• Menu
< See Tripfez Muslim Packages
  • Menu

Senarai barang untuk persediaan untuk Umrah, cara Tripfez

Home » FEATURED POSTS » Senarai barang untuk persediaan untuk Umrah, cara Tripfez

Untuk persediaan umrah, anda dinasihatkan untuk senaraikan barang-barang untuk bawa ke Mekah dan Madinah bagi memudahkan anda fokus kepada ibadah anda kelak. Tripfez telah menyenaraikan barang-barang yang patut dibawa seperti dibawah:

.

  • Jubah

Carilah jubah untuk dipakai di Mekah nanti, dengan poket yang agak dalam dan berzip (kalau boleh). Ini amat berguna apabila keluar dari hotel untuk masjid/ziarah dll, purse, cermin mata, tuala kecil, kunci boleh di letakkan dalam poket. Sediakan jubah dibawah paras lutut untuk pakai sembahyang terutamanya wanita untuk kelihatan lebih sopan.

.

  • Stokin

Pakai yang berwarna hitam atau sekiranya berwarna putih, dapatkan sarung stokin, apabila sampai di masjid, buka sarung ini dan pakai yang putih sahaja.

.

  • Selipar Jepun (tanda nama – initials)

Bawa selipar untuk dipakai di bilik air dan beli yang murah sahaja. Sekiranya uncang kasut tidak disediakan oleh ejen, buat sendiri dan tanda nama – initials. Apabila masuk ke masjid, keluarkan uncang dari poket jubah atau beg sandang dan masukkan selipar ke dalam uncang tadi. Semasa sembahyang letakan uncang ini di hadapan sejadah sebelah kiri ataupun kanan.

.

  • Surah Yassin

Bawa yang kecil untuk dibaca semasa wuquf. Qiyamullail berjemaah juga di adakan semasa wuquf .

.

  • Sejadah kecil

Boleh digunakan apabila tiada ruang di masjid ataupun ketika melawat masjid lain kerana  sesetengah karpet di sana kotor dan berdebu. Sekira tiada, pakai sahaja tuala kecil.

.

  • Tag Nama utk Bagasi

Tulis/taip dengan terang di sekeping kertas A4  : alamat hotel, No penerbangan, No Bas dan No. Bilik (sekiranya tahu) di Mekah dan Madinah. Buat juga untuk alamat rumah di Malaysia utk digunakan digunakan semasa pulang nanti. Laminate kesemua. Yang beralamat rumah, boleh ditampal di kotak yang hendak di pos dari Mekah/Madinah ke Malaysia.

.

  • Toiletry

Bawa sabun mandi yang mengandungi pelembab seperti Seba-Med, dll., kerana kulit akan menjadi kering. Air di Mekah/ Madinah ialah ‘treated sea water’ untuk kegunaan harian selain dari untuk minum. Bawa ubat gigi dan shampoo secukupnya dari Malaysia. Harganya lebih murah berbanding  yang di jual di Mekah/Madinah.

.

  • Beg Sandang

Bawa beg ini setiap kali ke masjid. Barang-barang yang perlu dibawa ialah:

  1. a) Buku sembahyang sunat
  2. b) Tasbih
  3. c) Botol ‘Spray’ Air (saiz kecil) – untuk ambil air wuduk
  4. d) Tuala Kecil – untuk melapik jubah semasa air wuduk
  5. e) Kad Kesihatan – untuk kecemasan
  6. f) Kad Pengenalan yang disediakan oleh Agensi Pelancongan– untuk pengesahan diri sekiranya tersesat
  7. g) Kad Alamat Hotel – sekiranya sesat tunjukkan alamat hotel

.

  • Beg Plastik

Bawa beg plastik – Giant/Jusco dll untuk merendam kain maka tidak perlu beli baldi. Sebelum tidur malam rendam pakaian dalam beg plastik, letak bawah sink. Lepas breakfast boleh basuh.

.

  • Penyangkut Baju ( Bulat & Kecil)

Bawa 5- 6, untuk menyangkut pakaian, telekung, tuala dan juga untuk mengeringkan pakaian di dalam bilik air dan apabila pakaian kering air (lembap) gantung di bawah ‘air cond’ supaya cepat kering.

.

  • Ubat Batuk

Bawa Strepsils, Fisherman’s Friend, Hacks, Lozenges, Woods Peppermint, Panadol, Bactidol (untuk sakit tekak) Vicks,minyak cap kapak,dll dari Malaysia. Di Mekah/Madinah, harganya agak mahal. Elok juga bawa ubat untuk cirit-birit, ubat batuk (batuk kering dan batuk berkahak) dari doktor di Malaysia. Bawa juga asam jawa untuk di minum sekiranya tekak gatal.

.

  • Botol Spray

Bawa apabila ke masjid untuk mengambil wuduk. Ianya lebih senang/selesa daripada air dalam botol mineral. Bagi wanita, longgarkan telekung dan tutup kepala dengannya, lapik di atas riba tuala kecil dan ambil wuduk. Sesetengah masjid orang terlalu ramai ataupun tiada air langsung dalam bilik air.

.

  • Mug dengan penutup / Bekas Air Travel – ‘inflatable bottle’

Air masak dan bahan untuk membuat air disediakan oleh pihak hotel Mekah/Madinah. Eloklah bawa mug/tupperware dengan tutup untuk menggelakkan air tertumpah di dalam lif. Banyak insiden ini berlaku dalam lift yg selalu penuh sesak selepas waktu makan, dan jemaah bawa air milo/kopi utk minum dari dewan makan ke bilik tertumpah dan kena pada jemaah yang lain.

.

  • “Moisturiser/lip balm”

Udara di sana kering dan panas terik, jadi bawa dan pakai lebih-lebih apabila hendak tidur malam dan siang hari.Elakkan beli yg mempunyai wangian (takut terpakai semasa dalam ihram!)

.

  • “Heel Balm”

Untuk di sapu di kaki supaya lembab dan tapak kaki tidak pecah.

.

  • Cermin Mata Hitam

Kalau masjid penuh waktu zohor/asar, dan kena sembahyang di luar masjid mesti pakai ‘sunglasses’, kalau tidak mata silau.

.

  • Tuala Kecil

Untuk lapik/lap semasa ambil wuduk dengan spray.. Barang/pakaian yang perlu dibawa adalah terhad, jadi bawa tuala ini 2-3 helai.

.

  • Buku Sembahyang Sunat

Bawa buku sembahyang sunat semasa ke masjid lebih-lebih semasa menunggu untuk waktu subuh – sembahyang sunat tasbih,tahajjud, taubat, hajat, witir.

.

Boleh lah anda kongsikan senarai ini sekiranya bermanfaat!

Info Tambahan : Senarai Pakej Umrah Dari Malaysia 2018

Dengar Apa Kata Da’i Fuad (TV9 – Tanyalah Ustaz)
Tentang Pakej Umrah Tripfez Travel

Kami ada menawarkan pakej umrah berkumpulan VIP/Premium mampu pergi yang mengutamakan keselesaan anda sekeluarga.

pakej umrah

Senarai Pakej :

  1. Pakej Umrah Bersama Ustaz & Dai
  2. Pakej Umrah Super Ekonomi
  3. Pakej Umrah VIP
  4. Pakej Umrah 2019
  5. Pakej Umrah -Promosi Matta Fair 2018 
  6. Senarai Promo Matta Fair (Lain – Lain)

 

importers importers