Hulu Langat, Selangor semakin mendapat tempat di hati pengunjung terutamanya dari luar negara semenjak dua ini. Untuk rakyat Malaysia pula, memang ramai yang gemar ke sana untuk menikmati suasana kampung sambil bermandi-manda di Sg. Congkak atau melawat Air Terjun Sg Gabai. Tempat peranginan di situ juga mempunyai pelbagai kemudahan seperti chalet dan villa untuk keselesaan pengunjung. Tapi anda pasti tidak kenal pada tempat bernama Santika Musical Village, Hulu Langat bukan?
Santika Hulu Langat dimiliki oleh Encik Hasan Suyat yang menamakan tempat itu Santika sempena nama moyang sebelah ibunya. Meskipun moyang beliau tidak pernah menjejakkan kaki ke Malaysia, tapi keseluruhan keturunannya dibesarkan di Kampung Jawa Hulu Langat dengan nama yang sama. Sebelum ini, tempatnya dinamakan Orchard Homestay tapi ditukarkan kepada Santika pada tahun 2019. Terkini, Hasan mempunyai lebih 13 buah rumah yang dibuka untuk penginapan.
Penginapan Dengan Senibina Tradisional
Kawasan Santika Hulu Langat berkeluasan 7 ekar dan rumah penginapannya berbentuk rumah kampung Melayu seperti Rumah Melayu dan Rumah Limas. Antara tarikan utama di Santika ini adalah permainan Angklung yang diajarkan kepada tetamu dan dipersembahkan pada setiap pagi hari Ahad oleh En.Hasan sendiri. Konsep tempat percutian ini cukup unik kerana ia turut memperkenalkan adat dan budaya di Malaysia seperti budaya orang Jawa melalui pakaian, budaya Sunda melalui muzik dan budaya Melayu melalui makanan tradisional yang boleh dicuba sendiri oleh pengunjung sekiranya ke sini!
Belajar Bermain Angklung
Selain persembahan Angklung, pada setiap Ahad, para pengunjung juga dapat menikmat sarapan secara buffet. Buffet ini turut menghidangkan pelbagai makanan tradisional Melayu seperti nasi lemak, lontong, mee goreng dan kuih-muih tempatan. Sambil makan, pengunjung akan dihiburkan dengan alunan muzik Angklung yang dimainkan pemain Angklung professional tempatan (termasuk kanak-kanak). Menariknya, anda sendiri juga boleh belajar memainkannya!
Mencuba Permainan Tradisional
Setelah bersarapan ala kampung, anda boleh cuba pelbagai aktiviti lain seperti mencanting batik serta permainan tradisional seperti Congkak, Ceper, Terompah Gergasi, Bowling Kelapa, Capteh, dan Batu Seremban.
Setelah puas makan dan bermain dalam kawasan Santika, anda boleh melawat Kem Herba Sungai Congkak bersama Pakar Kehutanan yang akan ajarkan anda pelbagai jenis herba yang boleh dimakan serta kegunaannya. Tidak cukup dengan itu, anda boleh bermandi atau melakukan aktiviti bebas di tepian Sungai Congkak.
Mandi Manda di Sungai Congkak
Dan jika anda bermalam di Santika, anda wajib makan malam di Restoran Thai asli yang memberikan pengalaman suasana kampung yang menenangkan. Anda pasti merasakan seperti kembali ke zaman kanak-kanak anda apabila berkunjung ke Santika! Kunjungilah Santika bersama rakan-rakan luar negara anda untuk memperkenalkan budaya Melayu kepada mereka.
Anda juga boleh menganjurkan program Hari Keluarga di sini tidak kira ditempah untuk acara seharian atau acara bermalam. Anda pasti tidak akan menyesal! Jadi tunggu apa lagi? Jom tempah pake bersama tripfez di pautan berikut dan kunjungilah laman FB Santika untuk maklumat lebih lanjut.
Leave a Reply