP 2
Mesej anda akan dihantar ke WhatsApp kami. Tuntut baucar anda di situ.
* Promosi ini terhad antara 01 – 31 Mac 2023.
* Tertakluk pada terma & syarat.
PAKEJ BERKUMPULAN
PAKEJ UMRAH
LUAR NEGARA – PAKEJ PRIVATE
DALAM NEGARA – PAKEJ PRIVATE
FAQ
Adakah harga yang ditawarkan sempena MATTA Fair sangat berpatutan?
Ya. Kami menjanjikan harga yang murah dan berpatutan dengan pelbagai pilihan tawaran yang menarik untuk anda. Sempena promosi MATTA Fair, kami menawarkan baucar diskaun dan tawaran hebat ke beberapa destinasi pilihan serta barangan percuma khusus buat pelanggan kami.
Adakah saya berpeluang mendapatkan tawaran harga MATTA Fair secara dalam talian?
Ya, semestinya. Layari laman web kami di https://blog.tripfez.com/promosi-matta-fair-online untuk maklumat lanjut.
Apakah promosi menarik yang disediakan sempena MATTA Fair?
Anda berpeluang mendapatkan pelbagai pakej pelancongan, tiket penerbangan dan pelayaran, tawaran percutian domestik dan antarabangsa dan banyak lagi tawaran lain menanti pelanggan kami.
Apakah itu MATTA Fair?
MATTA Fair merupakan sebuah acara yang dianjurkan oleh Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) yang biasanya berlangsung antara Mac hingga September setiap tahun. Ia menawarkan pelbagai tawaran hebat berkaitan pelancongan seperti pakej lawatan, penginapan hotel dan tiket penerbangan.
Bolehkah saya mendapatkan semula deposit jika saya membatalkan tempahan perjalanan?
Bayaran deposit tidak akan dikembalikan sekiranya pembatalan dibuat selepas pengesahan.
Berapakah yang perlu dibayar jika saya ingin melakukan beberapa pindaan ke atas tempahan saya?
Selepas pengesahan, sebarang perubahan berikutnya yang dibuat ke atas tempahan adalah tertakluk pada caj pindaan wajib sebanyak RM50 setiap orang bagi setiap pindaan. Namun begitu, sebarang pindaan tidak boleh dibuat dalam tempoh enam puluh (60) hari sebelum tarikh perlepasan. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi kami menerusi e-mel di ??
Bilakah bayaran penuh boleh dibuat untuk perjalanan saya?
Pembayaran penuh perlu dibuat sekurang-kurangnya 60 hari sebelum tarikh perlepasan.
Apakah yang berlaku jika penyedia perkhidmatan membatalkan lawatan?
Jika PRODUK/PERKHIDMATAN dibatalkan atas sebab-sebab tertentu di luar bidang kuasa Tripfez, kami menawarkan pilihan berikut kepada pelanggan kami:
- Tarikh alternatif lain untuk menjalankan aktiviti.
- Aktiviti/perkhidmatan alternatif lain dengan nilai yang sama.
Adakah Tripfez boleh dipercayai?
Tripfez sangat berhati-hati dalam memilih rakan perniagaan dan vendor kami. Kami sentiasa fokus dan komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik setiap masa kepada pelanggan kami. Kami memilih rangkaian rakan perniagaan dan vendor yang dikenali dan boleh dipercayai supaya kami dapat memberikan perkhidmatan berkualiti dengan standard yang tinggi kepada pelanggan kami. Anda boleh memeriksa lesen perniagaan kami di https://www.tripfez.com/s/license
Bilakah pembayaran susulan selepas MATTA Fair akan dibuat?
Pembayaran susulan akan dibuat secara berperingkat. Kebiasaannya, pembayaran susulan akan dibuat seminggu selepas MATTA Fair berlangsung.
Apakah yang boleh saya lakukan jika suami saya bukan pemegang Pasport Malaysia tetapi ingin menyertai lawatan berkumpulan ini?
Pemegang pasport warganegara lain boleh menyertai lawatan berkumpulan kami dengan syarat segala urusan berkaitan visa diuruskan sendiri.
Saya berminat untuk membeli pakej ini tetapi saya tidak pasti senarai nama penuh yang akan menyertai lawatan ini?
Anda boleh memberikan nama penuh ketua perjalanan terlebih dahulu. Sebaik sahaja anda mendapatkan senarai nama penuh yang akan menyertai lawatan ini, anda boleh menghantarkannya kepada kami untuk proses lanjut.
Sekiranya saya membayar deposit untuk 5 orang, kemudian 2 daripadanya mengambil keputusan untuk menarik diri. Adakah saya boleh memindahkan bayaran deposit tersebut menjadi sebahagian daripada jumlah keseluruhan bayaran saya?
Maaf, bayaran deposit tidak boleh dikembalikan dan dipindah milik.
Saya bimbang akan keselamatan saya jika saya melancong semasa krisis kesihatan global? Bolehkah saya mendapatkan semula bayaran deposit saya?
Kami memahami kebimbangan anda terhadap isu semasa yang sedang berlaku. Namun begitu, pihak kami masih lagi menunggu kenyataan rasmi daripada kerajaan berhubung isu ini buat masa ini.
Apakah jaminan yang boleh diberikan oleh Tripfez jika berlaku sesuatu kepada saya semasa lawatan?
Sekiranya anda melancong dan dilindungi oleh insurans perjalanan dengan manfaat kesihatan kecemasan, ia boleh digunakan jika berlaku perkara-perkara yang tidak diingini semasa lawatan anda. Oleh sebab itu, kami masukkan insurans perjalanan dalam pakej berkumpulan kami sebagai salah satu langkah keselamatan untuk pelanggan kami.
Tentang Matta Fair Yang Lalu
Acara ini telah dijulang sebagai pameran pelancongan nombor satu di Malaysia. Expo Pelancongan Malaysia (MATTA) diadakan setiap tahun di semua negeri di seluruh Malaysia. Pameran ini menawarkan promosi dan diskaun murah untuk pakej perjalanan untuk ke banyak destinasi di seluruh dunia.
Ianya diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Mac dan September dan berlangsung selama 3 hari dari hari Jumaat hingga Ahad di PWTC.
Pameran di Kuala Lumpur mengambil ruang sebanyak kira-kira 29,000sqm dan diadakan di 7 dewan: Hall 1, 1M, 2, 3, 4, 5 & Linkway. Terdapat lebih daripada 1,300 gerai, lebih daripada 200 peserta pameran (ejen pelancongan menyumbang kira-kira 750 daripada gerai itu), lebih 10 Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan (NTO) utama dan akan dihadiri lebih daripada 100,000 pengunjung.
Hall 4 & 5 menawarkan pakej domestik daripada ejen pelancongan, hotel dan juga lokasi yang menjadi daya tarikan pengunjung. Lembaga pelancongan di setiap negeri termasuk Sabah, Sarawak, Johor, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Kedah dan Terengganu akan juga menghadiri Expo terbesar ini. Agensi perlancongan Malaysia juga akan dipamerkan di dewan-dewan ini. Ini adalah dewan pertama yang akan anda masuki.
Hall 3 pula terletak di bawah Hall 4 & 5. Di sini anda boleh membeli pakej pelancongan antarabangsa, pakej pelayaran dan penerbangan yang sangat murah. Destinasi popular yang menjadi idaman ramai ialah antara Eropah, Korea, Jepun, Vietnam dan banyak lagi. Pakej percutian ke mana mana lokasi di seluruh dunia juga dijual di sini.
Hall 1 adalah dewan terbesar dan berdekatan dengan Hall 2. Laluan “Linkway” akan menghubungkan kedua-dua dewan ini. 3 dewan ini menjual pakej pelancongan antarabangsa, pakej pelayaran dan juga pakej penerbangan. Organisasi Pelancongan Kebangsaan juga berada di Hall 1. Anda biasanya akan dapat mencari gerai Taiwan, Korea, Jepun dan banyak lagi di sini. Anda juga boleh menebus hadiah percuma dari mereka ataupun untuk tahu dengan lebih lanjut tentang negara mereka di sini.
Di atas ini adalah Hall 1M yang merupakan tempat terbaik untuk mencari pakej umrah . Semua ejen yang menjual pakej Umrah juga akan berada di sini berdekatan dengan pentas utama.
Acara percuma yang gilang-gemilang ini menawarkan pelancong peluang yang luar biasa untuk membandingkan tawaran perjalanan yang hebat di semua kawasan. Dengan bermulanya cuti sekolah tahun yang akan datang, pelanggan boleh menjimatkan banyak wang. Acara ini menyenangkan pelancong untuk mengambil kesempatan daripada diskaun banyak dan tawaran hebat yang ditawarkan. Di samping itu, terdapat juga hadiah percuma untuk pelanggan (yang ditaja oleh agensi perlancongan ataupun Lembaga Pelancongan) dan di samping tawaran di mana pelanggan boleh memenangi penerbangan, hotel atau baucar tunai. Ianya benar-benar adalah tempat terbaik bagi pengguna untuk membeli pakej lawatan dan juga pelancongan.
Bayaran Kemasukan akan dikenakan sebanyak RM4 seorang untuk dewasa, dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah boleh masuk secara percuma. Lebih 100,000 orang dijangka akan hadir selama 3 hari. Untuk mengelakkan dari beratur panjang, anda boleh membeli tiket masuk secara dalam talian untuk mengelakkan dari beratur panjang dan menjimatkan masa anda. Anda boleh membeli tiket dalam talian di laman rasmi MATTA rasmi.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman rasmi pameran MATTA.
MATTA Fair online yang pertama diadakan pada bulan September 2020. Menampilkan pakej domestik dan antarabangsa. MATTA Fair online ini mempunyai kira-kira 100 peserta pameran, dan lembaga pelancongan nasional yang mengambil bahagian, dan mempunyai lebih daripada 3,500 pakej pelancongan dan tawaran bercuti untuk dijual. Pameran online pertama mempunyai ejen pelancongan dari semua negeri di Malaysia yang menawarkan percutian, dari Johor, Kedah, Kuala Lumpur, Meleka, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Selangor. Maklumat lebih lanjut mengenai MATTA Fair online boleh didapati di sini.